Resepi Terung Sambal Hijau

Sabtu, November 11, 2017

Assalamu'alaikum,
Hujung minggu ini nak kongsi resepi mudah menggunakan terung - Terung Sambal Hijau. Senang sangat cara membuatnya. Sambal terung ni enak dinikmati dengan nasi panas-panas, lawan dengan kicap sedikit. Terangkatttt! Terung, terpulanglah mahu guna terung biasa atau terung bulat. Nak sediakan terung pun boleh pilih sama ada nak guna airfryer (lebih sihat sebab kurang minyak), goreng seperti biasa atau digril. Saya jelaskan satu-satu di bawah ye 😃


Resepi Terung Sambal Hijau

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Beberapa biji terung. Saya gunakan terung bulat.
  • 7 - 10 tangkai cili hijau (bergantung hendak sambalnya banyak atau tidak). Jika ingin rasa yang lebih pedas, masukkan juga beberapa tangkai cili api mengikut selera.
  • 2 labu bawang besar (dihiris bulat-bulat)
  • 2 sudu besar cuka putih
  • Minyak masak secukupnya 
  • Garam secukup rasa.


Langkah-langkah penyediaan:
  • Terung
Sekiranya menggunakan air fryer
Potong terung nipis-nipis. Kemudian titiskan hanya sedikit minyak masak (saya gunakan minyak zaitun) pada hirisan terung dan gaul sekata. Tujuannya adalah supaya terung tidak terlalu kering ketika dimasak di dalam airfryer. Kalau kering kecut terung tu tak sedap pula nak dimakan nanti.

Masukkan hirisan terung ke dalam airfryer. Masak dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 - 12 minit atau sehingga terung lembut mengikut cita rasa anda.

Angkat dan ketepikan.


Sekiranya menggoreng seperti biasa
Panaskan minyak masak secukupnya untuk menggoreng. Goreng terung sehingga menjadi lembut.
Angkat dan ketepikan.

Tak ada airfryer tetapi tak mahu goreng terung sebab too oily? Jangan risau. Boleh gril/panggang. Saya kalau time tengah rajin, saya akan gunakan gridle pan dan bakar terung sampai ada charred mark. Macam gambar di bawah ini.

Love the smokey taste too!

Apapun cara penyediaan terung yang dipilih, at this stage, hirisan terung tu dah boleh dinikmati. Selalunya saya akan tabur sedikit garam halus, lada hitam dan ratah begitu sahaja. Boleh juga jika nak buat Sandwic Terung. Sedapppppp!



  • Sambal Hijau

OK, untuk sambalnya pula, saya kukus cili hijau sehingga lembut. Setelah itu, tumbuk hingga lumat. Memandangkan kita dah kukus cili hijau terlebih dahulu, mudahlah cilinya hancur. Lumat cantik je jadi pes cili. Sesudah itu, panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis hirisan bawang besar terlebih dahulu barulah diikuti dengan cili hijau yang telah ditumbuk. Biarkan seketika sehingga cilinya masak. Seterusnya, masukkan cuka putih dan perasakan dengan garam. Pandai-pandailah imbangkan rasa masam cuka dan garamnya. Akhir sekali, apabila sambal dah betul-betul masak, tuangkan ke atas hirisan terung.


SIAPPP!



Selamat Mencuba!

Siapa suka makan terung? Kebiasaannya hidangan terung apa/bagaimana yang kalian paling suka?




16 ulasan

  1. Hi dear...kalau terung cik manggis suka terung rebus cicah sambal belacan je...

    BalasPadam
  2. Akak suka masak asam pedas dan masak lemak cili padi. Takpun, campurkan terung tu dalam masak kicap ayam atau ikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Idea ni,..saya tak pernah lagi masuk terung dalam masak kicap. Thanks, Cik Azz :)

      Padam
  3. memang hebat memasak lah blogger ni..syukur air tangan sedap nampak ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak adalah pandai mana, Cikgu Etuza. Setakat untuk makan sendiri lepaslah :)

      Padam
  4. terung selalunya mak masak lemak gitu.. panggang pun mkn tp jrg buat 😋 sedapp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terung masak lemak memang best kan,..yang panggang tu cicah pula dengan sambal belacan,..yummehhh!

      Padam
  5. sedapnya... lama xmakan sambal terung ni

    BalasPadam
  6. sedap ni makan dengan nasi panas2 ni

    BalasPadam
  7. Sedapnya.. selalu buat sambal merah.. menarik menu nie..

    BalasPadam
  8. kak farrah ape beza rasa terong bulat dgn yang panjang tuu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.