Projek Soldadu BTS

Isnin, Jun 14, 2021

Assalamualaikum. 

Saya terima tempahan projek kraf baharu. Sebenarnya , jika diikutkan saya dalam fasa berehat tidak ambil apa-apa tempahan kraf. Tetapi, disebabkan yang meminta ni seseorang yang sangat baik dengan saya, selalu ingat saya ... jadi saya okeykan sahaja. Tak sedap hati pula nak tolak. Tambahan pula, projek ini tidak mendesak. Saya boleh ikut kesesuaian masa saya sendiri untuk siapkan.

Lama juga kerah otak cari idea. Setelah idea dasar dan sketch siap, saya menung sekejap. Masalah saya ialah projek ini melibatkan dua perkara yang tidak berada dalam lingkungan pengetahuan saya:

Kredit

1) BTS (Ya, kalian tidak salah baca. Memang BTS.)

2) Quilling  - seni menggulung dan membentuk kertas.


Saya tahu tentang quilling. Tetapi, tidak pernah tergerak hati untuk belajar quilling kerana bagi saya seni ini agak remeh dan memerlukan fokus yang banyak. Dua hari ini, kerja saya saya tonton video tutorial di Youtube dan buku kraf lama. Mata pun sampai berpinar-pinar dok menggulung kertas. 😅


Ini Projek Soldadu. (Baca: ARMY) 😊 Projek ini akan dihadiahkan kepada salah seorang ARMY, peminat BTS. Masih di fasa buat mock sampleBaru buat saiz kecil begini pun rasa dah nak terkehel bahu. 😂

Macam mana? Okey tak untuk percubaan kali pertama?

Kekangan utama yang saya alami ialah tiada peralatan untuk buat quilling. Dah pesan secara atas talian, tetapi minggu hadapan baru sampai. 

Jadi, terpaksalah guna apa yang ada dahulu sebab saya kena berlatih juga buat lipatan dan gulungan kertas tu. Bukannya sekali buat boleh terus jadi cantik.

Peralatan sementara saya.

Lidi sate sebagai quilling tool, sikat termasuklah sikat kutu dan sikat groom Yuri sebagai quilling comb dan kad keras sebagai template bentukkan kertas.

Mudah-mudahan Projek Soldadu saya berjalan lancar dan berjaya disiapkan seperti yang saya rancang. Kadang-kadang, bila buat kerja-kerja begini, dalam kepala dan imaginasi kita rasa dah wowww dah cantik ... tetapi dalam realiti lain pula jadinya. 


20 ulasan

  1. Balasan
    1. Biasa-biasa aje, Rabia 😊
      Belum mahir lagi ni...

      Padam
  2. Balasan
    1. Thanks, Nadyya. Masih cuba figure out design. Harap yang sebenar betul-betul jadilah hehehe

      Padam
  3. Wah.. Ingat nak bagi kat ahli BTS tadi. Saya kalau Bandar Tasik Selatan tahulah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe idok le, Sal. Ni baru beberapa hari belajar yang BTS ada logo, ARMY pun ada logo… 😆😂

      Padam
  4. Tidak apa buat perlahan-lahan sebab tiada tempoh siap kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak atas semangat, NA 😊 Insya-Allah, saya target hendak siapkan paling lewat hujung bulan ni.

      Padam
  5. Wahhhh untuk army ya. Cantikk dah tuuu kak farrah!
    Semoga berjaya kak farrah! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, Atiqah 😘
      Risau gak ni sebab nak buat utk ARMY. Akak tak cukup senjata hahahah

      Padam
  6. Kreatif dan berseni tgn kak farrah ni tau :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu tak adalah berseni sangat, Shida. Tangan ni keras nak gulung-gulung kertas.

      Padam
  7. pergh nama soldadu sedap giler.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha akak dari dulu suka nak guna soldadu :)

      Padam
  8. Semoga dapat hasilkan sesuatu yang cantik nanti

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.