Berbaloi di DAISO - Toilet Deoderizer

Isnin, November 09, 2020

Assalamu'alaikum,

Siapa suka pergi DAISO? Kalau masuk DAISO bahagian mana yang kalian tuju dahulu? Kalau saya semestinya bahagian alat tulis. Tak pernah jemu untuk belek-belek alat tulis, buku nota dan sticky notes yang cantik-cantik. Jika bernasib baik, ada juga seleksi barang peralatan kraf seperti ink pad, stamps, butang dan reben yang menarik, berbaloi dibeli.

Selesai cuci mata di bahagian ini, saya memang akan pergi bahagian keperluan bilik air dan tandas pula. Saya sudah jarang berkunjung ke DAISO sebab tiada lokasi kedai yang berhampiran dengan saya. Jadi, apabila sesekali berpeluang singgah DAISO saya pastikan yang saya beli beberapa botol toilet deoderizer sebagai stok untuk bilik air di rumah.

Inilah rupanya botol toilet deoderizer DAISO. Selain daripada toilet deoderizer, ada juga room deoderizer dan fabric deoderizer. Botolnya berwarna hijau dan merah jambu jika tidak silap. Dua tu saya jarang beli kerana bilik dah ada letak pewangi manakala fabric deoderizer saya buat sendiri menggunakan pelembut pakaian. Boleh baca - DIY Mudah Homemade Febreze

Berbalik pada toilet deoderizer, saya memang suka gunakan produk ini. Satu botol 350 ml mampu bertahan dua hingga tiga bulan bergantung kepada kekerapan penggunaan. Setiap kali bilik air atau tandas ada bau yang kurang menyenangkan, hanya sembur sekali atau dua ke udara dan bersedialah untuk ruang yang lebih segar. Nyah pergi bau-bau tidak sedap yang menyentak hidung!

Semburan toilet deoderizer ini tidak ada pewangi atau aroma yang ketara. Ini bukan pewangi tandas seperti Glade atau Ambi Pur yang ada pilihan wangian tertentu. Semburannya bau-bau segar udara laut begitu. Bagi saya sudah memadai.

Jika berminat, carilah di DAISO ye. Harga? Alah, tak perlu tanyalah bab harga. Tahu, kan? Bagi saya ini antara produk yang berbaloi untuk kita beli di DAISO. Jauh lebih murah berbanding produk lain  di pasaran yang memiliki fungsi yang sama.


Intai juga entri saya di bawah ini:


Psst! Sekarang saya agak sibuk. Tak dan blogwalking. Insya-Allah, nanti saya balas kunjungan kalian ya.

28 ulasan

  1. Mummy suka pi daiso.. peberet place ni tau! hahhaa

    BalasPadam
  2. Wah nak beli lah nanti..Macam best je fungsi dia dan tengo dr segi tempoh ketahanannya. warna pink ada tak?hehhee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pink ada, mummy. Tapi tu utk fabric tak silap saya. Macam Febreze la 😊

      Padam
  3. boleh cari ni kat daiso. murah pun murah gak

    BalasPadam
  4. Bahaya masuk daiso mesti terlebih beli selalu yang not in the list hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha setuju. Masuk Daiso confirm tergelincir bajet 😂

      Padam
  5. Jarang pergi Daiso sebab tiada yang dekat dengan rumah.
    Kalau Mr DIY itu ok sebab dekat. Semalam cari kain mikro untuk projek kemas rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barang-barang kat Mr. DIY pun boleh tahan jugak bestnya. Selamat mengemas rumah, NA!

      Padam
  6. wah menariiikk

    nanti nak minta tolong baca entri latest saya,supaya view igtv untuk contest saya sertai.plz support ya! :D

    BalasPadam
  7. Saya suka ke Daiso. Barangannya comel2. Leka membelek-belek.

    BalasPadam
  8. Daiso ni antara tempat yang bahaya juga ni. Setiap kali keluar daiso mesti tangan tak kosong! Ada je benda yang dibeli. 😅

    Menarik toilet deodorizer ni. Menarik fungsinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk Daiso memang confirm kesurupan hahaha tak yahlah acah-acah niat nak window shopping je 😂

      Padam
  9. sini ada satu daiso je. lama gila tak pergi sejak pkp. kiranya nak setahun dah tak jejak daiso. dia lebih kurang fungsi dengan febreeze juga. nyah bau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun kat area akak ni tak de Daiso. Dulu rajin pergi kat Mutiara Damansara. Ya, fungsinya untuk nyah bau kurang enak utk hidung kita 😊

      Padam
  10. Area Umh xde daiso terdekat.. Area opis ada.. Nanti bole la try beli ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti boleh cuba produk ni, mama tisya 😊

      Padam
  11. menarik.. kadang2 mmg dah cuci sental pun ada lagi bau2 itu..
    dia datang sesekali je bau tu tapi mengganggu jugakla..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, bab sesekali datang mengganggu tu yang buat geram. Makanya, kita prett prett aja 😊

      Padam
  12. baru ari tu jengah daiso.
    hmmm bwk anak2, brg dorang la yg byk, farrah :)
    tq for sharing. nanti aida cari.
    mudah. murah plak tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe biasalah Aida. Kita masuk sana pun rambang mata, apa lagi budak-budak tu. 😀

      Betul, bagi saya ini lebih murah berbanding jenama sedia ada di pasaran.

      Padam
  13. masuk daiso tgok betapa cutenya all that stuff kat situ 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, masuk Daiso memang rasa nak beli semua benda! 😀

      Padam
  14. produk yang bagus.. Nak kena ada juga kat rumah nie..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.