Memaparkan catatan dengan label Home Remedy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Home Remedy. Papar semua catatan

Home Remedy untuk Batuk

Selasa, Mei 07, 2024

Belakangan ini, ramai orang kurang sihat di sekeliling saya. Mungkin faktor cuaca sekarang. 

Si Bott baru sembuh dari demam dan batuk. Masuk tiga minggu jugalah dengar dia kong kong kong ohok ohok. Dia yang batuk, saya yang rasa sakit dada macam nak tercabut buah pinggang! Cekengah pula baru reda selesema. Itu pun dengar cerita dia asyik berulang-alik pergi farmasi masa lunch break beli ubat.

Alhamdulillah, setakat ni saya okey, setakat gatal-gatal tekak dan batuk manja sahaja.

Hari ini, saya hendak kongsi home remedy yang berkesan untuk batuk. Hanya guna tiga bahan sahaja - halia, lemon dan madu asli.


Campuran Halia dan Lemon Bermadu

Penawar untuk batuk.

Hilangkan Sedu dengan Daun Pudina

Khamis, Mac 10, 2022

Sedu atau hiccups merupakan masalah yang biasa dihadapi tidak kira dalam kalangan orang dewasa, kanak-kanak mahupun bayi. Kadangkala keadaan ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa.

Sedu Tanda Hendak Membesar?

Sewaktu kecil, apabila tersedu saya akan cepat panik. Arwah nenek selalu pujuk dan tenangkan saya dengan kata itu petanda nak membesar. Terus boleh ketawa kekeh-kekeh sebab teruja nak besar. 😄

Betulkah sedu tanda hendak membesar?

Dari sudut sains, sedu terjadi apabila berlaku pengecutan otot diagfragma secara tidak terkawal. Otot ini bertanggungjawab memastikan keluar masuk udara ke paru-paru. Apabila kita menarik nafas, diafragma tertarik ke bawah, menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Seterusnya, apabila kita menghembuskan nafas, diafragma menolak udara keluar dari paru-paru. 

Namun, ada tindakan-tindakan tertentu kita yang menyebabkan otot diagfragma terganggu. Misalnya makan dengan terlalu cepat, makan makanan pedas atau berempah, minum air berkarbonat ... terlalu gembira dan tertekan pun boleh jadi puncanya. Gangguan inilah yang menyebabkan sedu. Malah, kita akan biasa mendengar bunyi ‘hik’ ketika sedu kerana pada peringkat ini, udara menerjah kerongkong secara mengejut dan melanggar peti suara.


Tips Hilangkan Sedu

Sebenarnya ada banyak petua dan tips mudah untuk atasi hiccups (sedu). Antaranya:
  • Minum segelas air masak perlahan-lahan, sedikit demi sedikit.
  • Tarik nafas, tahan selama 5 - 10 saat barulah dilepaskan. Jika perlu ulang langkah ini sebanyak beberapa kali.
  • Berpura-pura batuk atau cuba untuk bersin.
  • Kunyah ais atau berkumur (gargle) dengan ketulan ais.
  • Minum satu sudu perahan jus lemon atau limau.

Pernah atau tidak alami keadaan sedu yang agak lama? Ada kalanya hiccups yang berpanjangan turut disertai dengan pedih hulu hati (heartburn). Andai dah lama-lama sedu, mesti kita akan rasa rimas dan tidak selesa, bukan?


Petua Hilangkan Sedu dengan Menggunakan Daun Pudina

Saya ingin kongsi petua hilangkan sedu dengan menggunakan daun pudina. Jom cuba cara ini.

Koleksi gambar lama. Pudina dari taman herba mini saya :)

Kamomil

Rabu, Oktober 20, 2021

 Teh kamomil untuk petang yang santai.


Teh kamomil saya ini hasil rendaman bunga kamomil yang telah dikeringkan. Boleh juga didapati dalam bentuk serbuk atau uncang. Terdapat banyak jenis produk teh kamomil di pasaran. Kamomil merupakan antara teh bunga yang selalu jadi pilihan bukan sahaja kerana rasanya yang lembut, menenangkan malah disebabkan khasiatnya yang banyak untuk kesihatan kita. Teh kamomil turut dijadikan home remedy untuk merawat beberapa sakit ringan.

Saya lebih gemar beli bunga kamomil kering kerana saya sendiri boleh ubah tahap kepekatan teh dan rasa mengikut selera sendiri. Jika ingin rasa teh yang kuat, saya rendamlah bunga tu banyak sedikit. Jika mahukan yang mild, sekadar satu sudu teh sudah memadai.

Jemput minum, semua!


Pstt! iPhone kalian rosak? Haaa untuk ini kalian tak perlukan teh kamomil, kalian perlukan Chamo! Kunjungi Chamo di Seri Kembangan segera!


Laman Web: Chamo

017-282 8089

118-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, 

43300 Seri Kembangan, Selangor.



Petua untuk Rawat Batuk dan Gatal Tekak

Khamis, April 28, 2016

Jika sebelum ini saya ada bercerita tentang khasiat minyak kayu putih untuk kurangkan batuk berkahak (sila baca di sini), hari ni saya nak kongsi satu home remedy yang boleh dijadikan penawar untuk gatal tekak. Kadang-kadang, apabila kita batuk, tekak akan rasa gatal dan ganggu rutin harian. Nak tidur pun susah! Dengan batuk yang tanpa henti,... rasa gatal merenyam... akan buat kita rasa betul-betul tak selesa!

Cuba petua mudah ini. Ambil sebiji lemon, seketul halia dan madu. Sukatan halia, agak-agaklah biar lebih kurang dengan lemon. Hiris memanjang dua bahan tersebut. Masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan madu hingga cover hirisan-hirisan tadi. Jangan letak terlalu banyak. Gaul sekata. Simpan di dalam peti sejuk. Campuran madu akan menjadi cair sedikit disebabkan jus daripada lemon.

Campuran Madu

Apabila tekak rasa tidak selesa disebabkan batuk, bancuh campuran madu ini (satu sudu besar) dengan secawan air panas. Minum. Jika selalu batuk dan rasa gatal pada malam hari, sediakan minuman ini awal-awal dan letak di sisi katil. Setiap kali batuk, minum air campuran madu ini untuk basahkan tekak. Insya-Allah, rasa gatal akan berkurang dan hilang. Boleh sambung bobok.

Tetapi, jika batuk dan rasa gatal tekak masih berlanjutan, kenalah jumpa tuan doktor. Mungkin tekak kena infection dan perlukan antibiotik :)



Petua Hilangkan Bengkak Gigitan Kucing

Khamis, Oktober 01, 2015

Salam 1 Oktober!

Sekitar minggu perayaan Hari Raya Qurban, jari saya digigit oleh kucing kesayangan. Tak teruk dan tak luka pun tapi terbenamlah sikit giginya yang tajam tu. Si Yuri ni memang jenis suka cakar dan suka gigit. Saya pernah ceritakan di entri ...tapi dia tak calarkan hati kita. Dah biasa kena. Di rumah ni pun, saya seorang je yang berani nak usap, peluk atau gomol dia.

Cuma kali ini, saya cuai. Saya lupa nak bersihkan tangan yang digigit. PENTING! Perkara pertama yang kita kena buat apabila digigit atau dicakar kucing ialah bersihkan luka dengan air yang bersih. Tengok separah mana kecederaannya. Kemudian sapulah dengan antiseptik seperti Betadine. 

Betadine Antiseptic Solution
 Shopee  |  Lazada


Jika teruk, segera jumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Bab luka gigitan dan cakaran kucing tak boleh pandang enteng.

Sepatutnya Vicks dan Stoking Tebal

Rabu, April 08, 2015

Assalamu'alaikum semua. Dah lewat malam baru sempat jengah blog. Terharunya tengok bilangan komen yang perlu saya approve. Terima kasih kawan-kawan, adik-adik semua. Sob sob sob,..dengan mata berair, hidung meleleh,..batuk selang dua tiga minit, saya gagahkan diri baca komen :) Sekarang tengah sakit pakej - batuk + demam + selesema. Mujurlah semput dah kurang. Tadi sepanjang hari tidur je. Bangun untuk buat sikit-sikit urusan rumah, then makan ubat terus ZzzZzzzzZzzzz. Alhamdulillah, malam kuat sikit badan untuk pergi kelas. Bak kata Zarul Kontena ehhh Zarul Farhana,.. sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Kena redha :)

Sepatutnya Vicks & Stoking Tebal tau...

Minyak Kayu Putih untuk Batuk Berkahak

Sabtu, Februari 21, 2015

Assalamu'alaikum! Salam Sabtu semua! Hari ni nak cerita tentang khasiat minyak kayu putih untuk redakan batuk berkahak. Belakangan ni, saya berlawan-lawan batuk dengan anak murid. Sakit dada dibuatnya. Dah macam bunyi enjin motorbot tak boleh start pun ada. Saat-saat beginilah Cajuput Oil @ Minyak Kayu Putih jadi peneman setia.

Minyak Kayu Putih Cap Lang

Setiap kali saya kena asma, batuk berkahak, bernafas pun mula whizzing,... saya akan sapukan minyak kayu putih pada dada dan bahagian belakang. Alhamdulillah, minyak ni berkesan dan serasi dengan saya! Tidak lama lepas sapu minyak, akan keluarlah kahak yang menyesakkan dada. Kiranya Cajuput Oil ni ala-ala my 'kahak' inducer lah. Tak perlu pakai Mucinex!

Saya tak pasti keberkesanan jenama minyak kayu putih yang lain, tetapi saya memang pilih Minyak Kayu Putih Cap Lang ni. Harga botol besar 120ml begini sekitar RM10-RM12. Ada juga botol yang kecil. Minyaknya jenis light dan berwarna hijau cair. Tak greasy dan jenis tak panas (bukan macam minyak angin). Bau pun menyenangkan. Jadi, sangat sesuai untuk digunakan pada anak-anak. Bukan sahaja jika mereka batuk, kalau nak sapu untuk panaskan dada elak dingin malam dan kembung perut pun boleh. Cubalah beli sebotol dan simpan di rumah untuk kegunaan satu keluarga :)


Entri lain yang menarik: Panas dalam? Boleh cari Adem Sari :)

Psst! Jumpa nanti. Saya nak sambung edit a few chapters lagi. Then, baru nak blogwalking :)





Gara-gara Hangin Satu Badan!

Ahad, Oktober 05, 2014

Teh Halia dan Lemon

Jalan macam tak pijak bumi.
Kepala rasa makin lama makin besar!
Satu badan rasa bloated.

Sah! Anginlah ni! Penangan makan macam-macam siang tadi! Almaklumlah, hari raya. Meskipun dah ingatkan diri jangan over makan,..tapi makan itu sikit, ini sikit tetap ada padahnya! Yelah, dah campur-campur, mestilah perut meragam. 

Jadi, atas dasar sedar diri, saya pun masuk dapur buat remedy untuk angin. Kalau dibiarkan, mau tak tidur malam nanti. Didihkan air bersama halia yang dihiris nipis (terpulang nak letak banyak mana), 2 uncang teh (tak kisah teh apa) dan sebiji lemon. Minum ketika masih panas. Kalau nak letak gula pun boleh. Saya selalu tak letak gula sebab gabungan rasa halia dan lemon dah buat teh tu rasa sedap. Ulang ulang minum. Insya Allah, angin akan keluar dan kita rasa lebih selesa. 

Nota Senyum: Jangan terus dihabiskan satu periuk tu dalam sekali minum pulak. Jadi kes lain tak ke naya...