SOCIAL MEDIA

Penangan Peach Strudel Khairul Aming | Sandwic Cili Api

Khamis, Mac 20, 2025

Dua tiga menjak ni, setiap kali scroll TikTok memang banyak betul video masak Khairul Aming yang menggugat ketenangan jiwa. 😂 Dalam banyak-banyak tu, yang paling kerap lalu-lalang ialah peach strudel. Betul-betul terliur saya dibuatnya. Terus terbayang keenakan peach strudel Kenny Hills Bakers. Sedapnya… 🤤

Disebabkan itulah ketika keluar makan di sana, peach strudel jadi benda pertama yang saya pesan dan ‘attacked’ dahulu. Alhamdullillah, sejuk dan dingin je suapan demi suapan pastri berperasa pic ini berpesta di dalam mulut. Tahu-tahu dah nak habis saya makan!


Baki peach strudel saya 😁

Moga sesudah ni, tak ada video-video makanan lain yang memancing rasa teringin saya. Nak buat sendiri malas, tak pasal-pasal kena keluar cari. 😆 

Sebenarnya, sudah agak lama saya tidak makan peach strudel. Apa yang saya suka tentang pastri yang satu ini ialah rasa keseluruhan yang just nice, semua sedang-sedang sahaja. Tidak manis meliuk-liuk, krimnya tidak buat kita cepat rasa jelak. Masam manis buah pic tu yang jadi star of the dish. Krim + lapisan pastry rangup + potongan pic bersirap = Sedap bethol!

Selain peach strudel, apple strudel mereka pun sedap juga tau.


Sandwic Cili Api yang Mengenyangkan

Untuk makanan berat, kali ini saya pilih Smoked Chicken Toastie sebab tempted baca keterangan pada menu - with fresh lime & cilantro sauce, mozzarella and a little cili padi. 

Cili padi? Okey, ON!


Smoked Chicken Toastie

Baca juga: Memburu Nasi Kerabu Kenny Hills Bakers

Sandwic ayam salai with a little cili padi yang saya pesan. Seperti biasa hidangan sandwic (toasties dan rillettes) di tempat ini memang tidak pernah mengecewakan. Portion hidangan besar. Gabungan rasa potongan ayam salai yang dimewahkan dengan sos daun ketumbar dan keju mozzarella memang ngam. Lagi-lagi apabila tergigit potongan cili api tu,  berganda-ganda pula sedapnya.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Sebelum balik, seperti biasa sempatlah tapau beberapa jenis pastri untuk makan-makan di rumah. 


1 ulasan

  1. SA dah buat beberapa resepi KA...ada yang jadi dan ada yang kurang jadi sebab derhaka...ye laaa...teringat peach strudels KHB....

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.