Hari ini saya hendak kongsi tentang kek cempedak kegemaran saya. Ingat lagi tak, tahun lepas bukan main popular lagi kek cempedak. Kek lapis cempedak la… kek mentega cempedak la… harga pun bukan sikit-sikit. Harga kayangan gitu.
Masa musim tengah viral tu, sempatlah saya merasa dua tiga jenis kek cempedak. Ada yang orang beri, ada yang Cekengah sendiri beli. Saya tukang makan sahaja. Cempedak memang saya suka!
Dalam banyak-banyak kek cempedak, ini yang paling kena dengan selera saya. The Cempedak Butter Loaf, produk Brown Butter Bakes (BBB).
| The Cempedak Butter Loaf |
| Nampak tak cebisan-cebisan isi cempedak tu? |
Bagi saya, kek cempedak The Cempedak Butter Loaf ni memang sedap! Mewah rasa mentega, rasa cempedak yang nyata. Isi cempedak yang digunakan pun banyak. Tidaklah kita tercari-cari di mana cempedaknya. 😊
Gabungan rasa antara mentega dan cempedak juga seimbang. Kek tidak terlalu manis atau berminyak. Kira kalau makan tu, memang tak cepat muak.
In fact, rasanya orang yang tak suka cempedak pun boleh enjoy makan.
OK, andai kalian berminat, boleh dapatkan kek melalui akaun Brown Butter Bakes Shopee atau TikTok. Kena rajin intai sebab biasanya cepat habis stok. 😊 Selain itu, mereka ada jual tepung premix untuk buat kek juga tau.
Menarik ni. Nampak sedapp
BalasPadamCuya lama tak singgah sini.
Akak jemput join giveaway Cuya ya
Hai Cuya! Hope life is treating you well. Sorry, dear. Akak dah lama tak jenguk blog, missed banyak benda.
Padamtak perasan pula ada viral pasal kek cempedak tapi menarik lah kek cempedak. Boleh imagine bau wangi cempedak tu macam mana. Kalau terjumpa nanti nak try lah
BalasPadamYes, ada rezeki jumpa nanti boleh cuba. Tak dapat kek mentega, kek lapis cempedak pun dap dap dap!
PadamAiiiiiiih kak, tak ada toko offlinenya kah? Susah kalah nak pesan online bagi saya 🤣🤣. Juni nak ke KL, pasti saya cari kalau memang ada dijual offline.
BalasPadamKalau kue butter durian, saya pernah coba, tp cempedak, blm pernah ketemu 😍😍. Biasany cempedak hanya dibuat minuman atau digoreng saja
Tak pastilah pula, Fanny. Nanti akak cuba find out untuk Fanny ya. Mana tahu Jun ini, ada rezeki Fanny merasa kek cempedak…
PadamSalam farah, lama nya x singgah sini..
BalasPadamOk kita x pernah rasa kek cempedak. Nanti bole try juga ni cari kt TT or shoppee dia
Waalaikumussalam, Kak Ret. Maaf, saya pun lama tak ziarah Kak Ret. Nanti, intai-intailah kek cempedak tu… mana tahu, kena dengan selera Kak Ret.
Padam