Isnin, 14 Mac 2016

Resepi Sambal Mangga dan Ikan

Sambal mangga dan ikan ini resepi Bott. Selalu kalau jumpa mangga muda, memang akan minta Bott buatkan. Sedappp! Pedas pedas masam masam,...makan nasi sepinggan tak cukup! Tetapi, nak buat sambal ikan dan mangga ni tak ada sukatan yang khusus untuk resepinya. Agak-agak sahaja untuk imbangkan rasa.

Sambal Mangga dan Ikan
Bahan-bahan yang diperlukan: 2 - 3 biji mangga muda, seekor ikan kembung, segenggam kecil cili api merah (ni cili api yang pedas berdesup tuh), secubit garam dan asam keping.

Cara Penyediaan: Mula-mula, rebus ikan kembung dengan secubit garam dan asam keping. Sesudah masak, asingkan isi ikan dari tulang. Hiris mangga. Tumbuk cili padi bersama isi ikan. Bott tumbuk tak sampai lumat sangat. Biar lagi kick katanya ada chunck ikan dan cili. Kemudian, gaul sekata mangga, isi ikan dan cili padi. Tak perlu letak garam sebab tadi ikan dah direbus dengan sedikit garam. Tetapi, jika rasanya kurang masin, bolehlah tambah ikut cita rasa.

Hidangkan dengan nasi atau bubur panas.

Selamat Mencuba!

41 ulasan:

  1. kalau nak syokk laagi...makan dengan budu! perghhh...tak pandang kiri kanan dah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. focus kat pinggan jekan...

      Padam
    2. Fuhhh! Kalau dah laga dengan budu,..memang fokus kat pinggan,..suap, kunyah, telan...suap, kunyah, telan :)

      Padam
    3. nikmati setiap supan.. dok gituuu??? :D

      Padam
  2. Makan macam ni memang buat nasi x ckup sepinggan kan kak farrah..pedas2 masa..erm, terliur!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. serius.. nak2 kasi pedas2.. hihihihh

      Padam
    2. Best kan, Wana! Memang sepinggan tu sekadar pembuka selera je...hahaha
      Ikhwan suka makan pedas ke?

      Padam
    3. of cosss kak farrah.. pedas2 + perah limau.. perghh terbaik

      Padam
  3. macam kerabu mango versi kak bott

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerabu mango hihihi comel lak nama tu :)

      Padam
    2. Towednesday Mango! Keh keh keh

      Padam
  4. Nampak tajuk resepi terus mai sini..dpt ngan ulam pegaga/kacang botor sekali pun berdesup jugak ni..hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishhh, ada semua tu memang selagi tak puas, tak berhenti makanla,.. :)

      Padam
  5. Kalau dapat makanan ni memang lupa diet..

    BalasPadam
  6. yum yum sedap nya sis... fav akak jg ni... terus lapar....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak,..sorry2..pergi mamam cepat ye :)

      Padam
  7. sedapnya..telan ai lior..

    BalasPadam
  8. Kalau Firah yang perisi ikan, tulang ja yang tinggal.. isi ikan masuk perut.. peberet.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, bahaya tuh! Tak sempat siapla sambal mangga ni :)

      Padam
  9. wowww bestnya kak.. selulu guna ikan kering ok gak... hihihhihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huuu, guna ikan kering pun nyumm nyummm sebab ada elemen crunchy di situ :)

      Padam
    2. yup.. elemen crunchy gitu.. hihihii.. tambah pulak nasi tengah panas2.. :D

      Padam
    3. tengok komen dua orang ni memang rasa nak pi ambik nasi terus makan ni!!

      Padam
  10. betul kak farrah, kalau perkena lauk macam ni mahu tambah beberapa pinggan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang kalau tak de selera ke, mulut payau ke,...inilah lauknya :)

      Padam
    2. betul2x.. org kata lauk simple tapi mmg mampu ikat selera kita..

      Padam
    3. Agak2 berapa pinggan ikhwan makan? Ha ha ha

      Padam
  11. Memg sedap pun enak d mkn begitu saja hihi

    BalasPadam
  12. mesti sedap.. raaya tak cuba laa sebab jenis tak tahan pedas..

    BalasPadam
  13. klu kami sni suka panggil kerabu klu masak camni, mmg xda sukatan, men letak ja..

    BalasPadam
  14. febret ni mkm nasi bertambah ni...

    BalasPadam
  15. lama dah tak tengok sambal macam ni ...

    BalasPadam
  16. Sedapnya Farrah.... MD dan hubby tadi baru lepas makan ikan bakar cecah dengan sambal mangga tapi ada campuran timun sikit...sedap..

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...