Awal minggu tempoh hari, saya bersarapan di The Bread Bar. Sebelum sampai kedai lagi dah set dalam kepala nak makan sandwic keju gril kegemaran saya. Yalah, sewaktu kunjungan terakhir saya ke sana, walaupun sedari awal mahu grilled cheese sandwich, alih-alih saya pesan focaccia. 😂 Sesudah itu, sibuk teringin mengidam grilled cheese sandwich.
Kali ini, untuk kopi saya pilih sesuatu yang di luar kebiasaan saya - Coconut Coffee. Bukan kopi santan macam kopi Vietnam tu tau. Ini kopi yang dibancuh dengan air kelapa. Coffee with coconut cream and coconut water.
|
Kopi dingin saya - Kopi Air Kelapa |
Jamu mata dahulu sebelum minum. Cantik kopi saya, kan? Lapisan bawah itu air kelapa manakala bahagian atasnya kopi.
Air kelapa sejuk yang ditambahkan bancuhan espresso dan susu, dilengkapkan pula dengan parutan kelapa. Memang amat memancing selera!
|
Yummehhh 🤤 |
Sedap sangat! Ini betul-betul lemak berkrim. Sekejap sahaja setengah gelas saya minum.
Grilled Cheese Sandwich | Sup Tomato
Akhirnya, apa yang diidam-idamkan sangat selamat mendarat di atas meja.
|
Signature Grilled Cheese Sandwich |
Inilah sandwic keju bakar saya. Keju luar dalam ya. Meriah betul! Yang sejemput tu whole grain mustard. Saya suka tekstur roti yang keras rangup begini. Apabila kita gigit lapisan luar yang rangup rapuh, kemudian sampai ke lapisan dalam yang berkeju… nikmatnya!
Sandwic ini akan jadi lebih menyelerakan apabila dimakan bersama sup tomato. Lihatlah sup tomato yang saya maksudkan.
|
Sup tomato |
Sup tomato berkrim yang pekat. Rasa lemak, masam manisnya cukup seimbang. Hirup begitu sahaja panas-panas memang layan. Lawan pula dengan sandwic keju, terangkat!
|
Gandingan terbaik! |
Alhamdulillah. Lepas craving saya. Gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut senang hati. Senyum sepanjang hari. 😁