Resepi Sambal Matah Bali

Selasa, November 10, 2020

Assalamualaikum. 

Pernah dengar tentang sambal matah? Ini salah satu daripada variasi hidangan sambal yang terdapat di Bali. Sambal ini sangat mudah disediakan kerana pada dasarnya kita hanya perlu hiris bahan-bahan yang diperlukan sebelum dicurahkan dengan minyak kelapa. 

Lebih kurang beginilah rupanya. Tolong abaikan hirisan saya yang kasar-kasar boleh buat tampal seluar koyak tu heheheh. Waktu saya buat sambal ni, tengah nak kejar masa. Kebetulan, orang yang rajin hiris halus-halus dan cantik berseni (Bott) tiada. Tangkap muat sahajalah jawabnya asal sambal siap.


Resepi Sambal Matah Bali

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3-5 biji bawang merah atau 1 labu bawang besar dihiris halus. Kalau suka guna banyak bawang, dilebihkan.
  • 5 ulas bawang putih dihiris halus.
  • + 2 cm belacan. Ini pun bergantung kepada selera. Boleh dilebih atau dikurangkan.
  • 2 batang serai dihiris halus.
  • 5-7 helai daun limau, dibuang urat di tengah dan dihiris halus.
  • Cili api segenggam kecil, dihiris halus.
  • 3-4 sudu besar minyak kelapa. Jika tiada, boleh sahaja digantikan dengan minyak canola, minyak bunga matahari atau minyak masak biasa.
  • Garam secukup rasa jika perlu.


Langkah-langkah Penyediaan:

  1. Hiris semua bahan-bahan dan masukkan ke dalam mangkuk kecuali minyak kelapa dan belacan.
  2. Panaskan minyak kelapa. Tumis belacan hingga naik bau. Proses akan jadi mudah jika menggunakan serbuk belacan. Jika menggunakan belacan biasa, belacan perlu dipecah-pecahkan atau dilumatkan terlebih dahulu. Ini untuk elakkan teksturnya agar tidak terlalu berketul di dalam sambal.
  3. Setelah itu, curahkan minyak ke dalam mangkuk berisi bahan-bahan tadi. Gaul sehingga semua sekata. Perasakan dengan garam jika perlu. 
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Bayangkanlah aroma minyak kelapa panas bergabung dengan belacan, hirisan daun limau dan serai, memang asyik!


Derhaka resepi

Demikianlah cara penyediaan sambal matah Bali. Pada dasarnya, tidak perlu masak atas dapur pun. Hiris gaul siap! Tetapi, saya derhaka resepi sedikit. Saya kurang gemar makan bawang putih mentah-mentah. Terlalu kuat baunya untuk saya. 

Jadi, apa yang saya lakukan, saya tumis sekali hirisan bawang putih bersama belacan dan serai (saya ingin bau serai yang lebih ketara). Kemudian, barulah dituangkan dan digaul dengan bahan-bahan lain.


Cadangan hidangan  

Sambal matah Bali sudah cukup enak dimakan begitu sahaja. Lawan dengan ulam-ulaman dan nasi panas, boleh bertambah nasi. Tidak perlu cari lauk lain.

Selain itu, hidangan ini kita boleh upgrade supaya jadi lebih menarik dan memancing selera.  Di bawah ini ada beberapa ramuan yang boleh ditambahkan (dan telah saya cuba):

  • Hirisan kacang botol - Hirisan kacang botol yang segar menjadikan sambal ini lebih umphh sebab ada elemen rangup di situ. 
  • Tauge - Selain menggunakan hirisan kacang botol, boleh juga letak tauge. Kedua-dua sayur ini akan menjadikan sambal matah seolah-olah satu hidangan urap cuma tanpa kelapa parut je.
  • Santan - Letakkan sedikit santan jika mahu rasa yang lebih lemak.
  • Kecombrang (Bunga kantan) - Masukkan juga hirisan bunga kantan jika ingin kesedapan berganda. Hirisan bunga kantan juga saya tumis seperti serai sebelum digaul rata dengan bahan-bahan lain.


Selamat mencuba!

29 ulasan

  1. Terima kasih kongsi cara buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi datang dan baca entri resepi ini 😊

      Padam
  2. sedap ni..mkn dgn ikan/ayam bakar..best..

    BalasPadam
  3. Ubahsuai resepi ikut kreativiti sendiri untuk penuhi selera. Terbaik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe ikut selera dan ikut apa yang ada kat dapur, kak 😊

      Padam
  4. Tak pernah dengar lagi sambal matah ni. Nampak menarik. Tq share resepi, nnt boleh try :)

    BalasPadam
  5. Macam-macam jenis sambal ye. Oohh... kecombrang itu bunga kantan rupanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, kak. Kalau di seberang, mereka panggil kecombrang 😊

      Padam
  6. Wah kreatifnya boleh makan sambal matah macam2 cara. Sebelum ni Cik TK tak cuba sambal matah sebab ingatkan macam dia tak masak sangat, terutama bawang tu. Tapi lepas ni boleh lah Cik TK cuba buat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni dah boleh cuba. Cik TK tumiskan je bawang tu biar masak dulu 😊

      Padam
  7. 1st time dengaq sambal matah.. kena cuba ni

    BalasPadam
  8. First time tahu Sambal Matah Bali ni kak Farrah. Macam sedap tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap, Fizah. Kalau Fiza suka makan sambal, nanti cuba buat sambal matah ni 😊

      Padam
  9. Pertama kali dengar & lihat sambal matah ni. Tapi, nampaknya rssepi simple dan sihat. Boleh dicuba :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, Puan Hazel. Moga kena dengan selera 😊

      Padam
  10. Tak pernah dengar resipi ni sebelum ni.

    BalasPadam
  11. kalau nak masak cepat2 kat rumah nenek mmg makcik2 xkan suruh saya potong sayur. lagi2 time rasa open house bila semua nak laju.. sebab saya potong sayur lambat hahaha.. xleh x puas hati kalau x kena ikut yang saya nak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha this is so comel. Tak apa, kalau dengan akak, nanti akak suruh Siti goreng tempe atau kentang je. Potong/hiris sayur, NO! 😊

      Padam
  12. first time dgr and baca resepi sambal ni, farrah.
    tq for sharing.
    kalu campur-campur gitu, ada plak bahan tambahan yg dicadangkan tu.
    da mcm kerabu ekk ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Aida. Kita ubah suai, tambah-tambah lagi bahan dah jadi kerabu 😊

      Padam
  13. wah first time dengar , dia mcm sepupu sambal belacan lah kan

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.