Tauhu Marmite Ekspres

Khamis, September 30, 2021

Hidangan tauhu marmite ini saya buat untuk makan tengah hari Rabu lepas. Bott ada urusan di luar jadi saya seorang di rumah. Mula-mula tu tak kalut nak masak sebab rasa macam tak lapar. Leka saya menonton drama Cina back-to-back sambil siapkan tempahan kad ucapan sehinggalah tiba-tiba perut memberontak. Bukan sikit-sikit punya tahap berkeroncong. Dah macam semboyan kapal bunyinya. 

Bergegaslah saya ke dapur untuk menyediakan makanan. Buka peti sejuk, keluarkan tauhu dan terus proses untuk buat Tauhu Marmite. Ala-ala menu ayam goreng Marmite lah. 😊

Tauhu yang telah dibasuh saya potong kepada enam bahagian dan gaulkan rata dengan sedikit tepung beras, parutan 2 ulas bawang putih, garam dan lada sulah secukup rasa. Setelah itu, saya masak sehingga garing di dalam air fryer.

Kuah Marmite untuk salutan ayam pula, saya guna Sos Marmite keluaran Yakin. Lebih mudah. Versi ekspres. Tidak perlu guna Marmite sebenar, larutkan dan masak dengan gula semua tu. Ada sos ini, saya selangkah lebih cepat untuk mengisi perut. 


Berminat hendak dapatkan Marmite Sauce ini? Klik di sini.

Saya tumis sedikit bawang besar. Kebetulan ada lebihan bawang makan sate beberapa hari sebelumnya. Kemudian, saya masukkan dua hingga tiga sudu besar Sos Marmite Yakin diikuti dengan tauhu. Disebabkan tauhu saya sudah perasakan, saya tidak tambah apa-apa lagi pada kuah Marmite. Gaul sekata kuah dan tauhu. Sos ini agak cair sedikit jadi masak seketika sehingga kuah memekat sedikit. Tabur sedikit bijan putih yang telah disangrai, Tauhu Marmite sedia untuk dinikmati. 😊

Hidangan merarau saya. Tak cukup seimbang tetapi perut dah lapar sangat tak sempat fikir sayur.

Nasi putih berlaukkan Tauhu Marmite Ekspres dan hirisan acar jeruk lobak putih. Makan sambil sambung tonton drama Lost Romance di Viu. Boleh layan juga drama Cina ni. Kisah seorang editor novel yang jadi saksi kepada satu peristiwa tidak terduga, tersesat masuk ke dalam novel yang sedang disuntingnya dan terpaksa hidup di dalam dunia tersebut selama beberapa bulan.

24 ulasan

  1. nk cr jugak la sos marmite ni.. nk try rs camne..
    hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa nanti dah try share tau kena atau tidak dengan selera ezy :)

      Padam
  2. di rumah saya orang lain tak suka marmite, jadi dah lama takde stok. Tapi sos tu menarik perhatian saya. nak try lah. Thanks share

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, Sal. Tapi sos ni sesuai untuk cecah atau buat lauk macam nilah. Kalau nak makan dengan bubur, pakai Marmite ori baru kick :)

      Padam
    2. memang tak boleh lawan rasa marmite ori kan. macam ni lah, muka Melayu lidah Bri'ish

      Padam
  3. dah ada sos marmite ni, memang laju je kerja memasaknya ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang laju... laju masakan siap, laju masuk ke mulut :)

      Padam
  4. berfikir secara tangkas sangat ni, ambil apa yg ada je terus masak xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam keadaan perut tengah orkestra lagu metal memang kena berfikir tangkas, Mazni hahaha

      Padam
  5. Oh Yakin ada keluar sos marmite. Cuba kuah spagheti pedas keluaran Yakin memang sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, NA. Saya baru tahu ada banyak juga produk Yakin yang menarik untuk dicuba. Nanti nak explore :)

      Padam
  6. Sedap tu. saya suka menu berasaskana tauhu. Taapi first time dengar marmite. Bolehlah kot cuba beli sos marmite tu dan rasa macamana. Siap tabur bijan lagi tu ala korean food :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa nanti ada rezeki boleh cuba. Kalau Fiza belum pernah cuba makan Marmite yang di dalam botol kuning tu, digalakkan cuba sos ini dahulu. Versi sos lebih mild. Marmite dalam botol kuning, lebih pekat. Kalau tak biasa makan, akan terkejut hehehe

      Padam
  7. Balasan
    1. Yang penting, cepat masuk mulut dan perut hehehe

      Padam
  8. mmg menyelerakan walau simple..shida suka juga mkn menu mcm ni kak farrah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hidangan simple begini sedap kan... walaupun simple, laju je akak makan Shida hehehe

      Padam
  9. Subahanallah, pasti menyelerakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, bolehlah cikgu. Kena dengan selera saya :)

      Padam
  10. Terus rasa macam nak cari sos marmite tu.. hehehe.. Dekat rumah ada stok tahu lagi..

    BalasPadam
  11. Eza tak pernah try lagi masakan marmite ni. Tapi tengok boleh masak simple macam tu, teringin jugak nak try. Hihi. Thanks tau atas perkongsian.

    BalasPadam
  12. Nampak menyelerakan lah. Tengok cara hidangan pun dah nampak makanan ini sebenarnya seddap

    BalasPadam
  13. ada lg x? sy nk dtg lunch kt sana heheheh

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.