Sekitar penghujung April yang lalu, kumpulan Rabbani melancarkan lagu baharu mereka yang bertajuk Mencintaimu. Lama juga tidak mendengar karya baharu mereka setelah Santun, lagu penyertaan mereka dalam APNI.
Mencintaimu mengajak kita untuk mengenang dan menyuburkan lagi rasa cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W. Melalui lagu ini juga, kumpulan Rabbani bekerjasama dengan Pondok AlBari' untuk mengumpul dana sebanyak RM800,000 untuk menyiapkan pondok pengajian, madrasah dan musolla. Ustaz Ridhwan dari Pondol AlBari' turut menyumbangkan suara untuk lagu ini.
Klip video Mencintaimu boleh ditonton di Youtube. Jika ada yang berminat untuk menghulurkan sumbangan kepada Pondok AlBari', segala maklumat dan butiran ada di sana. Mudah-mudahan melalui usaha ini, Madrasah Pondok Pengajian AlBari’ dapat segera didirikan dengan sempurna.
Sentuhan segar tetapi tetap menyentuh perasaan.
Bagi saya, antara tarikan lagu ciptaan Daqmie dan Ustaz Neezam AlBanjari/Jart Hassan ini ialah susunan muziknya yang segar, dapat memikat cita rasa pendengar pelbagai lapisan usia. Kerancakan bahagian korusnya akan menggamit kita untuk sama-sama berselawat. Mesej yang terkandung dalam lirik juga jelas dan mudah sampai kepada semua.
Lirik Lagu Mencintaimu - Rabbani feat. Ustaz Ridhwan (Pondok AlBari`)
Cintaku tiada bersaksi
mendesak iman meninggi
yakinku tidak bermimpi
adanya dirimu Nabi
Cintaku pabila menyaksi
membuak rindu nan tinggi
mendamba kasihmu Nabi
sirna dahaga pabila pergi
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي،
لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام،
ياَ أَكْرَمَ الرُّسْلِ الْكِرَامِ،
أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلِّ عَام،
Cukup Allah sebagai saksi
namanya terpahat dihati
Alhamdulillah daku memuji
dikurniai salawatnya Nabi
صَلُّوا عَلىٰ خَيْرِ الْأَنَام،
المُصْطَفَى بَدْرِ التَّمَام،
صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا،
اِشْفَعْ لَنَا يَوْمِ الزِّحَام،
Mata yang saban menangisi
rinduan Nabi tidak berperi
bak jasadnya terlihat nyata
di AnNabawi rumah yang mulia
Ya Allah Engkaulah saksi
namanya bertakhta dihati
jadi bekal ke akhir nanti
moga bertemu dialam abadi
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي،
لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام،
ياَ أَكْرَمَ الرُّسْلِ الْكِرَامِ،
أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلِّ عَام،
Saat namanya di gema-gema
getar rasa seluruh jiwa
saat menyapa halwa telinga
tumpah berderai air mata
صَلُّوا عَلىٰ خَيْرِ الْأَنَام
المُصْطَفَى بَدْرِ التَّمَام،
صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا،
اِشْفَعْ لَنَا يَوْمِ الزِّحَام
Jom selawat bersama-sama!
DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan mendapatkan lagu, nada dering atau 'caller ringtone' di platform digital yang sah agar mereka dapat terus berkarya.
Alhamdulillah..tq sharing k.farrah <3
BalasPadamLama kan tak dengar hasil karya daripada diaorang.
BalasPadamDari kita mengharap cinta manusia yang entah ye entah tidak, lebih baik kita mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w dulu
BalasPadamLama tak dengar lagu Rabbani. Ada lagu baharu lagi rupanya.
BalasPadamAlhamdulilah kak
BalasPadamInsya Allah akan selalu berselawat.
BalasPadamDah lama tak dengar lagu rabbani, thank you kak farrah sebab sharing :)
BalasPadam