Hadiah Top Commentator Mei Blog Ako Tetap Ako

Jumaat, Jun 11, 2021

Assalamualaikum. Selamat Hari Jumaat! 
Salam 30 Syawal!

Awal bulan hari tu, melalui salah satu entri, Kak Ret tinggal komen maklumkan yang saya merupakan salah seorang top commentator di blog Ako Tetap Ako untuk Mei 2021.


Wah, tak sangka betul! Yelah, dalam keadaan tenggelam timbul… sekejap ada sekejap hilang… blogwalking pun ikut mana sempat je … berjaya juga saya menyelitkan diri tembus carta. Ini kira satu pencapaian! 😂 Selama ini memang jarang-jarang nak jumpa nama saya dalam senarai pengomen terbanyak blog kawan-kawan.


Merasalah duduk selesa di kedudukan ke-3. 😊

Apa yang lebih menggembirakan, saya bersama Atiqah Najihah dan Kak SA terpilih untuk terima duit raya. Ambil sedikit cuplikan entri Kak Ret import ke mari.

Duit raya pemberian Kak Ret telah selamat mengetuk pintu akaun bank saya pada petang Selasa. Alhamdulillah, rezeki Syawal. Raya tahun ni berpeluang merasa dapat duit raya daripada kenalan blogger yang berkongsi rezeki.

Terima kasih banyak-banyak atas hadiah ini, Kak Ret. Moga Allah membalas kemurahan hati Kak Ret dengan rezeki yang berjuta-juta lipat gandanya. Terima kasih juga kerana sudi bertandang ke mari memeriahkan tower saya. 😊

Hari ini merupakan hari terakhir Syawal. Saya harap Ramadan dan Syawal yang telah berlalu telah dapat kita manfaatkan dalam membentuk diri yang lebih baik. Di hujung-hujung detik sebelum Syawal pergi, sekali lagi saya ingin mohon ampun maaf zahir batin andai ada sebarang salah silap saya pada kalian. 

Selamat menempuh bulan baharu Zulkaedah! Jaga diri baik-baik! 


27 ulasan

  1. Alhamdulillah rezeki Farrah..
    Tahniah terpilih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, rezeki jalan-jalan blog kawan-kawan. Thanks, LZ :)

      Padam
  2. Tahniah farah.. Insyallah ada rezeki lebih, kita kongsi sesama 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Domo arigato, Kak Ret. Nah, tangkap flying kiss utk akak!

      Padam
  3. Tahniah!
    Alhamdulillah rezeki dapat duit raya selalu kita-kita ni memberi jer sekali-sekala dapat mestilah happy kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Mrs. A. Memang happynya lain macam hahaha

      Padam
  4. Kita punn dapat! Tahniah kak farrah :)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Tahniah. Rezeki.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah Tahniah kak farrah :)

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, syukur rezeki. Tahniah ya.

    BalasPadam
  8. Tahniah kak Farrah. Semoga kak Ret dimurahkan rezeki

    BalasPadam
  9. Tahniah terpilih. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  10. tahniah.
    rezeki tak pernah salah alamat :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.