Lontong Pecal Khud Fully Vaccinated

Ahad, September 26, 2021

Assalamualaikum. Semoga kalian baik-baik sahaja menghabiskan baki hari ini.

Semalam seawal pukul lapan pagi saya terima panggilan telefon. "Kak Long, saya dah ada depan rumah ni." Cepat-cepat saya intai pintu. Khudri, anak jiran lama saya dah tersengih di pintu pagar sambil menunjukkan plastik di tangannya.

Giliran saya pula yang tersengih sebab saya tahu apa kandungan plastik yang dibawa. Lontong pecal kegemaran saya. Punyalah teruja dapat rezeki sarapan sedap pagi Sabtu!

Lontong Pecal Saujana Utama

Lontong pecal atau lontong pecel (ada juga yang panggil lontong Jawa) ini Khudri belanja sebab nak raikan status My Sejahteranya yang sudah bertukar ke Fully Vaccinated. Bersungguh refreshed aplikasi menjelang tengah malam. Sebaik sahaja status bertukar, terus buat rancangan nak ke pasar pagi di Saujana Utama. Di sanalah ada jual lontong pecal yang sedap sehingga ke titisan kuah yang terakhir. Sudah jadi kebiasaaan Khud, apabila dia beli lontong pecal, mesti ada ingatan untuk saya sebungkus. Balik pasar terus hantar ke rumah.

Lontong pecal memang ada dua kuah. Kuah lemak dan kuah kacang. Gaul sekata kedua-dua kuahnya, baru dinikmati setiap suapan dengan senyuman.

Lontong pecal yang meriah ramuannya.

Sebelah petang, ada orang bagi salam. Bott buka pintu tengok ada rider Grab. Pelik pula sebab kami tidak pesan apa-apa. Rupa-rupanya si Khud yang hantar sebekas pasta panas-panas air tangannya kepada kami. 


Bukan main lagi anak bujang seorang ni. Memang betul-betul dia celebrate momen pertukaran statusnya. Siap masak jamu keluarga, jiran-jiran dan tidak dilupa, kak long kawasan. 🤣

Alhamdulillah, saya dan Bott ibarat buntal kenyang. Sarapan dan makan malam kami ditaja sepenuhnya oleh Khud Fully Vaccinated hahaha. Nampak gaya, selepas ini kalau berat badan naik, saya tak boleh guna alasan vaksin Pfizer buat selera makan bertambah ... saya akan cakap berat naik sebab Khudri kasi makan sedap-sedap. 😂


Pstt! Maaf hari ini tak sempat jalan-jalan blog. Sibuk uruskan orang potong rumput dan baiki paip bocor. Insya-Allah, jumpa nanti.

16 ulasan

  1. rezeki betul korang ye hehehe..
    kita memang suka spageti camni... sedap!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe rezeki jangan ditolak kan, kak...
      Ye, kak. Kat rumah ni dahlah kami memang hantu pasta. Sekali hadap je :)

      Padam
  2. Sempat post entri..kena dahulukan yang urgent ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Cikgu. Sempat intai-intai sekejap je blog ni. Post entri sebab takut blog bersawang hehehe

      Padam
  3. alhamdulillah rezeki..
    terliur plak tgk lontong tu aishhhh! haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha alamak terliur ke? Don't worry. Anggap akak makankan bagi pihak ezy ya.

      Padam
  4. Bagusnya ada jiran macam ni. Semangat betul dia celebrate status 'habis pantang'. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, ada jiran sebegini dikira rezeki juga, kan. Itulah ... satu kampung tahu dia habis pantang hahaha

      Padam
  5. Alhamdulillah..seronoknya dapat rezeki. Yang memberi pun seronok berkongsi rezeki. Sampai dua makanan di hantar ke rumah. Lontong favourite saya cuma first time dengar Lontong pecal atau lontong jawa ni. Pernah makan lontong dan lontong goreng je. orang panggil lontong darat kot. Sedapnya makan beralaskan daun pisang tu ha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Dalam rezeki orang ada terselit rezeki kita. Uishh... bab alas daun pisang tu memang win. Semerbak aromanya! Nanti one day, Fiza kena cuba lontong pecal pula. Mana tahu kena dengan selera :)

      Padam
  6. Sedapnya nampak pecal tu.
    Alhamdulillah rezeki jangan ditolak.
    Kalau berat bertambah takpe boleh excercise selepas tu hehehee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka komen Mrs A yang ini hahahah walaupun lepas tu belum tentu saya exercise lagi :D

      Padam
  7. Alhamdulillah sedapnyaa pecal..lama shida tak mkn..selalu kat pasar malam je boleh dpt kalau kat sini..pasar mlm pn xde dah skg..

    BalasPadam
  8. menarik gila tengok lontong tuu. rezeki orang dah fully vaccine dapat makanan

    BalasPadam
  9. alhamdulillah... rezeki tak salah alamat ;-)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.