Assalamualaikum. Ada tak yang suka makan belinjo atau belinjau di sini? Meh, saya cerita sikit. Kisah belinjo raya ini bertitik tolak dari salah faham. Ketika saya berbual-bual dengan adik saya melalui panggilan telefon, sempatlah saya ceritakan kepadanya tentang kerepek belinjo dan inang-inang yang baru saya dapat, pemberian Aunty D (ibu saudara adik ipar saya).
Kami adik-beradik memang suka makan belinjo. Belinjo Aunty D pula saya kategorikan sebagai rare spesies kerana belinjo ini hanya akan dapat kami rasa apabila pembantu rumah Aunty D pulang bercuti ke kampung.
Tidak silap saya, kerepek belinjo ini dibuat sendiri oleh ahli keluarganya. Tempat lain tak dapat. Bukan jenis kerepek belinjo kosong tu tau, tapi jenis pedas-pedas berempah. Memang setiap kali balik semula ke Malaysia, berkilo-kilo kerepek belinjo akan dibawa untuk Aunty D. Lepas Aunty D goreng, adalah terselit rezeki kami dalam sebalang dua.
| Satu balang belinjo, satu balang rengginang 😊 |
| Belinjo Gold |
Lihat produk-produk Belinjo Gold di sini - Shopee | Tiktok
Belinjo Salted Egg Vs Belinjo Berempah
| Belinjo Salted Egg |
Berkenan tak? Terliur tak? Haaa… intai-intailah di kedai mereka ya. Ada belinjo dalam balang, ada dalam pek… ada pembelian individu, ada pek kombo… macam-macamlah! Tapi rasanya, kalau beli sekarang, tak dan sampai sebelum raya.
Tak mengapa, masuk cart siap-siap. Kita beli stok untuk jamu orang apabila anjurkan open house nanti. Rayakan sebulan! 😊
nampak sedap ni. terliur pulak rasa nak borong buat hilang gatal mulut >_<
BalasPadamSedapnya keropok belinjau...SA suka....
BalasPadamwaaahhh keropok belinjo sedap ni!
BalasPadamRasa macam pernah makan. Ingat2 lupa. Nama pernah dengar.
BalasPadamSedap kerepek belinjo ni tambah yg ada perisa tu..kalo makan x pandang orang lain dah...
BalasPadamSaya suka juga makan keropok belinjau.. Arwah abah saya pun suka makan dulu..
BalasPadamDi sini sebutnya emping kak. Dan memang banyak rasa juga. Tp saya pun lebih suka yg berempah, ada asin sikiit, manis sikit . Sedaaap... Tapi tuhlah tak berani makan banyak. Takut Asam urat 🤣🤣🤣.
BalasPadamTapi susah memang cari emping yg sedap. Kdg rasanya hambar juga Ada. Tp sekali ketemu yg pedas, manis, memang sukaa saya.
Kopok belinjo pun dah ada variasi ye.. Menarik..
BalasPadamSelalu Sha makan yang plain je.. Boleh dicuba ini..