Teringin Makan Steamboat

Khamis, Jun 10, 2021

Ini kisah minggu pertama raya. Lama diam dalam draf, baru sekarang sempat hendak terbitkan. Setelah beberapa hari puas menikmati juadah raya, Bott teringin hendak makan steamboat. Nak betulkan alignment tekak katanya hahaha. Jadi, waktu ke pasar raya untuk beli barang dapur, kami belilah serba sedikit bahan-bahan steamboat. 

Kebiasaannya, kami akan makan bebola-bebola dengan sos cili Lingam’s atau sambal hijau. Dapat pula kalau ada bawang goreng dalam minyak tu, memang lagi syoklah. Tetapi, Bott kata kali ni dia nak cuba buat sambal sendiri. Kalau dah semangat berkobar-kobar begini, mesti dia ada ternampak kat IG atau Youtube. Bott punya feed di IG dan Youtube semua tentang makanan. 😉

Bukan main gigih orang teringin haa... rajin siap buat plating bagai. Saya di mana? Saya ingat, masa ini saya dah macam buaya tembaga tersadai di atas permaidani di ruang tamu. Kepenatan pergi beli barang dapur konon-kononnya. Pakai pelitup muka semasa keluar benar-benar buat saya exhausted

Steamboat for two. Ada sosej, bebola ayam, bebola daging, bebola udang, bebola ikan, kek ikan dan mi segera, Kangkung tiada di dalam gambar. Tertinggal di dapur bersama periuk berisi tomyam yang sedang panas blup blup blup. 😊

Close up sambal atau sos steamboat air tangan Bott. 


Resepi? Kalau Bott masak, jenuh sikit nak dapat resepi sebab dia ni jenis main campak-campak, tiada sukatan tepat. Yang saya tahu sambal ni guna cili merah, bawang putih dan segala-mala sos dan minyak yang ada di rumah - sos ikan, sos tiram, kicap, minyak bijan… macam-macamlah. 😂

Semua agak-agak sahaja. Banyakkan atau kurangkan bahan mana yang perlu sesuai cita rasa.

Alhamdulillah, puas kami makan bebola-bebola tu dengan sambal steamboat Bott. Belanja satu gambar bebola yang telah dicecah sambal beberapa detik sebelum masuk ke dalam mulut.

Yummeh! Alhamdulillah. 

Kalian kalau makan steamboat, suka nikmati dengan sos atau sambal apa?

Maaf, minggu ni tak sempat blogwalking dan balas komen. Insya-Allah, kita jumpa nanti.

22 ulasan

  1. mmg tergoda betol tgk sambal tu!!!!
    rs mcm nk mkn steamboat jgk.. tp sni PKPD xabs lg..
    ssg skit la nk cr bahan2.. hehe..
    sabar jela dlu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar dahulu ye. Insya-Allah, keadaan dah okey nanti baru ber-steamboat.
      Jaga diri baik-baik, Ezy.

      Padam
  2. Sedapnya.. Jadi lapar tengok..
    Makan sambil tengok tv ni best jugak..

    BalasPadam
  3. bestnya..sedap nampaknya sambal pencicah tu..

    BalasPadam
  4. mmg sambal tu nmpk selera betul la hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Don't worry, kak. Saya makankan bagi pihak akak hihihi

      Padam
  5. lama tk bersteamboat kt rumah...biasa mkn steamboat kt restoran johnny's

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni hanya mampu bersteamboat di rumah jelah nampak gayanya...

      Padam
  6. Kita biasa makan dengan sos! Hehehe tapi sambal tuu nampak menyelerakan betul!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi yang suka pedas, memang akan enjoy sambal ni :)

      Padam
  7. Time MCO ni kalau teringin nak makan steamboat terpaksa bersteamboat kat rumah je lh .

    BalasPadam
  8. Mengancam lihat sambalnya..mesti.sedap.

    BalasPadam
  9. sedapnya..lama sgt nih shida xmkn steambot..kak farrah..bila blh pi mkn lg ni..

    BalasPadam
  10. Telan liur baca ni sebab dah lama tak makan steamboat. Kalau makan kat kedai suka campur-campur sos cicah yang ada. Tapi kalau kat rumah malas nak buat sambal. Yang penting kuah sedap

    BalasPadam
  11. Wowww nampak sedap sgt.. adakah nadya kene buat jugak ni 😆

    BalasPadam
  12. Suka stimbot dengan kuah. Letak bihun buat macam makan bihun basah. Sos kurang sebab stimbot berkuah ganggu rasa sos.

    BalasPadam
  13. terkenang johnnys, farrah.
    lama giler tak berstimbot di johnnys.

    aida ari ni mungkin beryong tau foo.
    mlm nanti. sup. bebola. sos yong tau foo (beli aje).
    nasi panas. plan nak buat sambal ikan bilis.
    kubis masak lemak putih. menu ari ni, farrah.

    yong tau foo pun ala-ala stimbot, kan :) ha ha ah ah ha...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.