Hari ini saya kongsi kord gitar lagu kanak-kanak dan nursery rhyme yang popular - Old MacDonald Had A Farm. Salah satu lagu yang sesuai untuk aktiviti sing-along with the kids. Dahulu, saya suka buat aktiviti Bahasa Inggeris menggunakan lagu ini ketika ada sesi mengajar anak-anak kecil. Percayalah, sangat menyeronokkan sebab kita boleh lihat reaksi mereka yang teruja membuat bunyi haiwan.
Old MacDonald Had A Farm (Easy Guitar Chords)
Old MacDonald Had A Farm Chords |
C F C
Old MacDonald had a farm.
C G C
E-I-E-I-O.
F C
And on that farm he had a cow.
C G C
E-I-E-I-O.
C
With a *moo-moo here
C
And a *moo-moo there.
And a *moo-moo there.
C
Here a *moo, there a *moo,
Here a *moo, there a *moo,
Everywhere a *moo-moo.
C F C
Old MacDonald had a farm.
C G C
E-I-E-I-O.
* Tukarkan dengan haiwan ladang yang lain:
- chicken
- goat
- lamb
- horse
- duck
- pig
Lirik Pak Abu Ada Ladang (Old MacDonald Had A Farm dalam bahasa Melayu)
Pak Abu ada ladang,
E-I-E-I-O.
Di ladang ada lembu,
E-I-E-I-O.
Moo moo sana, moo moo sini,
Moo moo moo moo moo moo moo.
Pak Abu ada ladang,
E-I-E-I-O.
Saranan untuk aktiviti pembelajaran:
- Mengenal haiwan yang tingal di ladang (farm animals) - Penggunaan flash card atau imej berwarna juga sangat membantu.
- Beri pendedahan kepada si kecil tentang haiwan liar dan juga haiwan jinak - mana yang sesuai dan boleh dibela juga sebaliknya. Kaitkan dengan contoh-contoh yang sesuai.
- Ajar juga mereka kenal ciri-ciri luaran haiwan - has stripes (mempunyai belang), long tail (berekor panjang), hard scales (bersisik keras), has feathers (berbulu pelepah) dan macam-macam lagi.
- Aktiviti melukis dan mewarna - banyak video dan material sokongan yang boleh anda cari di internet.
Selamat beraktiviti bersama si cilik!
Lagu fav kanak-kanak ni sambil belajar mengenal bunyi binatang.
BalasPadamsy reti nyanyi je. petik gitar mmg tercampak terus yuri kalau dgr hahahaah
BalasPadam