Hiasan untuk Junk Journal

Khamis, November 12, 2020

Sepanjang PKPB ini kebanyakan masa saya memang banyak dihabiskan dalam bilik kraf. Ada masa terluang sahaja masuk bilik kraf, buat embellishments, buat kad, tulis jurnal. Baiklah mengurung diri buat something crafty daripada dok menambah langkah ke dapur, buka almari, buka peti sejuk!

Sekarang ini saya sibuk buat hiasan untuk junk journal.  Jika kurang jelas apa itu junk journal, boleh lihat entri-entri saya sebelum ini. Selain untuk koleksi sendiri, adalah saya buat lebih sedikit untuk dijual di Carousell. Tetapi, sekarang ini sebab pergerakan terbatas hendak ke pejabat pos buat urusan pengeposan, semua transaksi saya di sana saya tangguhkan buat sementara waktu.

Kita buat je dulu, kemudian barulah masuk listing

Ini lebih kurang set junk journal untuk pemula. Terdapat hiasan-hiasan untuk ditampal pada halaman junk journal, tag, tali dan adhesive diamentes untuk menambahkan seri layout atau spread kita. Guna untuk scrapbooking pun cantik!


Hiasan-hiasan ini boleh diguna as is atau jika hendak jadikan dwifungsi, boleh buat sebagai poket untuk kita selit nota, catatan, gambar atau hiasan kraf lain. Misalnya hiasan 'LOVE IT' dan yang tiket-tiket itu. Jangan gam semua bahagian belakangnya. Hanya gam dua sisi, tampal pada bahagian tepi muka surat dan kita ada satu poket tambahan untuk letak barang-barang kita. Poket-poket tambahan dalam jurnal biasanya saya gunakan untuk letak pelekat, sticky notes, inspiring quotes, poems dan gambar. 


Sesudah siap buat satu set hiasan atau embellishments, saya akan masukkan terus dalam packaging seperti di bawah ini. Pek ini sudah berpunya. Semoga tuannya gembira hias jurnal dengan barang-barang ini.


Ok, di bawah ini pula, kertas-kertas tambahan untuk ditepek dalam jurnal. Ada yang saya guna kertas kraf, kertas baking dan kertas buku nota yang saya sudah celup dalam air kopi (coffee dyed paper). Lembaran-lembaran kecil sebegini praktikal sebagai ruang tambahan untuk kita menulis. Hiasan pun tidak perlu sarat sangat. Biasanya saya guna washi tapes, cebisan kertas buku lama dan cetakan stamps.


Rasa-rasanya kalian berkenan tak dengan tema ala-ala rustic begini?

14 ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.