Credit |
Credit |
Kegembiraan ialah apabila kita menerima kiriman yang tidak dijangka. Setuju tak? Sedangkan dapat bungkusan barang yang kita beli secara atas talian pun dah cukup teruja, apatah lagi terima sesuatu yang tidak dijangka. 😊
Alhamdulillah, saya terima beberapa kiriman Syawal daripada insan-insan yang baik hati. Memang gembira sangat! Dua kiriman sudah agak lama (sehari sebelum Syawal) manakala satu lagi ‘surat tidak dijangka’ diterima pada Khamis minggu lalu.
Kiriman pertama daripada teman sekampus saya, Kak Sri. Kak Sri ni memang dari dahulu sangat peramah, suka mengambil berat dan penyayang orangnya. Merasalah saya ada 'kakak' untuk bermanja-manja semasa belajar.
Terkejut saya apabila tiba-tiba ada lori City-Link Express depan rumah hantar barang sedangkan minggu tu saya tak beli apa-apa secara atas talian.
Kotak hadiah berisi kuih bangkit dan kurma.
Sebelah petangnya pula, ketika hendak menutup pintu pagar, saya perasan macam ada barang di dalam tempat letak surat.
Ya, ada satu balang kuih bangkit. Kenalan merangkap jiran lama, Idah yang kini tinggal di Saujana Utama buat kejutan hantar biskut raya kegemaran saya - bangkit keju. Minggu sebelumnya kami ada berbual-bual bertukar cerita. Sempatlah sentuh tentang persiapan raya termasuk biskut raya.
Tahu-tahu, sampai sebalang kuih bangkit cheese di depan rumah. Sempat titip pesanan minta maaf lagi sebab tak dapat cari bangkit cheese versi homemade, dapat yang kilang punya. Kuih kilang ke kuih rumah ke… rezeki ini dah seribu rahmat dah 😊
Titipan kegembiraan yang terakhir tiba di hujung-hujung Syawal. Sekeping kad raya interaktif buatan tangan daripada seorang kawan baik yang sehingga ke hari ini belum berpeluang bersua secara nyata, Angela.
Kami mula berkawan pada penghujung 2019 kerana sama-sama meminati kraf kertas. Dari situ jadi rapat dan apabila teruja hendak berjumpa, dunia dilanda pandemik. Dua-dua sibuk kurung diri di dalam rumah.
Cantik sangat kad raya bekas tangan Angela. Teman saya ini, kalau bab buat kad yang rumit dan memerlukan masa, dia memang arif. Teliti orangnya.
Jika hendak tengok bahagian dalam kad, boleh lihat reel saya di IG.
Perasaan gembira dapat happy mails ni bukan terletak pada nilai atau harga barang yang dititip, sebaliknya ingatan si pemberi pada kita. Itu yang mahal dan buat saya terharu.
Moga insan-insan pemurah yang sudi ingat saya ini akan sentiasa dipanjangkan rezeki dan dikurniakan kelapangan dalam setiap urusan mereka.
Yang penting - terima kiriman istimewa yang tidak diduga memang seronok, kan? 😊🥰
100% betul! Betul betul happiness bila abang courier hantar parcel even barang tu kita beli sendiri hehehe.
BalasPadamLevel gembira tu lain macam hahaha
PadamAlhamdulilah ni nama nya rezeki datang bergolek heheh.. Smeoga sentiasa dilimpahi rezeki berganda2... Aminn
BalasPadamAmin amin YRA. Terima kasih atas doanya, kak. Doa yang sama buat Kak Ret juga :)
PadamAlhamdulillah
BalasPadamRezeki
Alhamdulillah.
PadamSemoga ukhwah berkekalan hingga ke akhirnya.
BalasPadamAamiin. Mudah-mudahan begitulah :)
PadamHaah terima sesuatu tidak diduga memberikan keseronokkan yang tidak dapat diungkapkan.
BalasPadamAlhamdulillah semoga murah rezeki pemberi.
Benar, NA. Luar biasa seronoknya :)
PadamSaya beli barang dekat shopee banyak2 lepas tu bila sampai excited gila sebab rasa macam ada hadiah misteri. Banyak sgt beli sampai tak ingat beli apa ahahahahha!
BalasPadamHahaha best macam tu! Dapat banyak hadiah misteri :D
Padambila tak disangka sangka tu yang teruja tu
BalasPadamTeruja sangat!
Padammemang kebahagian betul kak farrah. debaran dia lain macam >_<
BalasPadamHahahah dag dig dug di dalam dada gitu!
PadamAlhamdulillah.. Feeling dpt surprise tu lain sikit happy dia kan..
BalasPadamElemen surprise tu buat extra happy hahaha
PadamBetul tu. Saya birthday baru ni pun tak sangka dapat kiriman brownies, bouquet belon coklat dari kawan dan slice kek dari anak.
BalasPadamYezza. Tapi perasaan hepi tu datang lambat sikit. Selalunya akan blur kejap selama 5 saat. Siap tanya adik Pos tu siapa yang hantar. Manalah mamat tu tau. Haha
BalasPadamSeronok nyaaaa. Biskut bangkit cheese tuu.sedapppp
BalasPadam