Projek Soldadu - Lupa BTS

Rabu, Jun 23, 2021

Assalamualaikum. Salam tengah minggu!

Ini merupakan entri susulan mengenai tempahan projek kraf saya yang terkini - Projek Soldadu. Entri sebelumnya di sini dan di sini.

Seperti yang dirancang, pagi Sabtu lepas saya masuk bilik kraf untuk memulakan kerja sebaik sahaja selepas sarapan. Semangat keluarkan barang dan peralatan yang diperlukan,  susun dan letak satu per satu di atas meja.

Ini pelan asal.

Saya gunakan kertas pembungkus BTS Meal sebagai latar utama. Bahagian tengah saya tampal dengan kertas kraf untuk rekaan quilling yang membentuk logo BTS.



Bersedia untuk disusun. 

Masuk fasa seterusnya, bermulalah kerumitan saya. Susah juga hendak susun gulungan-gulungan kertas ungu ini. Maklumlah saya kurang pengalaman dalam quilling. Terima Projek Soldadu barulah saya belajar buat quilling. Terkial-kial jugalah pada mulanya.

Kesukaran utama saya adalah untuk memastikan saya tidak terlebih letak gam pada bahagian bawah kertas. Kalau gam kurang, bila-bila masa sahaja gulungan kertas boleh tercabut. Tetapi, jika terlebih gam, kesan gam akan nampak ketara dan boleh mencacatkan rupa keseluruhan projek.


Alhamdulillah, akhirnya setelah pusing sana pusing sini ... angkat letak ... tukar sana ubah sini ... saya berjaya siapkan logo BTS sepenuhnya. Tunjuk sedikit di sini. 😎


Proses selanjutnya adalah masukkan dalam bingkai dan susun potongan kotak nuget, cawan kertas dan sos nuget di bahagian hadapan. Waktu inilah saya perasan macam ada yang tidak kena. Something is missing ... tetapi saya tak tahu apa. 🤔

Setelah beberapa ketika terpinga-pinga pandang kerja saya, barulah saya tahu apa yang hilang tu. Gambar ahli BTS! Tepuk dahi! 

Saya merancang hendak letak gambar ahli kumpulan BTS di sisi kiri dan kanan. Saya sudah tempah kad foto BTS sebelum ini ketika memesan barang-barang lain. Malangnya, tempahan tersebut telah dibatalkan oleh pihak penjual. Mungkin habis stok. Menganggap yang urusan dah selesai sebab duit telah dipulangkan kembali, saya langsung terlupa hendak cari gambar lain. Dah tua-tua ni, banyak sel otak putus.

Maka, tidak dapatlah disiapkan. Hanya mampu merancang untuk melunaskan kerja pada hujung minggu, tetapi ada aral melintang. Aralnya - kecuaian sendiri. Sengih jelah. Projek saya tertangguh untuk beberapa hari. Kali ini cari penjual lain di Shopee. Siap pesan melalui dua penjual yang berbeza. 

Alhamdulillah, malam tadi kedua-dua pesanan sampai serentak. Cantik kualitinya. ARMY BTS memang akan suka punyalah. Boleh dah sambung Projek Soldadu. Tak sabar nak sudahkan. Dah beberapa minggu 'bergelumang' dengan BTS. Mujur tak terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi. 😄


Oh, ada tak dalam kalangan kawan-kawan di sini yang tahu sesiapa atau mana-mana tempat yang buat servis printing terutama sekali cetak gambar? Tidak kisahlah gambar polaroid ke ... pelekat ke ... janji senang nak berurusan. Rasanya macam ada kawan blogger yang buat tapi waktu-waktu begini tak teringat pula siapa. Jika ada, tolong maklumkan pada saya ya. Terima kasih.



17 ulasan

  1. Balasan
    1. Saya enjoy buat projek ni sebab kaler purple tu, kak :)

      Padam
  2. Nampak rumit membuatnya. Memerlukan kesabaran yang tinggi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang rumit pada mulanya sebab saya kurang mahir. Alhamdulillah, berjaya juga disiapkan!

      Padam
  3. Nampak macam rumit jugak, tapi semoga dipermudahkan segala urusan kak farrah!
    Jaga jaga kak farrah, jangan sampai termimpi tujuh orang ahli bts tu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak, Atiqah. Hahaha tak pe, kalau termimpi tujuh orang tu, akak suruh diorang pergi jumpa Atiqah :)

      Padam
  4. alaaa tak kenal pulak siapa...kesian kak farrah...moga dimudahkan segala urusan ya kak ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. It's ok, AO. So sweet of you. Terima kasih banyak-banyak ya.

      Padam
  5. Cantiknya! Memang perlu ada kemahiran tangan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, kak. Masih banyak saya kena belajar ni :)

      Padam
  6. Blogger Azhafizah dulu buat rasanya.

    Betul ke tu gambar ahli BTS. Jangan tersalah nanti dikecam Army. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah betul, Sal. Tak cukup tanah nanti kena kecam dengan ARMY. Jenuh akak kena google gambar BTS. Logo BTS pun sampai tiga empat kali check sebab takut terbuat logo ARMY.

      Belum campur masa nak tampal gambar, mata tua akak ni nampak macam ada dua tiga orang yang mukanya sama. 😂🤣😁

      Padam
  7. sy x igt namanya... printlious gitu laa kot. boleh print gmbr wpn dlm kuantiti yg sikit

    BalasPadam
  8. Adoi.. jelesnya dengan tangan kak farah.. cantik bangat.. Tak sabar nak tengok hasil penuhnya..

    BalasPadam
  9. Cantiknya kak. Kreatif tauuu 😍

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.