Kopi Air Kelapa | Sandwic Keju

Jumaat, Mei 24, 2024

Awal minggu tempoh hari, saya bersarapan di The Bread Bar. Sebelum sampai kedai lagi dah set dalam kepala nak makan sandwic keju gril kegemaran saya. Yalah, sewaktu kunjungan terakhir saya ke sana, walaupun sedari awal mahu grilled cheese sandwich, alih-alih saya pesan focaccia. 😂 Sesudah itu, sibuk teringin mengidam grilled cheese sandwich.

Kali ini, untuk kopi saya pilih sesuatu yang di luar kebiasaan saya - Coconut Coffee. Bukan kopi santan macam kopi Vietnam tu tau. Ini kopi yang dibancuh dengan air kelapa. Coffee with coconut cream and coconut water.


Kopi dingin saya - Kopi Air Kelapa


Jamu mata dahulu sebelum minum. Cantik kopi saya, kan? Lapisan bawah itu air kelapa manakala bahagian atasnya kopi.

Air kelapa sejuk yang ditambahkan bancuhan espresso dan susu, dilengkapkan pula dengan parutan kelapa. Memang amat memancing selera!


Yummehhh 🤤

Sedap sangat! Ini betul-betul lemak berkrim. Sekejap sahaja setengah gelas saya minum.


Grilled Cheese Sandwich | Sup Tomato

Akhirnya, apa yang diidam-idamkan sangat selamat mendarat di atas meja.

Signature Grilled Cheese Sandwich 

Inilah sandwic keju bakar saya. Keju luar dalam ya. Meriah betul! Yang sejemput tu whole grain mustard. Saya suka tekstur roti yang keras rangup begini. Apabila kita gigit lapisan luar yang rangup rapuh, kemudian sampai ke lapisan dalam yang berkeju… nikmatnya!

Sandwic ini akan jadi lebih menyelerakan apabila dimakan bersama sup tomato. Lihatlah sup tomato yang saya maksudkan. 

Sup tomato

Sup tomato berkrim yang pekat. Rasa lemak, masam manisnya cukup seimbang. Hirup begitu sahaja panas-panas memang layan. Lawan pula dengan sandwic keju, terangkat!

Gandingan terbaik! 

Alhamdulillah. Lepas craving saya. Gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut senang hati. Senyum sepanjang hari. 😁

12 ulasan

  1. pernah sekali try..kopi ngan santan..cannot go la.. x suka sgt, rasa mcm lebih
    ni ngan air kelapa plak..emmm...dap ker?
    menu lain..yummy...best tu

    BalasPadam
  2. mmg nampak sedap cocconut coffee ni!
    fuhhh! kompem terangkat abis!

    BalasPadam
  3. Macam mana lah rasanya campur air kelapa? Kena diy nanti ni.

    BalasPadam
  4. saya belum pernah minum kopi kelapa
    biasanya minum es kelapa

    BalasPadam
  5. xpernah minum kopi ni tetapi kopi santan pernah.. sedap..

    BalasPadam
  6. saya penggemar kopi tapi kopi air kelapa ni memang tak pernah jumpa lagi. nampak macam menarik benar.

    BalasPadam
  7. tk pernh lg jmpa menu coconut coffee...menarik nmpknya

    BalasPadam
  8. Dulu di sini ada yg jual coconut coffee. Tapi kalah saing dengan kopi yg lain..padahal kopi kelapa itu sedaaaap sangat ❤️❤️❤️. Sayang saya tak ketemu lagi kopi yg pakai kelapa macam tu

    BalasPadam
  9. Lemak dia lain macam bila guna air kelapa tu.. Mantap..

    BalasPadam
  10. biasanya AD tak suka klo campur air kelapa, rasa die lain sikit

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.