Baru-baru ini, sewaktu tengah kebosanan tidak tahu hendak buat apa, saya putuskan untuk bakar biskut. Kebetulan cuaca panas petang tu dan perut pun mula menunjukkan simptom-simptom lapar; bergegaslah saya ke dapur untuk lihat bahan apa yang ada. Seronok juga kalau dapat makan sesuatu yang lemak enak bermentega untuk minum petang.
Saya buat biskut mentega. Tetapi, ini bukan biskut mentega rangup tau sebaliknya jenis cakey, lebih kepada honey butter biscuits yang macam Texas Chicken jual tu. Disebabkan tak rasa macam nak makan biskut manis bermadu, saya buat perasa bawang putih, lemon dan oregano.
- Buttermilk 145g. Boleh dapatkan di pasar raya di bahagian tenusu.
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar gula. Saya guna CSR Better Brown Low Glisemic. (Gula perang rendah glisemik.)
- 115g mentega sejuk. Simpan dalam peti sejuk dan kemudian potong menjadi bentuk dadu kecil supaya memudahkan kita adun bersama bahan lain.
- 4 sudu teh serbuk penaik
- 1 - 2 sudu teh serbuk bawang putih (bergantung pada sekuat mana ingin rasa bawang putih). Jika tiada, boleh sahaja guna 3 - 5 ulas bawang putih yang ditumbuk lumat atau dicincang halus.
- 1 - 2 sudu teh parutan kulit lemon. Saya tidak letak jus lemon untuk resepi ini. Hanya dapatkan rasa dan aroma melalui kulit sahaja.
- 1 sudu teh oregano kering. 1/2 sudu dimasukkan ke dalam adunan manakala baki 1/2 lagi untuk sapu di atas permukaan biskut.
- Mentega cair dan oregano secukupnya.
- Sediakan buttermilk terlebih dahulu dengan mencampurkan susu dan cuka. Ketepikan.
- Gaul semua bahan kering dengan mentega sehingga menjadi seperti tekstur serbuk roti. Kemudian, masukkan campuran susu dan cuka yang telah disediakan ke dalam adunan dan gaul lagi sehingga semua bahan tergaul sekata.
- Ambil sedikit adunan, bulatkan dan susun di atas dulang pembakar.
- Bakar (menggunakan ketuhar pembakar yang telah dipanaskan terlebih dahulu atau air fryer) pada suhu 180 darjah celcius selama 15 - 18 minit sehingga biskut bertukar warna keperangan.
- Setelah dikeluarkan, sapukan campuran mentega cair dan oregano pada permukaan biskut. Jika hendak biskut yang kelihatan betul-betul berkilat, masukkan kembali ke dalam ketuhar dan bakar dalam 3 - 5 minit. Sedia untuk dihidangkan!
Selamat mencuba!
boleh bookmark dulu resepinya kak. terima kasih :D ada rajin jengah ti saya cubalah buat....
BalasPadamMy pleasure, AO. Nanti ada kelapangan cuba buat ye...
PadamWah! Kombinasi rasa garlic, oregano dan aroma lemon. Sudah tentu membangkitkan selera lebih-lebih lagi sebaik saja keluar dari oven!
BalasPadamMemang, Kak Amie. Semerbak baunya satu dapur :)
Padamsedapnya, mmg rsa mcm biskut texas tu ya, yg tu mmg fav klau pi texas..
BalasPadamTeksture macam biskut texas tapi rasa macam garlic bread... hat texas tu manis manis madu kan... ini lebih kepada savoury
Padamjap jap camne eh nak bygkan rasa bawang putih ni?
BalasPadamagak2 mcm kita makan mushroom sup ngan ROTI GARLIC tu eh?
yg klu rasa lebih kurang camtu, ok la not bad sebab k ret mmg x suka sgt bawang putih ni hehehe
Rasanya tak kuat, Kak Ret. Macam roti garliclah lebih kurang, cuma tekstur berbeza.
PadamOh, akak tak suka garlic sangat... tak tahan baunya ya?
Biskut mentega dengan bawang putih? Cuba nak bayangkan hahaha.
BalasPadamTak terasa kuat ke rasa bawang putih tu kak farrah? Tapi nampak sedappp! Boleh dipertimbangkan untuk buat so kita bookmark dulu hehehe.
Kuat ke tidak rasa bawang putih tu kita kena adjust sendiri ikut cita rasa. Biskut ni rangup di luar, lembut di dalam. Rasanya macam garlic bread versi manja sebab yang ketara ialah rasa menteganya :)
PadamTerbaik... Mesti sedap. Kita masih beraya. Boleh buat biskut lagi.. hihi.
BalasPadamHihihi raya kan sebulan... :)
Padamsedapnya kak farrah :)
BalasPadamTq share resepinya!
Alhamdulillah, sedaplah di tekak akak. Bolehlah buat untuk lepaskan craving nak mengunyah.
Padammacam best jeeee. serious terliur!
BalasPadamMemang best lagi-lagi kalau makan yang masih hangat baru keluar dari oven. Nanti ray boleh cuba :)
PadamWow..biskut ginger orang biasa buat, tapi kalau garlic ni first time dengar. Ni level Masterchef Invention Test
BalasPadamAmboi... amboi... amboi... Masterches Invention Test katanya. Tak delah, Sal. Ini lebih kurang macam tak ade ginger, kuganti garlic gitu hahaha
Padamfarrah selalu share resepi yg rare... terbaeklah
BalasPadamHihi tak adalah rare mana, Kakmim. Saya tak pandai masak resepi hebat-hebat banyak bahan dan langkah tu. Reti yang simple-simple aja. :)
PadamTerbayang2 aroma dan keranggupan. Alah akak bt terliur lah. Cuba buat meniaga mesti boleh beli heheh
BalasPadamBoleh bayang rasa macam mana.
BalasPadamtk pernh lg mkn biskut ada rasa bawang outih..rare ni
BalasPadamTak pernah makan tapi macam terbau bau je..
BalasPadamMenarik nih campuran pelbagai rasa
BalasPadamDah terbayang2 rasa dia. Mesti sedapppppppp 😋
BalasPadamwahh nampak sedap
BalasPadam