Home Remedy untuk Batuk

Selasa, Mei 07, 2024

Belakangan ini, ramai orang kurang sihat di sekeliling saya. Mungkin faktor cuaca sekarang. 

Si Bott baru sembuh dari demam dan batuk. Masuk tiga minggu jugalah dengar dia kong kong kong ohok ohok. Dia yang batuk, saya yang rasa sakit dada macam nak tercabut buah pinggang! Cekengah pula baru reda selesema. Itu pun dengar cerita dia asyik berulang-alik pergi farmasi masa lunch break beli ubat.

Alhamdulillah, setakat ni saya okey, setakat gatal-gatal tekak dan batuk manja sahaja.

Hari ini, saya hendak kongsi home remedy yang berkesan untuk batuk. Hanya guna tiga bahan sahaja - halia, lemon dan madu asli.


Campuran Halia dan Lemon Bermadu

Penawar untuk batuk.

Inilah ubat batuk saya. Tiada sukatan khusus untuk sediakan  campuran ini. Biasanya, saya akan guna sebiji lemon, halia dalam setengah tongkol dan madu lebih kurang 3 - 4 sudu besar.

Hiris halia dan lemon. Macam saya, kalau lemon tu lemon organik, saya hiris dengan kulitnya sekali. Tetapi, kalau beli lemon biasa, saya akan kupas kulit. Guna bahagian isinya sahaja.

Seterusnya, hirisan halia dan lemon tu dimasukkan ke dalam bekas sebelum dicampur dengan madu. Kacau sebati adunan. Tekan-tekan sedikit lemon supaya airnya keluar. Nanti, campuran ini akan mencair sedikit kerana madu dah bercampur dengan jus lemon.

Siap! 

Bancuh 1 - 2 sudu teh campuran halia dan lemon bermadu ini dengan secawan air panas atau air suam. Minum sebelah pagi dan malam atau ketika batuk datang menyerang. Hirisan halia dan lemon yang ada boleh dikunyah dan dimakan. Simpan campuran di dalam peti sejuk, tahan dalam dua hingga tiga bulan.

Biasanya, saya kalau rasa tidak sedap tekak atau sewaktu bernafas tu tidak selesa macam nak kena asma, cepat-cepat saya bancuh buat air. Insya-Allah, memang setelah minum akan rasa lega sedikit. Yalah, ketiga-tiga bahan yang kita guna ni boleh panaskan dada, bantu mengurangkan kerengsaan pada tekak.

Tetapi, harus diingat. Batuk ada macam-macam batuk. Kuman ada macam-macam kuman. Persediaan tradisional ini hanya rawatan awal untuk batuk. Andai simptom berterusan atau batuk kalian semakin teruk, kena jumpa doktor untuk dapatkan rawatan yang sewajarnya.

Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan dan kasih sayang Allah.

7 ulasan

  1. Terima kasih share tips ni . Nanti boleh cuba . Betul batuk ni banyak jenis batuk . Kalau kena batuk kering gatak tekak tu memang susah la nak hilang .

    BalasPadam
  2. Lega tekak kalau bancuh ni. Membantu jugalah kan. Memang kena buat stok kalau tak sihat tu. Saya biasa simpan stok yang Hansung KMT Honey tu. Halia tu macam susah sikit nak telan. Betul tu, kalau berlarutan kena jumpa doktor juga.
    Semoga cepat sembuh semuanya. Aamiin...

    BalasPadam
  3. dah boleh jimat duit tak yah beli ubat batuk ;-)

    BalasPadam
  4. Melihat resepnya simple jadi nak buat. kebetulan ada jahe tak terpakai. Tp lemon lah yg hrs cari dulu.

    Dulu pernah baca ramuan ini memang baguuus utk meredakan batuk ❤️

    BalasPadam
  5. Memang kena ada ini kat rumah.. Anak Sha Amani selalu juga batuk..

    BalasPadam
  6. Memang kena ada ini kat rumah.. Anak Sha Amani selalu juga batuk..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.