Assalamualaikum.
Bagaimanakah perjalanan minggu kalian setakat ini? Harap semuanya baik-baik sahaja.
Baru sahaja hendak masuk dapur untuk masak hidangan sarapan, saya dapat panggilan telefon daripada Khudri. Khudri a.k.a. Khud ini anak jiran lama saya. Sekarang tinggal di kampung sebelah. Saya pernah cerita mengenai Khudri dengan kisah lontong pecal fully vaccinated sebelum ini di sini.
"Kak long, dua minit lagi saya sampai!"
Ungkapan dua minit itulah yang buat saya gelabah, tak cukup tanah lari cari baju labuh dan tudung hendak menyambut rezeki. Khudri kalau datang singgah, mesti bawa makanan. Buka-buka pintu, dia sudah tersengih dengan dua bungkusan di tangan.
Rezeki sampai depan pagar. 😊 |
Nasi Dagang dan Nasi Kerabu Sedap
Khudri belanja sebungkus nasi dagang dan nasi kerabu. Gembira bukan kepalang akak seorang ni dapat makanan sedap! Kedua-dua nasi ini saya dah pernah rasa sebelum ini. Itu pun sebab Khudri yang hantar. Tetapi, saya tidak pernah tahu-menahu gerai jualannya di mana.
Apabila tanya Khudri, saya sendiri terkejut kerana rupa-rupanya dekat benar dengan kawasan rumah saya. Senang cerita jika naik motor, dua minit sahaja jaraknya. Masa Khudri telefon tadi, memang dia baru selesai beli nasi. 😂
Kenapa saya tidak tahu? Hmmm, apabila difikir-fikirkan balik, logik je. Saya ni kalau dengan tempat sesak, tempat orang berkerumun atau beratur panjang memang seolah-olah ada force field! Belum apa-apa saya akan sesak nafas dahulu. Jadi saya tidak akan singgah. Kalau nak merasa makanan viral ke apa, mesti orang lain yang belanja. Harapkan saya memang sampai sudahlah saya tidak akan pergi melainkan tempat tu lengang, tak ramai orang.
Samalah dengan gerai ni. Mungkin disebabkan setiap kali saya lalu-lalang depan gerai tu tengok ramai orang, tak tergerak hati pun nak ambil tahu jual apa.
Sarapan dengan Nasi Dagang
Tengok tekstur kuah gulainya tu … yummeh! |
Saya dan Bott kongsi nasi dagang dahulu untuk sarapan. Memang enak! Pulutnya lembut, tidak berdetus. Gulai ikan tongkolnya pekat, cukup rasa, sambal kelapa+ikan dan acar sayur pun sedap. Kenalah dengan selera kami.
Nasi Kerabu untuk Merarap
Nasi kerabu dan ayam bakar. Semua cukup rasa! |
Nasi kerabu pula kami jadikan sebagai juadah hidangan tengah hari. Pun tidak kurang kelazatannya. Gandingan ayam bakar, telur asin dan keropok dimakan bersama nasi yang tergaul sekata dengan sambal kepala, budu dan hirisan ulamannya memang padu!
Tengah-tengah makan tu boleh lagi terbayang alangkah sedapnya kalau ada solok lada dan jeruk bawang putih sekali.
Kalian suka tak makan nasi kerabu dengan jeruk bawang putih? Dahulu, saya rajin juga buat jeruk bawang putih di rumah. Kalau masak gulai lemak atau kari, mesti lawan dengan jeruk bawang putih. Nah, di bawah ini saya kongsi resepinya:
Resepi Jeruk Bawang Putih
Bahan-bahan yang diperlukan:- 15 labu bawang putih (Tidak perlu kupas kulit. Basuh dan toskan.)
- 2 cawan air
- 1 cawan cuka
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/4 cawan garam halus
- Campurkan air, cuka, garam dan gula. Masak hingga mendidih.
- Masukkan bawang putih dan biarkan di atas dapur dalam 15 minit atau sehingga bawang putih empuk dan boleh dicucuk dengan garpu. Tidak perlu masak lama sangat. Nanti bawang putih jadi terlalu lembut tidak sedap pula.
- Setelah bawang putih empuk, tutup api.
- Biarkan sehingga betul-betul sejuk. Barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas bertutup.
Alhamdulillah, bengkayang! Terima kasih banyak-banyak, Khud. Puas hati dapat makan nasi kerabu dan nasi dagang yang lazat. Mudah-mudahan Khudri, mama, abah, nenek dan adik-adik sentiasa dimurahkan rezeki, dilimpahi rahmat dan keberkatan. Lepas ni nak cari contact number penjual nilah. Mana tahu boleh pesan untuk makan-makan atau kalau ada majlis keraian ke... bolehlah jadikan dua nasi ini sebagai pilihan menu.
Jika dibandingkan antara dua makanan ini, saya lebih suka nasi dagang
BalasPadamNasi dagang kalau jumpa yang betul-betul autentik memang sedappp!
Padamnampak sedapalah.. tak pernah makan lagi nasi kerabu ni, nasi dagang pernah try sebab saudara dari terengganu bagi..hehe
BalasPadamNanti ada peluang, Tiara kena cuba. Beli dengan lauk sekali misalnya ayam bakar atau daging bakar dan solok lada. Mana tahu boleh jadi kegemaran Tiara pula selepas ni...
PadamTudiaa..dah 2 ornag tayang nasi dagang ni..pagi tadi pi rumah Seri Kandi Tanah Jauhar..ni kat rumah Famf plak ha....aduii..kena cari jugak ke apa ni....
BalasPadamHeheh itu memang petanda kena cari tu, kak!
PadamDua dua tu nampak sedap betul.
BalasPadamNaniey kalau makanan viral ni memang jarang dapat rasa dulu. Bila dah lama dah senyap baru merasa. Time tu orang dah tak ramai sangat dah.. Sebab dah habis fasa viral tu..
Sama kalau tempat tengah tukar tiada minat untuk pergi.
BalasPadamBetul suka ada solok lada. Baru juga makan nasi kerabu pada hari Ahad minggu lepas Terra by after tanta kalaulah ada solok lada. Apapun puas hati kalau sedap.
ada 1 gerai ni dekat area office saya, jual nasi kerabu memang sedap gila. sampai saya sanggup hari2 nasi kerabu. tapi mcm pokai la jugak hari2 nasi kerabu. 1 bungkus bukannya murah 😂
BalasPadamNikmatnyaas tgk kedua2 nasi ni. Lama sungguh xmkn. Duduk utara ni susah nk jumpa org jual
BalasPadambertambah sedap sebab orang yang belikan..baiknya Khudri ni. Napelah akak takde jiran macam awak? hehe
BalasPadamAlhamdulillah rezeki. Dimana ada nasi kerabu, disitulah ada nasi dagang. Kuah gulai dia memang mantap pekat likat. Mujur baru lepas makan nasi dagang dan nasi kerabu jugak. Kalau tidak, teringin tengok gambar ni. Hehe..
BalasPadamBelum pernah lagi makan nasi kerabu dengan jeruk bawang putih.
baiknya jirannnn
BalasPadam