Capsicum. Cili benggala. Lada benggala. Lada besar. Bell pepper. Pelbagai nama untuk sayur yang satu ini. Hari ini saya ingin kongsi tips bagaimana untuk pilih lada benggala. Nak sediakan hidangan enak penuh kasih sayang, bahan-bahannya mestilah yang terbaik kan?
OK, seperti yang kita sedia maklum, lada benggala di pasaran ada beberapa warna - hijau, kuning, oren dan merah. Ada beza ke sebenarnya? Bolehkah kita guna mana-mana lada benggala atau ada hidangan yang memerlukan penggunaan warna tertentu?
|
Kredit imej : Tesco |
Terdapat pihak yang mengatakan semua lada benggala sama. Maknanya datang dari satu sumber, pokok atau spesies yang sama. Berlaku perbezaan warna disebabkan lada benggala itu dipetik pada tahap kematangan yang berbeza. Lada benggala hijau belum cukup matang. Apabila dah matang sedikit jadi kuning, diikuti oren dan merah apabila lada benar-benar masak.
Hakikatnya, pandangan ini kurang tepat. Bukan semua lada benggala datang dari satu sumber yang sama. Ada lada benggala yang dari awal pertumbuhan berwarna kuning atau merah dan kekal dengan warna berkenaan walaupun sudah matang.
Cuma kadangkala ada kemungkinan lada benggala hijau yang kita beli itu sebenarnya lada benggala merah yang belum cukup masak. Macam beli cili hijaulah. Pernah tak kalian beli cili hijau dan perasan yang rasanya agak pedas berbanding cili hijau yang biasa dibeli? Atau setelah beberapa ketika, cili hijau yang disimpan bertukar menjadi cili merah? Saya biasa terkena bab beli cili hijau tetapi sebenarnya cili merah ni 😅
Tips #1 - Warna dan Rasa
Ada perbezaan rasa (walaupun tidak begitu ketara) untuk setiap lada benggala yang berlainan warna.
- Hijau - Lada benggalanya agak bitter. Kita dapat rasa the bitterness kat hujung-hujung lidah. Tetapi, yang warna hijau agak crunchy berbanding yang lain. Saya selalu guna untuk salad dan buat sandwic. Ada kalanya, saya guna untuk masak nasi goreng Cina.
- Kuning dan oren - Fruity taste, less bitter than the green one.
- Merah - Paling flavourful dan manis. Lada benggala merahlah yang paling sedap kalau kita gril dan masukkan dalam salad atau hidangan BBQ.
Oleh itu, jika kalian suka lada benggala yang manis manis, jangan beli yang hijau. Kalau inginkan hidangan kalian nampak lebih menyelerakan penuh dengan pelbagai warna, gabungkan penggunaan beberapa lada benggala. Bayangkan buat cekodok letak lada benggala hijau, kuning dan merah. Colourful tempting cekodok gitu!