Sedu atau hiccups merupakan masalah yang biasa dihadapi tidak kira dalam kalangan orang dewasa, kanak-kanak mahupun bayi. Kadangkala keadaan ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa.
Sedu Tanda Hendak Membesar?
Sewaktu kecil, apabila tersedu saya akan cepat panik. Arwah nenek selalu pujuk dan tenangkan saya dengan kata itu petanda nak membesar. Terus boleh ketawa kekeh-kekeh sebab teruja nak besar. 😄
Betulkah sedu tanda hendak membesar?
Dari sudut sains, sedu terjadi apabila berlaku pengecutan otot diagfragma secara tidak terkawal. Otot ini bertanggungjawab memastikan keluar masuk udara ke paru-paru. Apabila kita menarik nafas, diafragma tertarik ke bawah, menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Seterusnya, apabila kita menghembuskan nafas, diafragma menolak udara keluar dari paru-paru.
Namun, ada tindakan-tindakan tertentu kita yang menyebabkan otot diagfragma terganggu. Misalnya makan dengan terlalu cepat, makan makanan pedas atau berempah, minum air berkarbonat ... terlalu gembira dan tertekan pun boleh jadi puncanya. Gangguan inilah yang menyebabkan sedu. Malah, kita akan biasa mendengar bunyi ‘hik’ ketika sedu kerana pada peringkat ini, udara menerjah kerongkong secara mengejut dan melanggar peti suara.
Tips Hilangkan Sedu
Sebenarnya ada banyak petua dan tips mudah untuk atasi hiccups (sedu). Antaranya:
- Minum segelas air masak perlahan-lahan, sedikit demi sedikit.
- Tarik nafas, tahan selama 5 - 10 saat barulah dilepaskan. Jika perlu ulang langkah ini sebanyak beberapa kali.
- Berpura-pura batuk atau cuba untuk bersin.
- Kunyah ais atau berkumur (gargle) dengan ketulan ais.
- Minum satu sudu perahan jus lemon atau limau.
Pernah atau tidak alami keadaan sedu yang agak lama? Ada kalanya hiccups yang berpanjangan turut disertai dengan pedih hulu hati (heartburn). Andai dah lama-lama sedu, mesti kita akan rasa rimas dan tidak selesa, bukan?
Petua Hilangkan Sedu dengan Menggunakan Daun Pudina
Saya ingin kongsi petua hilangkan sedu dengan menggunakan daun pudina. Jom cuba cara ini.
Koleksi gambar lama. Pudina dari taman herba mini saya :) |
Ambil lebih kurang 5 - 7 helai daun pudina. Basuh dan bersihkan. Kemudian, rendam di dalam air panas buat seketika. Apabila air dah bertukar suam, bolehlah minum perlahan-lahan.
Semoga berhasil!
Pstt! Terima kasih atas kunjungan kalian. Terima kasih kerana sudi baca. Buat masa ini agak sibuk tak dapat nak blogwalking sangat. Nanti perlahan-lahan, saya datang terjah balas kunjungan kalian ya. Jaga diri!
Samalah masa kecik-kecik dulu arwah abah Mrs. A bila sedu dia cakap nak membesar tu siap ada pantun lagi dia buat hiks!, duka sedu melukut jawa hilang sedu ganti sendawa.
BalasPadamAllahuakbar rindu kat arwah abah Al-Fatihah (dibaca) buat Abah
Wah, pantun tu yang mahal! Memang orang tua dulu-dulu akan cakap sedu tu petanda baik sebab kita akan membesar kan....
PadamKerinduan terpisah dunia dengan insan tersayang memang tidak akan terlerai, kan... Al-Fatihah buat arwah Abah Mrs. A. Moga arwah sentiasa tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Allahumma Aaamiin..
PadamItulah bila dah besar panjang takkan hal melebar lagi kan haha.. Bagus tips Farrah tu, menambah ilmu, biasa buat minum air dengan satu nafas, bilang 7 kali lebih kurang macam tips di atas tu..kalau ada daun pudina sedap dan segar la kan..
BalasPadamHahaha memang bila dah besar panjang dan kita sedu akan terfikir ke arah tu, kan?
PadamBetul tu, babYpose. Biasanya tahan nafas dah boleh do the trick. Tapi, kalau ada daun pudina di rumah, bolehlah cuba cara yang ini.
Ingat dulu.. kalau baby sedu je lekatkan sedikit cebisan kertas ke dahinya..
BalasPadamHaa betul-betul! Saya pun biasa dengar petua ini.
Padamammi perasan selalu sedu bila makan makanan yg pedas utk suapan yg pertama..mcm terkejut gitu. hiccup few times, minum air then hilang gitu je
BalasPadamSaya pula kalau makan cepat-cepat, memang terus kena hiccups... :D
PadamBiasanya kalau sedu PC minum air suam sikit-sikit.. betul, dulu masa kecik kalau sedu mesti orang cakap nak besar..bila dah tua-tua ni sedu risau juga takut bertambah lebar la pulak. hehehehe.
BalasPadamHahaha kita berkongsi kerisauan yang sama, PC. Saya dah tua-tua ni bila sedu, terus terfikir aku ni nak gemuk lagi ke?
Padamada petua dengan daun pudina rupanya untuk menghilangkan sedu
BalasPadamTak pernah try lagi petua pudina ni. Tapi ada satu petua yang Naniey tengok kena jelirkan lidah sepanjang yang boleh lepas tu hilang. Kadang buat jadi kadang tak. Kalau kat luar tak boleh la buat kang orang cakap apa pula terjelir gitu.
BalasPadamMenarik petua. Selalu sedu hilang apabila saya cuba sendawa.
BalasPadamKerap jd kt anak. Kesian tgk tak selesa nk main
BalasPadamBiasa buat minum air atau tahan nafas, yang lain tu macam baru tahu. Mesti berangin je minum air pudina ni kan. Terima kasih kak Farrah share tipsnya. Kena tanam pokok pudina macam ni.
BalasPadamalaa mana sy nak cari daun pudina kat sini hehehe
BalasPadam