Sebenarnya, cerita makan kunafa ini sudah agak basi. Kisah bulan lepas. Selepas ziarah pusara Cekebon, saya dan Cekengah mencari tempat untuk bersarapan. Pada hari itu, ramai pula orang bersarapan di luar. Beberapa lokasi asal pilihan kami di TTDI penuh sesak dengan orang ramai.
Malas hendak pusing-pusing lagi kerana perut sudah benar-benar lapar, kami menghala ke Sg. Penchala. Pergi makan di Sambal Hijau. Saya okey sahaja. Kebetulan sedang teringin makan gulai kulat sisir. Alhamdulillah, ada rezeki jumpa gulai itu di sana.
Setelah selesai makan, Cekengah terpandang kedai kunafa. Selain menyediakan ruang untuk vendor meletakkan produk makanan, pihak Sambal Hijau sublet ruangan kedai mereka kepada seorang penjual kunafa. Pilihan kunafanya banyak. Rambang mata juga dibuatnya.
Kunafa Coklat
Kunafa coklat dengan taburan kismis dan serbuk pistachio. |
Bird Nest Baklava | Bird Nest Kunafa
Saya paling suka baklava ini. Rangup, manis sedang-sedang dan tak muak dimakan. Namanya bird nest baklava atau ada sesetengah tempat panggil bird nest kunafa.
Ada pistachio dan kacang badam 😊 |
Tidak silap saya, baklava ini turut dikenali dengan nama Osh El Bulbul yang bermaksud Nightingale’s Nest. Bentuknya unik, kan? Macam sarang burung.
Kira berbaloilah beli. Saya seorang je boleh makan sampai tiga empat ketul. Mungkin sebab ada kacang dan pistachio, lebih syok makan.
Rasa kedua-dua manisan ini boleh dianggap autentik. Penjualnya ramah dan beri Cekengah rasa sejenis lagi kunafa sebagai sample tasting. Saya tak pasti apa sebab cepat sangat masuk mulut. 😅 Tak dan nak belek-belek. Itu pun tidak kalah rasanya. Nanti lain kali, datang Sambal Hijau boleh repeat kedai kunafa ini. Hendak cuba manisan yang lain pula.
Ada antara kalian yang suka makan kunafa? Atau ada yang dah buat kunafa? Yalah, semenjak kunafa ini tular, ramai juga yang cuba hasilkan sendiri. Bahan-bahan pun mudah dibeli. Untuk saya yang sekadar nak cicip-cicip rasa ni, lebih baiklah beli sahaja. Tunjuk-tunjuk, terus masuk mulut. 😁
Andai kalian tahu mana-mana tempat yang menjual kunafa sedap dan tidak terlalu manis, tolong sarankan pada saya ya.
Selalu gi sambal hijau amik patin tempoyak & sup tulang -=D
BalasPadamkalau masuk restoran ala arab mmg budak2 minta kunafah ni hihi dapt pulak yg cheese tu :D
BalasPadamTak leh go sgt ngan kunafa ni...
BalasPadamYg baklava tu ok lagi la...
Sedapnya kunafa yummm..
BalasPadamTak pernah cuba lagi makan kunafa.. Macam best je.
BalasPadamsuka sangat manisan2 timur tengah ni. layan sungguh.
BalasPadamSaya memang seram kalau hendak makan kunafa sebab selalu jumpa yang manis sampai juling mata nak telan. Kalau teringan makan sangat, saya cuit sikit saja untuk rasa-rasa. Tapi kalau jumpa kunafa coklat yang just nice saja tu, mungkin boleh makan banyaklah ... ahaks!
BalasPadamSaya kalau kunafa suka yg original je atau kunafa yg cheese tu. Yg berperisa coklat2 ni tk pernah try lagi.
BalasPadamBaklava mmg sedap sbb guna kacang2 yg mahal. Tpi cukup makan seketul 2 je sbb maniss
ari tu viral dkt sabah kunafah ojen ni..sha dan suami xdpt nak mkn sbb pjg sgt barisan nya ..insyaAllah teringin juga nak try..
BalasPadamtk pernh mkn baklawa..kunafa chocolate pernh yg versi viral tu
BalasPadammemang suka kunafa
BalasPadamtapi jarang2 makan...
sbb malas nak pergi beli
hahaha
Msalahnya sejak coba kunafa di Turkiye, dan manisnya auto bikin gula darah naik mendadak 😂😂, saya macam ragu kalo nak coba lagi hahahahah. Kecuali kalo teman beli dan kata sedap, tak manis sangat, mungkin saya akan coba lagi. Sayangnya ini harus ke KL pula 🤣
BalasPadamManis sangat tak kunafa ni
BalasPadam