Buat Penanda Buku Besi Bermanik

Isnin, Mei 06, 2024

Sebelum raya, saya ada beli banyak manik untuk siapkan tempahan projek raya beberapa rakan. Manik-maniknya jenis yang tidak seragam, random pelbagai warna dan saiz seperti di bawah ini.

Pek-pek manik yang dibeli.

Beli terus dari China. Satu pek kecil, 20g dalam seringgit lebih. 

Selepas siap semua tempahan, masih banyak manik yang berbaki. Mulalah terfikir apa DIY mudah yang boleh saya hasilkan supaya manik-manik tersebut tidak terbiar begitu sahaja.

Fikir punya fikir punya fikir, saya putuskan untuk cuba buat penanda buku menggunakan lebihan manik yang ada. Saya beli penanda buku besi, ikat beberapa butir manik pada tali elastik untuk buat hiasan berjuntai.

Inilah hasilnya!

Set yang ini berwarna coklat.

Pada bahagian hujung, saya letak hiasan seperti loket berbentuk bunga buat tambah seri. Manik berwarna coklat saya banyak. Dapat hasilkan dalam 10 - 12 batang penanda buku. 

Cara menggunakan penanda buku seperti ini mudah sahaja. Kita selitkan besi penanda buku pada bahagian dalam halaman buku yang hendak ditanda. Kemudian, tali bermaniknya dibiarkan terjuntai di luar. 

Beaded bookmark with flower charm.

Cantik tak? 

Seterusnya, saya buat penanda buku pakai manik berwarna merah jambu dan ungu pula.


Penanda buku bermanik - merah jambu dan ungu.


Berkenan dengan tona merah jambu manik-manik ni.

Bukan sahaja sesuai untuk tanda buku yang kita baca, bahkan dijadikan penanda al-Quran, jurnal dan planner pun boleh! 

Korang suka tak penanda buku begini?


Psstt! Saya mungkin ambil masa sedikit untuk blogwalking dan balas komen kalian. Terima kasih sudi ke mari baca entri dan tinggal komen. Insya-Allah, jumpa nanti!

13 ulasan

  1. Balasan
    1. Thank you… manik-manik tu yang buat jadi cantik 😊

      Padam
  2. cantiks....sesuai ni hadiah hari guru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good idealah, Ayu. Kos nak buat pun tak perlu modal besar.

      Padam
  3. cantikkkk
    dah mcm cucuk sanggul dlm drama.cina klasik tu👍👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe betul2. Boleh buat cucuk sanggul ni

      Padam
    2. buat cucuk sanggul ke.. buat alat garu kepala?
      hahahah

      Padam
  4. Wah cantik . Macam paper clip . Tapi ni penanda buku . Cantik laa . Kreatif sangat

    BalasPadam
  5. Cantik dan comel sangat. Saya pun berkenan juga dengan pink tu ha...So kreatif lah kak Farah! Mesti lagi banyak pesanan masuk.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.