Memaparkan catatan dengan label Berbaloi di TikTok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berbaloi di TikTok. Papar semua catatan

Bak Chang Mama Cah Kitchen

Khamis, Julai 17, 2025

Bak Chang Halal | Ada siapa-siapa yang suka makan bak chang? Kita satu geng. Bak Chang ialah sejenis makanan tradisi kaum Cina yang diperbuat daripada beras pulut dan mempunyai inti. Ala-ala ketupat. Kalau kita ada ketupat nasi, ketupat palas yang masing-masing dibalut dengan daun kelapa dan daun palas, bak chang dibalut menggunakan daun buluh.

Bak Chang berintikan daging, kekacang, cendawan shitake dan kuning telur masin yang dimasak dengan rempah beraroma. Dahulu, sukar hendak dapatkan bak chang halal kerana faham-faham sajalah daging apa yang digunakan. Andai teringin, kena cari di kedai atau restoran Cina Muslim baru jumpa. Sekarang, sudah ada banyak bak chang versi halal. Guna daging lembu atau ayam. 

Ini salah satu bak chang halal kegemaran saya - Bak Chang Mama Chah Kitchen. Tidak perlu susah-susah cari. Kita beli secara online sahaja.

Produk Mama Cah Kitchen

Belinjo Raya | Belinjo Gold

Isnin, Mac 24, 2025

Assalamualaikum. Ada tak yang suka makan belinjo atau belinjau di sini? Meh, saya cerita sikit. Kisah belinjo raya ini bertitik tolak dari salah faham. Ketika saya berbual-bual dengan adik saya melalui panggilan telefon, sempatlah saya ceritakan kepadanya tentang kerepek belinjo dan inang-inang yang baru saya dapat, pemberian Aunty D (ibu saudara adik ipar saya).

Kami adik-beradik memang suka makan belinjo. Belinjo Aunty D pula saya kategorikan sebagai rare spesies kerana belinjo ini hanya akan dapat kami rasa apabila pembantu rumah Aunty D pulang bercuti ke kampung. 

Tidak silap saya, kerepek belinjo ini dibuat sendiri oleh ahli keluarganya. Tempat lain tak dapat. Bukan jenis kerepek belinjo kosong tu tau, tapi jenis pedas-pedas berempah. Memang setiap kali balik semula ke Malaysia, berkilo-kilo kerepek belinjo akan dibawa untuk Aunty D. Lepas Aunty D goreng, adalah terselit rezeki kami dalam sebalang dua. 

Satu balang belinjo, satu balang rengginang 😊