Set Clear Stamps Baharu untuk Kraf Kertas

Isnin, September 27, 2021

Assalamualaikum. Selamat memulakan minggu baharu! Semoga hari kalian baik-baik sahaja.

Saya mulakan hari Isnin dengan senyuman lebih lebar daripada biasa. Sebelum ini saya ada beli beberapa set clear stamps di Lazada. Memandangkan saya beli dari China, ambil masa sedikitlah untuk sampai. Ini sebahagian daripada pembelian saya yang sudah selamat tiba.

Dari kedai pertama. 3 pek clear stamps. Setiap satu pek ini saya beli sebanyak 2 atau 3 unit kerana  saya ingin hadiahkan kepada beberapa teman crafter yang turut gemar buat kad ucapan.

Clear stamps

Lazimnya, apabila saya memilih set clear stamps untuk dibeli, saya akan pastikan yang set itu boleh digunakan untuk pelbagai tujuan ... tidak terikat pada satu tema semata-mata. Ketiga-tiga set di atas mengandungi frasa ucapan atau tulisan yang sesuai digunakan dalam macam-macam projek kraf kertas. Saya boleh guna untuk hias bahagian luar atau dalam kad ucapan, hias scrapbook dan photobook, hias penanda buku dan tentunya hias jurnal atau planner.

Pek pertama (atas sebelah kiri) more to get well wishes, ucapan-ucapan tanda sokongan dan kata-kata semangat. Saya berkenan sangat sebab senang hendak buat kad tanda zahir simpati atau kad takziah. 

Pek kedua (atas sebelah kanan) jenis clear stamps yang boleh kita padan-padankan. Saya suka beli set clear stamps begini. Lebih kurang macam template. Perkataan-perkataan kecil di bawah tu, kita padankan dengan perkataan dalam tulisan berangkai untuk membentuk ucapan. Misalnya, On Your Anniversary, On Your Wedding, With Sympathy, With Love, Congratulations on Your New Job/ New Baby/ New Home, Happy Halloween, Happy New Year dan Happy Anniversary. Mudah, bukan?

Pek ketiga (di bawah) pula bertemakan sahabat dan persahabatan. Selain daripada kad ucapan, saya rasa saya hendak gunakan stamps tertentu dari pek ini seperti Stay Awesome, You Have A Heart of Gold dan Friends Forever untuk buat pelekat. Nanti bolehlah buat tambah-tambah item dalam set embellishments yang saya jual di Carousell.

 
Teruja mahu cuba clear stamps baharu saya. Pada masa yang sama, tidak sabar menunggu pembelian dari kedai kedua sampai. Oh, ketiga-ketiga pek ini harganya sekitar RM3.++ setiap satu. Memang berbaloi-baloi!


20 ulasan

  1. menarik~ cantik dan banyak kegunaan. saya selalu aim nak beli die cut tapi tak terbeli-beli sbb risau tak guna pun. clear stamp pun boleh masuk list pasni hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe selamat masukkan dalam list ya. Akak selalu kalau beli die cut, macam beli clear stamps juga. Kalau rasa boleh guna untuk banyak projek baru akak beli. Setakat solely untuk satu kegunaan atau tema, akak KIV dulu :)

      Padam
  2. sy kalo beli msti xtau nk wat ape.. tp comel! rasa nk beli jgk.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha tak pe. Tunggu Pia besar sikit. Nanti boleh buat aktiviti dengan dia :)

      Padam
  3. Lama xmain tampal2 kak..dulu masa kat asrama..ade adik angkat rajin la buat gini hehehee ^_^ mengulit betul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Shida. Akak boleh duduk berjam-jam mengadap benda ni je hehehe

      Padam
  4. have fun kak Farrah! selamat membuat kraf

    BalasPadam
  5. Menarik stamp dia guna font yang cantik dan bersesuaian. Senang main cop cop je. Tak perlu tulis.

    BalasPadam
  6. kalau jenis suka hias planner comellah. ada jugak beli utk tampal kat parcel, selalu tengok small seller packing barang customer n guna sticker2 camni

    BalasPadam
  7. Murah dan berbaloi guna selalu.

    BalasPadam
  8. nak tampal atas planner sy kan? kan? hehehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.