Sambal Epal dan Ikan

Rabu, Mei 20, 2026

Sambal Epal | Asalnya, tekak ni teringin makan sambal pauh. Sambal mangga muda dengan ikan rebus tu. Teringin nak makan sesuatu yang pedas-pedas masam. 

Ikan rebus ada, mangga tiada. Manalah nak diusahakan mangga muda kalau dah last minute begini. Mujurlah ada beberapa biji epal hijau di dalam peti sejuk. Jadi, tanpa berlengah, Bott terus hiris epal hijau menggantikan mangga. 

Inilah sambal epal dan ikan juadah makan tengah hari kami.

Sambal Epal dan Ikan

Alhamdulillah, craving satisfied meskipun tak ada rezeki nak makan sambal mangga. Memang bertambah nasi dibuatnya. Hirisan epal, isi ikan dan potongan cili api yang tergaul sebati memang asyik dan amat menyelerakan. Sekejap sahaja sambal epal di pinggan luak. Mana taknya, dah makan dengan nasi….siap pakej ratah lagi. 

Resepi? Boleh lihat di sini - Resepi Sambal Mangga dan Ikan sebagai panduan. Selebihnya, kita campak-campak, agak-agak sesuai cita rasa. 






Catat Ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.