Siapa penggemar kopi? Any coffee lover out there? Kalian suka minum kopi yang bagaimana? Kopi susu? Kopi pekat? Coffee ice blended? Hari ini saya nak cerita tentang kebaikan minum kopi O. Black coffee. Yang betul-betul kosong tanpa gula, susu atau krim tau! Bukan yang dilimpahi kemewahan manis lemak susu, gula, krim segala! Memang kopi semata-mata.
Kopi O pekat atau black coffee sebenarnya ada banyak manfaat kesihatan. Antara kita tahu dengan tidak je. Pertama, black coffee yang tidak ditambah gula atau susu mengandungi nilai kalori hampir 0. Sesuai sangat dijadikan minuman untuk yang ingin berdiet dan mengurangkan berat badan. Sekali lagi diingatkan ye, kopi kosong. Once kita dah letak gula, susu atau krimer, nilai kalori kopi kalian akan mencanak naik.
Selain itu, kandungan kafein dalam kopi dapat membantu tingkatkan metabolisme badan. Jadi, bagi sesiapa yang nak bersenam atau workout, disarankan minum secawan kopi beberapa minit sebelum sesi workout supaya kadar metabolisme badan dapat ditingkatkan. Lebih tinggi metabolisme, lebih banyak lemak terbakar, lebih tinggi amaun kalori yang berjaya 'dibunuh'.
Bukan itu sahaja, kopi juga dapat bantu kita agar kekal segar dan lebih fokus sepanjang hari. Stay alert all day long. Kajian juga menunjukkan yang kopi mampu mengurangkan risiko penyakit diabetes dengan mengawal paras gula dalam darah.
Masalahnya, kopi kosong tanpa gula, susu atau krim = KOPI PAHIT! Ramai yang tidak gemar minum black coffee sebegini. Tidak lalu. Tidak kena selera. Maklum sajalah rasa manisnya tiada. Jangan bimbang. Semua bisa diatur.
Dalam artikel saya di ZALORA sekitar hujung Ogos lalu, saya ada kongsi cara-cara untuk mula jatuh cinta pada black coffee. Memanglah jika lidah kita sudah terbiasa dengan kemanisan gula dan creamy susu atau krim, kita akan kata tidak pada black coffee. Tetapi, kita boleh cuba perlahan-lahan supaya deria rasa kita dapat nikmati kopi O sekaligus kebaikan-kebaikannya.
Ingin tahu lebih lanjut? Klik sahaja pada gambar di bawah. Jika kalian pernah cuba salah satu cara yang saya nyatakan, kongsi di sini ye. 😊
Pssttt! Teh hijau pun banyak manfaat kesihatan tau! Tak percaya baca di sini ye.
sy ada try jg balck coffee yg telah ditinkan tp sill x leh msk wpn sy ni minum kopi... kat cafe2 x penah try pulak black coffee... mn tau laa kn lg sedap kot hahaha
BalasPadamHihihi memang kalau tak biasa agak sukar nak ditelan, Anies. Tak pe, nanti ada rezeki saya bancuhkan secawan khas untuk Anies ye.
PadamDatang ziarah sambil minum coffee...
BalasPadamDone follow
Terima kasih, Cik Manggis :)
PadamSaya minum black coffee bila saya cirit birit, tu petua org dulu dulu supaya cirit birit tu cepat hilang....
BalasPadamOhhhh, saya pula kalau cirit birit saya selalu buat teh pekat ;)
Padamsuka black coffee..tapi kurang gula..kalau takde gula rasa macam tak boleh nak masuk pulak...hehehe
BalasPadamBiar kurang manis dalam kopi, janji senyum tetap manis!
PadamMama penggemar kopi tapi black coffee Tu kurang sikit. Boleh juga Cuba try nanti
BalasPadamNanti boleh cuba perlahan-lahan, mama :)
Padamsedap minum time hujan camni
BalasPadamFuhhh, memang sedap!
PadamSaya suka minum kopi...tapi kadang suka o, kadang suka blended, kadang suka tarik
BalasPadamVariasi lah ni :)
PadamBetul. setuju kak farah...banyak kelebihan kopi...tapi kadang kita lebih suka yang bersusu atau krim
BalasPadam..sebab yang bersusu berkrim tulah yang sedap kan!
Padamminum kopi O ni rasa macam matang sangat..tak tahu kenapa =)
BalasPadamaahla. sy pun rsa macamtu gak. haha rasa macam dh tua :p mungkin org2 tua suka minum kopi kot
PadamHeheheh rasa matang? Betullah bak kata Julia tu. Mungkin sebab kita biasa tengok yang suka kopi o kaw ni orang-orang tua.
Padami like my coffee the way i like my man..mild and sweet. hehe
BalasPadamWah wah wahhhh! Kira akak tak leh bancuhkan yang strong utk Sal lah ni :)
Padambanyak khasiat coffee sebenarnya. tp xsuka sgt minum kopi O mcmtu je huhu
BalasPadamTak pe. Kalau Julia tak suka kopi o begitu, boleh cuba teh hijau. Khasiatnya pun lebih kurang sama.
PadamAkak sekarang dah jarang minum kopi. Kat rumah ni guna kopi aik cheong 3 in 1 tu tapi yang tanpa gula. So, jika nak minum, kita boleh ejas gula dia. Selalunya memang letak sikit je gula tu.
BalasPadamSaya pun suka kopi aik cheong. Best kan,...letak sikit gula tu yang bagus, kopinya lebih terasa :)
Padamlama tak minum coffee hihihihi
BalasPadammai minum secawan :)
Padambetul.. kopi byk khasiat jika minum cara yg betul.
BalasPadamSetuju :)
PadamAsalam saya minum coffie juga..normal kopi tu hitam ..jika tak silap..
BalasPadamSelamat menikmati kopi, cikgu :)
Padamdi rumah bkn coffee lover tp nina suka sgt minum latte. tmbh2 ada mcm2 jenis corak dicafe2 nk promote kopi dorang. xleh telan kalau o je
BalasPadamOhh, penggemar latte rupanya Cik Nina kita :)
PadamSy mmg tegar kopi..tapi kopi o letak gula la..hehe..klu kosong mungkin xbole nk telan..
BalasPadamTak pe,..yang penting gulanya jangan banyak sangat ye :)
Padamskg ni mnum kopi dgn teh hijau tanpa gula
BalasPadam