Sambal Epal | Asalnya, tekak ni teringin makan sambal pauh. Sambal mangga muda dengan ikan rebus tu. Teringin nak makan sesuatu yang pedas-pedas masam.
Ikan rebus ada, mangga tiada. Manalah nak diusahakan mangga muda kalau dah last minute begini. Mujurlah ada beberapa biji epal hijau di dalam peti sejuk. Jadi, tanpa berlengah, Bott terus hiris epal hijau menggantikan mangga.
Inilah sambal epal dan ikan juadah makan tengah hari kami.
| Sambal Epal dan Ikan |
Alhamdulillah, craving satisfied meskipun tak ada rezeki nak makan sambal mangga. Memang bertambah nasi dibuatnya. Hirisan epal, isi ikan dan potongan cili api yang tergaul sebati memang asyik dan amat menyelerakan. Sekejap sahaja sambal epal di pinggan luak. Mana taknya, dah makan dengan nasi….siap pakej ratah lagi.
Resepi? Boleh lihat di sini - Resepi Sambal Mangga dan Ikan sebagai panduan. Selebihnya, kita campak-campak, agak-agak sesuai cita rasa.
Alahai sedapnya makan dengan nasi panas2.
BalasPadamWaaaah bisa saya bayangkan rasanya. Apalagi apel hijau memang masam2 sikit kan. Apel hijau bagusnya bisa menggantikan beberapa buah.
BalasPadamKalau saya, setiap lebaran biasanya selalu pesan nastar (tart nenas) . Tp kdg teman saya suka improvisasi, selai nenas, dia ganti dengan apel hijau. Dan ternyata sedaaap juga
Sambal epal? tak pernah lagi jumpa apatah lagi dirasai.. nampak macam sedappp.. mungkin boleh dicuba hihii
BalasPadamUish mengancam.. Epal pun cun juga ya digandingkan dengan isi ikan..
BalasPadamDalam masakan ni kita kena kreatif. Gantikan apa yang seakan-akan tu. Saya pun kalau teringin makan buah mangga kalau tak ada epal hijau pun jadi. Janji ada rasa masam tu dan cravings satisfied.
BalasPadamMaaf kak lama saya tak singgah sini. Baru kembali bulan Julai. Tengok akak pun lama tak update. Semoga baik-baik je semuanya.