Semalam baca di Facebook Public Health Malaysia tentang kelesuan pandemik. Hakikatnya, memang betul. Kita semua sudah keletihan. Sudah lesu dan kurang bertenaga untuk terus berperang melawan wabak ini. Kelesuan inilah yang mendorong sesetengah pihak untuk memberontak dan tidak lagi membenakan SOP. Pakat langgar sahaja!
Sukar untuk fokus dan tidur mencukupi tetapi masih rasa penat tu saya alami! Bercinta hendak siapkan satu satu kerja. Namun, saya masih kuat semangat tabahkan diri untuk duduk rumah dan patuh setiap SOP. 😅
Petang semalam, apabila kes mencecah angka 9 ribu, rasa macam risau sangat. Mujurlah kita akan lockdown selama dua minggu. Finally! Itupun secara peribadi, saya rasa macam dah agak terlambat untuk mengambil langkah ini.
Walau apapun, marilah kita sama-sama berdoa agar penularan wabak Covid-19 yang sekarang muncul dengan pelbagai varian ni akan dapat dibendung. Kita semua terkesan. Stay strong! Terus jaga diri baik-baik.
Apa yang paling penting, jaga kesihatan mental dan fizikal masing-masing. Kelesuan pandemik akan menyumbang ke arah banyak masalah lain baik kecil mahupun besar. Di bawah ini, ada beberapa tips yang saya rasakan sesuai dipraktikkan dalam menangani kelesuan pandemik.
Tips Atasi Kelesuan Pandemik
- Cuba sesuatu yang baharu - Tinggalkan kebiasaan kalian selama setahun lebih ini. Pilih hobi baharu atau cabar diri untuk mempelajari benda baharu. Lupakan kopi Dalgona, aiskrim Milo dan jagung cheese. PKP kali ini cuba bereksperimen dengan resepi yang lebih sihat dan lazat. Atau jika kalian sudah lelah mengukur jalan ke dapur, tinggalkan aktiviti memasak buat seketika dan cuba benda baharu seperti melukis, menulis jurnal, berkebun atau belajar bahasa asing.
Jika lockdown dahulu saya dan Bott sibuk ulang kaji bahasa Jepun kami yang sudah berkarat, kali ini kami akan belajar bahasa isyarat pula. Ada siapa-siapa ingin turut serta? 🙋🏻♀️🙋🏽 Jika tiada buku, di Youtube pun ada banyak video yang boleh ditonton.
- Berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan - Dalam situasi sekarang, elakkan menyendiri atau mengasingkan diri. Kita akan cenderung untuk murung memikirkan perkara yang bukan-bukan. Ingat, bukan kita seorang sahaja yang menerima impak permasalahan ini! Jadi, terkurung di rumah bukan alasan untuk kita menghentikan interaksi dengan dunia. Hubungi insan-insan tersayang dan rakan-rakan. Luangkan masa dengan mereka. Media sosial, video call kan ada... semua di hujung jari. 😎
- Terus bersikap positif - Things will get better. Insya-Allah. Buang semua negativities dari kotak fikiran. Terus jana aura positif. Kerap memikirkan senario terburuk, kena panic attack pula nanti. Jika perlu, kurangkan baca perkongsian atau hebahan di media sosial yang belum tentu sahihnya.
- Kekal aktif dan bersenam - Duduk rumah bukan alasan untuk kita jadi couch potato. Buat senaman ringan atau aktiviti fizikal kegemaran kalian. Nak zumba ke... nak joget ke... we need endorphins! Endorphins akan buat kita happy!
- Dekatkan diri dengan Tuhan - Saya rasa ini tidak perlu huraian lanjut. Semua yang berlaku terjadi atas izin Yang Maha Agung Pemilik Semesta dan hanya kepada-Nya kita bersandar dan bertawakal. Jom kita sama-sama ambil peluang duduk di rumah ini untuk lebih dalami ilmu agama, baiki solat dan dalami isi al-Quran, banyakkan berzikir dan berselawat.
Selamat Menjalani Fasa Lockdown. Kita boleh!
Mungkin ada segelintir yang sudah jemu dengan pandemik ini merasakan elok mati saja dari hidup sebegini. Mohonlah dijauhkan dari perasaan begini. Di waktu sekarang peranan pakar motivasi, kaunseling dan psikologi perlu memainkan peranan yang penting.
BalasPadamYa Allah, mohon dijauhkan. Mudah-mudahan kita semua masih kuat mental untuk terus perangi wabak ni.
Padamkena sentiasa fikir aktiviti seharian. so tak de la rasa boring terperuk kat rumah.
BalasPadambudak2/anak2 kesian. tp apakan daya zaman pandemik. just stay at home n buat aktiviti dlm rumah. ada macam2 boleh buat.
Setuju. Kena fikir macam-macam aktiviti especially for the kids. Kasihan pada mereka.
Padaminsya allah.. sy masih lg nak lawan covid ni.. nk rasa bebas hidup tanpa covid mcm dulu².. hikmah pkp ni byk masa terluang dgn famili... setiap waktu dpt berjemaah bersama itu yg paling syukur yg ssh nk buat sblm ni
BalasPadamAlhamdulillah, itu yang seronok tu kan. Hikmahnya, kita dapat meluangkan banyak masa dengan keluarga, buat banyak aktiviti bersama-sama… jika dahulu semua terkejar-kejar sibuk dengan rutin masing-masing 😊
PadamKena selalu kekal positif dan dekatkan diri dengan Allah.
BalasPadamJangan terperap seorang diri, kalau ada masalah, cuba luahkan dan cari penyelesaian :)
Yang paling penting sikap positif tu kan...
PadamTips kurangkan baca news di media sosial tu actually menjadi pada saya. Bagi saya ignorance is bliss. Tak nak menambah takut dan sedih. Tahu benda2 basic dahla
BalasPadamI did the same too. Elok untuk kestabilan emosi kita heheheh
PadamCmne ley jemu pakai mask. Selagi covid19 kes naik banyak. Rasa seram jaaaa kutt
BalasPadamMemang menyeramkan sungguh!
Padamyeah, timm pun dah mula naik fed-up dgn pendemik ni. terus buat xtau je dgn perkembangan or jumlah org kena covid sebab kita jadi makin stress pulak..yg pastinya mmg dah start cari hobi baru & blogging balik, so sekrang ni dah much better sebab membusykan diri sendiri dgn perkara yg bermanfaat..
BalasPadamKena positifkan diri. Tapi kesian juga pada yang dah ikut segala bagai SOP berkurung dalam rumah. Tetap kasih terpaksa ikut SOP dan berkurung untuk 1 jangka masa yang lebih lama.
BalasPadamPerkongsian yang bagus, perlu diingatkan selalu, lama-lama lesu jugak.. InshaAllah stay strong!
BalasPadamBerita pasal pandemik memang boleh buat mental kadang.. Tetapi cuba utk sentiasa positif.. Semoga Allah angkat covid19 nie.. Semoga kita semua sentiasa dlm lindungan-Nya
BalasPadam