Hari ini saya hendak kongsi tentang kek cempedak kegemaran saya. Ingat lagi tak, tahun lepas bukan main popular lagi kek cempedak. Kek lapis cempedak la… kek mentega cempedak la… harga pun bukan sikit-sikit. Harga kayangan gitu.
Masa musim tengah viral tu, sempatlah saya merasa dua tiga jenis kek cempedak. Ada yang orang beri, ada yang Cekengah sendiri beli. Saya tukang makan sahaja. Cempedak memang saya suka!
Dalam banyak-banyak kek cempedak, ini yang paling kena dengan selera saya. The Cempedak Butter Loaf, produk Brown Butter Bakes (BBB).
| The Cempedak Butter Loaf |
| Nampak tak cebisan-cebisan isi cempedak tu? |
Bagi saya, kek cempedak The Cempedak Butter Loaf ni memang sedap! Mewah rasa mentega, rasa cempedak yang nyata. Isi cempedak yang digunakan pun banyak. Tidaklah kita tercari-cari di mana cempedaknya. 😊
Gabungan rasa antara mentega dan cempedak juga seimbang. Kek tidak terlalu manis atau berminyak. Kira kalau makan tu, memang tak cepat muak.
In fact, rasanya orang yang tak suka cempedak pun boleh enjoy makan.
OK, andai kalian berminat, boleh dapatkan kek melalui akaun Brown Butter Bakes Shopee atau TikTok. Kena rajin intai sebab biasanya cepat habis stok. 😊 Selain itu, mereka ada jual tepung premix untuk buat kek juga tau.
Catat Ulasan
PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.
Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.