Buat Penanda Buku Bermanik Lagi

Selasa, Mei 21, 2024

Assalamualaikum. Apa khabar kalian hari ini? Tengah banyak kerja ke tu? Sibuk-sibuk pun, jangan lupa isi perut, stay hydrated dan pastikan dapat cukup rehat ya.

Hari ini, saya tiada tuntutan kerja di luar. Berstesen di rumah sahaja. Bersidai di tepi jendela sebentar nak dapat cahaya terang untuk susun-susun manik.

Manik-manik dan peralatan saya.

Saya sedang siapkan penanda buku besi yang ada manik berjuntai seperti yang pernah saya kongsi sebelum ini di sini. Dah siap nanti, nak bungkus siap-siap.

Insya-Allah, Bott akan sertai satu pop-up event di pejabat Cekengah, hujung bulan nanti. Jual scrunchies, book covers dan produk-produk jahitan yang dia buat. 

Jadi, saya bakal menyibuk sama. Letak barang kraf dan DIY saya.😁 Ini tengah prepare barang niagalah konon-kononnya. Buat tambah-tambah, buat cover kos sewa booth Bott. 🤣


Penanda Buku Reben Elastik

Di bawah ini pula penanda buku yang dibuat daripada reben elastik dan hiasan kain felt. Saya guna lebihan barang projek kraf dulu-dulu. 

Elastic ribbon bookmark

Cara pakainya lebih kurang begini. 

Penanda buku reben elastik 

Puas hati saya dapat guna bunga-bunga dan lebihan reben yang ada. Jika tidak, terbiar sahaja di dalam laci. Dapat dijadikan benda yang boleh diguna, ada juga faedahnya.

Okey, saya sambung kerja dahulu. Selamat makan tengah hari.

Oh, lupa hendak tanya… kalian suka yang mana? Penanda buku besi bermanik atau penanda buku reben elastik? 

Mana tahu ada rezeki dan kesempatan, boleh saya buat lagi, jadikan sebagai salah satu hadiah untuk rakan-rakan yang rajin komen di blog.

8 ulasan

  1. Wah...dua2 pun cantik.. love it

    BalasPadam
  2. org kreatif mmg selalu tak terbuang lebihan-lebihan mcm ni :)

    BalasPadam
  3. cantikkkkk

    kat mana event tu? open to public?

    BalasPadam
  4. cantiknye hasil kerjanya.. kemas dan cute

    BalasPadam
  5. Allah... semuanya cantiklah Farrah!

    BalasPadam
  6. Aissssh yg dari elastic itu macam headband anak saya saat bayi. Dulu punya banyaaaak, tp Krn dia dah besar, dah saya bagi2 pula ke kawan yg ada bayi . Tak terpikir bisa dijadikan penanda buku 😅😅

    BalasPadam
  7. Dua-dua cantik, tapi yang reben tu lebih menawan.. Geram betul tengok hasil kreativiti kak Farah nie..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.