Minggu ini menjelang ke petang je hujan. Lebat selebat-lebatnya. Memang kalau ikut ramalan cuaca banyak negeri akan alami hujan lebat dan ribut petir. Kalau begitulah aturan keadaannya, semoga setiap titisan air yang turun ke bumi menjadi air yang bermanfaat.
Harap-harap tiada musibah atau kejadian yang tidak diingini menimpa kita lagi. Janganlah air naik, banjir kilat atau angin kuat sangat hingga rosakkan harta benda. Simpati akan nasib yang menimpa mangsa tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang. Moga keadaan di sana tidak akan bertambah buruk.
Saya seperti biasa, apabila matahari sembunyi main cak-cak, cuaca pula sejuk semacam, mulalah kelopak mata memberat. Badan dah kesejukan. Kalau boleh nak berkelubung dalam selimut! Tetapi banyak tugas yang harus dirampungkan.
Saya perlukan air panas, kena bancuh sesuatu yang boleh diminum buat memanaskan badan.
Seawal pagi menyelongkar pantri, tahu tak apa yang saya jumpa?
Horlicks Take A Moment Chocolate
Horlicks Chocolate Hot Malty Goodness |
Sudah beberapa bulan saya beli Horlicks Take A Moment perasa coklat ini. Kes merayau-rayau dalam Lazadalah ni. 😂Tidak silap saya range product Horlicks Take A Moment ini keluaran UK. Ada beberapa pilihan lain seperti Original, Instant dan Vegan.
Tagline just add water itu berjaya memancing perhatian saya. Menarik! Selama ini saya suka minum Horlicks perasa asli sahaja. Jadi, teringinlah hendak rasa yang coklat ni. Sedap ke tidak? Setanding atau lebih enak daripada minuman malt coklat yang lain seperti Ovaltine tu? Lagipun, botol dan pembungkusannya comel sangat! Terus rasa kalau minum air ni boleh teleport terus ke kawasan seperti dalam ilustrasi tu.
Masalahnya dah beli, sibukkan itu ini lupa pula nak bancuh dan rasa. Mujurlah tidak terbiar sampai ke tarikh luput.
Sedap atau Tidak Horlicks Take A Moment Chocolate?
Sedap! Alhamdulillah. Mewah berkrim dan ketara rasa maltnya. Memang Horlicks tidak pernah menghampakan hehehe. Apa yang lebih menarik, kita boleh bancuh minuman ini ikut kesesuaian selera kita. Jika hendak rasa coklat yang kuat, banyakkan sukatan Horlicks. Jika ingin yang sedang-sedang, letak sedikit sahaja tau. Kemudian, hanya perlu tambah air panas.
Tidak perlu tambah gula, krimer atau susu. Kira berbaloilah beli. Faham-fahamlah, Horlicks ni harganya tahap kayangan sedikit berbanding minuman malt lain di pasaran. Lagi-lagi yang ini import dari UK.
Air Horlicks Coklat Bercili
Sewaktu menulis entri ini awan sudah semakin sarat. Bila-bila masa sahaja boleh hujan. Terus terbayang ini kalau dapat secawan Horlicks coklat sedap juga ni! Lagi sedap kalau buat versi bercili. Betul. Kalian tidak salah baca. Memang saya terfikir hendak buat air Horlicks Coklat Bercili.
Dahulu, saya pernah kongsikan di sini cara-cara membuat air malt bercili. Elok sangat diminum dalam cuaca sejuk. Cili merah yang dicincang, dimasukkan ke dalam bancuhan air malt. Gabungan pijar cili dan malt menghasilkan satu rasa yang amat sesuai diminum buat bantu panaskan tubuh.
Air Malt Bercili |
Kalian hanya perlukan sedikit cili merah. Cincang hingga menjadi halus. Setelah itu, bancuh air coklat atau malt kegemaran kalian mengikut cita rasa masing-masing. Tidak kiralah hendak guna Horlicks, Milo, Vico, Ovaltine atau air coklat lain. Kemudian, masukkan cincangan cili merah tadi. Kacau seketika supaya rasa cili tu meresap ke dalam air. Sedia untuk dinikmati.
Rindu Hendak Makan Horlicks Malties
Ada tak yang suka makan Horlick Malties? Tiba-tiba teringin pula. Dahulu suka sangat makan gula-gula bulat leper ini. Dapat beli sepaket yang di dalamnya ada lima atau enam biji tu, memang dah cukup gembira dah. Jimat-jimat makan! Itu belum kira kalau ada duit belanja lebih beli yang satu kotak terus! Dalam satu kotak ada tiga paket. Sengih sampai telinga! Lepas tu kerja asyik kira berapa biji tinggal sebab selalu kena samun dengan adik. 😂
Horlick Malties ni seingat saya ada dua perasa - asli dan coklat. Dua-dua saya suka! Rasa malt yang mewah apabila kita kemam dan kunyah, belum campur nanti melekat pada langit-langit... memang syoklah! Entah ada lagi entah tidak Horlick Malties ini di pasaran. Saya sendiri tidak pasti.
Okey, cukup omelan untuk kali ini.
Jika berminat untuk dapatkan Horlicks Take A Moment Chocolate ini boleh cari di Lazada atau Shopee. Nanti, kalau dah cuba, jangan lupa kongsi pandangan kalian dengan saya.
lama tk minum horlicks..oh ada versi chocolate ye
BalasPadamHaah, tu yang saya excited nak cuba tu :)
PadamHari hari ujan, bila.petang
BalasPadamnaik motor.lenjun sampai.rumah
lamaa.x pekwna.hoclick ni
dulu2 suka sgt sb mengenyangkan
Samalah kita, Cik Nor. Saya dari kecik suka minum Horlicks ni sebab buat kita kenyang :)
Padamhorlicks yang gula2 tu ke? dah lama tak makan. dulu kecik2 pun makan jugak. beli dkt kedai2 biasa kalau balik sekolah tu. hehe
BalasPadamYes, yang gula-gula tu. Memang addictive betul kan...
PadamWahh baru tau wujud Horlicks choc. Nak cuba jugalah
BalasPadamSelamat mencuba, Cici!
PadamAsal ptg hujan lebat.. tak jumpa pulak air ni di pasaran
BalasPadamCari kat Lazada atau Shopee... :)
PadamBritish betul air kak Farrah minum. Hehe. Saya pun suka malties! Lama tak jumpa di kedai
BalasPadamHahahah sesekali feeling Oy, mate! Itulah, tak pasti sama ada Malties ni ada lagi ataupun tidak :)
PadamDulu zaman remaja suka minum Horlick bila bulan puasa. Bagi tenaga gitu. Macam lama tak berhorlick sejak hype kopi. Sedap horlick chocolate. Keluaran UK rupanya. Patutlah tak pernah nampak. Kena belek Lazada jugaklah ni.
BalasPadamfuhhh air kayangan ni hehehhe
BalasPadam