Monstera Mengandung Lagi

Khamis, Mei 23, 2024

Assalamualaikum. Sudah bersarapan ke belum tu?

Hari ini, seawal pagi saya dah tersenyum lebar. Pergi siram pokok-pokok di balkoni. Cakap-cakap dengan pokok kejap. Potong daun kering, alih-alihkan pasu, bersihkan piring pasu.

Tetapi, kerja yang sepatutnya tidak mengambil masa, jadi lama sebab ada dua ekor ‘pembantu’ berbulu dan berekor sibuk menolong. Si Yuri dan Rhea waktu-waktu beginilah feeling-feeling hirup udara segar sambil main-main dengan daun. 

Fiddle Fig

Gembira tengok pokok fiddle fig ni sudah makin merimbun daunnya. Sedikit masa dahulu, waktu sibukkan arwah Cekebon sakit, ulang-alik ke hospital, pokok ni terabai. Tinggal dua helai daun je. Alhamdulillah, masih kuat semangat untuk hidup. 

Tetapi, senyuman hari ini bukan disebabkan fiddle fig. Senyuman hari ini untuk pokok monstera. 😊


Monstera Mengandung Lagi.

Dalam pada berinjak ke kiri ke kanan nak mengelak agar tidak terpijak Yuri dan Rhea di ruang balkoni yang kecil tu, saya terperasan sesuatu.

Daun baharu Monstera

Pokok monstera saya mengandung lagi. Nampak tak daun baharu tu? Terujanya saya! Mengapa saya tidak perasan sebelum ini? Daunnya masih bergulung. Rasanya tidak lama lagi terbukalah tu. 

Mudah-mudahan pokok-pokok yang ada ni terus bertumbuh subur. Biar makin banyak daunnya, meriah sikit hijau-hijauan di rumah ini.

7 ulasan

  1. semoga terus subur! rindunya kat pokok2 keladi sy tp dah bagi kat org sbb sy sendiri tak terjaga dah pokok2 tu.. haha

    BalasPadam
  2. Wah² best ni... Bertambah hijau Insha Allah 💚
    PH pun dah lama tak belai² pokok lately. Ingat cuti sekolah ni dapatlah kemas pokok² ni...

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..seronok & mcm reward sgt bila pokok2 yg kita jaga menjadi elok mcm ni kan.. yeay!!!

    BalasPadam
  4. Banyak tanaman hijau semakin mewah oksigen bertandang.

    BalasPadam
  5. ku lihat hijauuuuu
    huhu
    seronok ni!

    BalasPadam
  6. Baguuus nya kak 😍😍. Memang happy pasti kalo tanaman yg kita pelihara ada yg berkembang daunnya kan 😄👍

    BalasPadam
  7. Wah.. Nanti kembang mesti cantik.. Sha suka tengok daun bergulung macam tu..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.