Kenapa Mesti Black Coffee?
Isnin, November 06, 2017
Siapa penggemar kopi? Any coffee lover out there? Kalian suka minum kopi yang bagaimana? Kopi susu? Kopi pekat? Coffee ice blended? Hari ini saya nak cerita tentang kebaikan minum kopi O. Black coffee. Yang betul-betul kosong tanpa gula, susu atau krim tau! Bukan yang dilimpahi kemewahan manis lemak susu, gula, krim segala! Memang kopi semata-mata.
Kopi O pekat atau black coffee sebenarnya ada banyak manfaat kesihatan. Antara kita tahu dengan tidak je. Pertama, black coffee yang tidak ditambah gula atau susu mengandungi nilai kalori hampir 0. Sesuai sangat dijadikan minuman untuk yang ingin berdiet dan mengurangkan berat badan. Sekali lagi diingatkan ye, kopi kosong. Once kita dah letak gula, susu atau krimer, nilai kalori kopi kalian akan mencanak naik.
Selain itu, kandungan kafein dalam kopi dapat membantu tingkatkan metabolisme badan. Jadi, bagi sesiapa yang nak bersenam atau workout, disarankan minum secawan kopi beberapa minit sebelum sesi workout supaya kadar metabolisme badan dapat ditingkatkan. Lebih tinggi metabolisme, lebih banyak lemak terbakar, lebih tinggi amaun kalori yang berjaya 'dibunuh'.