Assalamu'alaikum semua. Dah lewat malam baru sempat jengah blog. Terharunya tengok bilangan komen yang perlu saya approve. Terima kasih kawan-kawan, adik-adik semua. Sob sob sob,..dengan mata berair, hidung meleleh,..batuk selang dua tiga minit, saya gagahkan diri baca komen :) Sekarang tengah sakit pakej - batuk + demam + selesema. Mujurlah semput dah kurang. Tadi sepanjang hari tidur je. Bangun untuk buat sikit-sikit urusan rumah, then makan ubat terus ZzzZzzzzZzzzz. Alhamdulillah, malam kuat sikit badan untuk pergi kelas. Bak kata Zarul Kontena ehhh Zarul Farhana,.. sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Kena redha :)
Sepatutnya Vicks & Stoking Tebal tau... |
Ada juga orang yang tumbuk bawang putih dan lada hitam dengan sedikit minyak. Tetapi saya prefer guna Vicks. Tak messy sangat dan tak adalah tidur dengan bau bawang putih ;) Puas saya selongkar barang-barang, rupa-rupanya Vicks dah habis. Minyak panas Sloan ni je yang ada. Bolehlah, janji boleh panaskan urat-urat kat tapak kaki. Nite nite. See you when I see you.
semoga cepat sembuh kak cunn hehehe
BalasPadamThanks so much, SN! Tak sakit tak cun,..,dah sakit ni lagilah huhuhu
PadamSS ada stokin PINK...
BalasPadameh..eh...corak Hello Kitty ke?
PadamStoking Hello Kitty maybe Siti yang Menaip ada! Hantu Hello Kitty tuh!
PadamSedap nama Zarul Kontena... He He He...
BalasPadamlepas ni kita tukar ZF kepada Zee Kay!
PadamZK pulak pasni
Padamnape Kontena? nak tau jugak..
PadamKitorang pernah discuss tentang servis pos malaysia. Ada yang tak sampai2, ada yang sebulan baru sampai,..tetiba Zarul volunteer nak tolong hantar surat2 pakai kontena. Apa lagi,...makanya Zarul Kontena la. Nama sapa bagi? SS :)
PadamSaya kalau demam, selalu tidur dan berselubung dalam selimut. Lepas bangun, kurang sikit la demamnya.
BalasPadamAkak nak lepas fasa berselubung berkelubung tu yang seksa sikit, Farah. Kaki rimas hihihi :)
Padamselamat berehat Farrah....sis JM doakan agar cepat sembuh...kami merindui celoteh mu di sini
BalasPadamGet well soon Cikgu Ceketed...
PadamThanks so much. Saya rindu gak nak bertamu ke blog Sis JM & SS. Lama dah rasa tak borak, gelak gebang di sana.
Padamlebih prefer bawang putih ngan lada hitam.. tapi klu mmg malas tahap koala, sapu minyak panas ja..hehe..
BalasPadamNak cepat... Sapu minyak petrol... He He He..
PadamMinyak panas Suida? tak melepuh ke tapak kaki kak Farrah ko tu
Padamkoala tu pemalas ehh QA baru tauuu heheehhe
Padamsapu minyak panas?minyak goreng ikan boleh?hehe
PadamMinyak urut panas, bolehlah kan Suida hihihi minyak api ke minyak panas ke tak mau!
PadamAkak pun sebahtera ngan Sis Deanna,..baru tau koala tu malas ;)
Sal, minyak goreng ikan sapu kat kucing yg berkudis,..biar dia jilat...
Semoga cepat sembuh kak farrah.. Jumpa doktor la hari ni kalau tak kebah lagi..
BalasPadamkalau sis JM ..jumpa doktor hensem..terus hilang semua sakit...tapi sakit angau yg datang!
Padamabis laa kalau dah kena sakit angau tuh kak JM..
PadamEyda ada ubat tak? ubat angau!
Padamubat angau tuh kawin jer jawabnya.. hehehe..
PadamAkak sokong! Ubat angau kahwinkan aje! Confirm baik lepas tuh.
PadamSyida dear, thanks. Setakat ni dah bertambah pulih. (Ni statement orang tak suka gi jumpa doktor hihihi)
Get well soon Kak Farrah :) Jgn lupa makan ubat :)
BalasPadamThanks so much, Cik Mimie. Insya Allah.
Padamsama laa kita tak sihat jugak.. Eyda dapat pakej - selesema+batuk+suara serak..
BalasPadamg opis hari ni? Eyda
Padamyup masuk opis jugak..
Padamdegil kan Eyda nih.. hehehe..
PadamGigihnya, eyda. Akak dapat pakej tu tumbang sepanjang hari! Habis kelas home tuition petang kena cancel. Malam baru gagahkan diri utk kelas malam.
Padamapapun semoga kak Farrah cepat sembuh tau..
BalasPadamTerimak kasih byk2. Akak doakan agar eyda juga cepat sembuh ye...
Padamgetw ell soon kak :D
BalasPadamThanksso much, Nani :)
Padamsemoga cepat sembuh kak Farrah :) saya baru je sembuh batuk. kalau selsema okay lagi, batuk yang sampai kul 4 pagi terjaga sebab gatal tekak je..
BalasPadamThanks, Amy. Betullllll! Tang batuk gatal tekak tak leh tido tu memang menduga iman dan jiwa raga sikit kan huhuhuh
Padamsyafakillah...
BalasPadamSyukran ya ukhti :)
Padamnite nite kak farrah...get well soon, insyaallah :D
BalasPadamNite nite, Aisya. Thanks so much.
Padammane nak cr viks tu kak ..
BalasPadamohh nanti boleh cube kalau demam ni
Ala vicks yang lekit2 tu Ayu :) kat farmasi sure ada. Kedai runcit/harian biasa pun ada.
Padamshad pun ada Vicks Vapour Rub.. benda yang wajib ada dlm handbag bila nak ke mana-mana.. esp travel. hehe.. semoga cepat sihat kak..
BalasPadamMemang Shad. Ada vicks ni handy. Klu kena gigit nyamuk pun,akak selalu calit vicks je.
PadamThanks ye, Shad :)
kena try petua ni..saya pun tengah x sihat ni..
BalasPadamCubalah, Sal. Moga cepat sembuh ye...
Padamala ciannya akak..akak tak sihat ya..maaf wana lama tak jenguk akak kat sini..macamana akak sekarang, dah sihat??
BalasPadamselalu buat kat anak2 buah cem tu.. eh xla selalu.. tp salah satu option ikhtiar..
BalasPadamtapi bebudak fahamla.. stokin ke mana apa kemana..
minyak yuyi cap limau pun bes..
Ekin guna vicks yg warna biru tu jah... boleh try beralih cuba yg ni pulak hihihi... semoga cepat sembuh...
BalasPadam