Sabtu, Jun 19, 2021

Barang untuk Projek Soldadu

Assalamualaikum.

Ingat lagi tentang Projek Soldadu yang saya ceritakan minggu lepas? Bahan dan peralatan untuk siapkan hadiah istimewa buat seorang peminat BTS ini semua saya beli secara online. Lebih mudah dan jimat masa. Jika tidak, saya perlu pergi ke beberapa buah kedai berlainan. 

Jadi, selepas klik klik apa yang patut di Lazada, sepanjang minggu ini saya setia menanti ketibaan barang-barang yang saya pesan. Datang pula bukan sekali gus hari sama. Satu bungkusan satu hari. ๐Ÿ˜‚

Yang pertama sampai. Tuan yang menempah pos kepada saya. Sebelum ini, dengan yakinnya saya kata tidak perlu sebab saya ingat saya sendiri boleh pergi dapatkan BTS Meal di McDonald. Tak payah susah-susah nak pos bagai. Saya buat pakai packaging yang saya peroleh kelak. Bermimpi di siang hari rupa-rupanya! Sold out, ya! Burger Rio adalah! ๐Ÿ˜†


Seterusnya, bingkai gambar. Bingkai besar ini jenis shadow box frame, ada ruang di antara cermin dan dasar bingkai untuk letak objek atau kraf 3D.

Saiz 24.5cm x 34.5cm. Jarak antara dasar bingkai dengan cermin 6.5cm. Rasanya sepanjang hidup saya, inilah bingkai gambar paling berat dan besar yang pernah saya beli. Setiap kali angkat dan alihkan, setiap kali tu berdebar berderau takut jatuh. Saya hal-hal begini cemerkap lebih sedikit. ๐Ÿ˜…



Keesokan harinya, jarum quilling sampai. Masa browse barang di kedai ni, teruja tengok klip kertas besar gedabak. Tak fikir dua kali terus masuk dalam shopping cart. Pen merah jambu tu pula brush pen. Pembelian tambahan untuk latihan hand lettering.

Akhir sekali, kertas quilling ungu. Saya beli dua pek berbeza. Satu yang lebar 3mm manakala satu lagi 5mm.


Alhamdulillah, semua sampai dalam keadaan baik tanpa cela. Sudah boleh mula buat kerja. 

Saya sasarkan Projek Soldadu ini siap dalam hujung minggu ini. Selepas itu insya-Allah, bolehlah saya jalan-jalan ke blog kalian. 

Maaf seandainya saya sudah lama tidak berkunjung menziarahi kalian. Dua minggu ini saya sibuk dengan kerja terjemahan dan sunting artikel. Insya-Allah, nanti perlahan-lahan pasti saya datang bertamu balas kunjungan. 

Terima kasih sudi jenguk dan tinggal komen di sini. Selamat menikmati hujung minggu! 





21 ulasan:

  1. Burger BTS tu laku keras,adik saya pun tak sempat rasa. Dia bukan fanatik, cuma curious je. By the way good luck on your project

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah betul. Memang laku keras. Akak ingat the first few days jelah orang berdoyon gi cari set tu. Rupa-rupanya sampai licin-licau๐Ÿ˜‚

      Thanks, Sal. Ni tengah relaks jap sebelum buat final touch.

      Padam
  2. Menyunting artikel? wak kerja kat mana?

    BalasPadam
  3. Lepas ni bolehlah tunjuk hasil projek soldadu tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah. Kena siapkan dahulu. Harap-harap berhasillah hehehe

      Padam
  4. Selamat selesaikan projek.. :) Dah habis boleh blogwalking..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Naniey. Kaki dah gerak-gerak ni nak blogwalking hehehe

      Padam
  5. Tak sabar nak tgk hasil kerja kak, kompem cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga cantik di mata yang bakal menerima hahahah
      Akak ni clueless pasal BTS.

      Padam
  6. Okayyy nak tgk hasilnya kak.hikhik

    Xsempat nak beli meal bts tuu. Tgh mood jimat ๐Ÿ˜†

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mood jimat tu akak sokong! Moga terus semangat!
      Moga-moga dapatlah akak siapkan dengan baik. Nervous gak ni...

      Padam
    2. Akak dah buat yg terbaik dah tuu. Cantikkkkk!

      Padam
  7. tak sabarnya nak tengok hasil dia. eksited betullah. #projeksoldadu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi insya-Allah, siap nanti akak share. :)

      Padam
  8. mesti lawa hasilnya kan..kak farrah..xsabar dahh

    BalasPadam
  9. Sebagai peminat BTS, tak sabar nak tengok hasilnya! Mestii cantikkkk! ^.^

    BalasPadam
  10. Nasib laa ada jugak bahannya. Apapun tak sabar nak tengok hasil akhirnya

    BalasPadam
  11. Peminat BTS dh borong la tu hahaha

    BalasPadam
  12. 1st time tgk klip bsr gedabak mcm tu๐Ÿ˜€

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.