728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Sabtu, 21 Februari 2015

Minyak Kayu Putih untuk Batuk Berkahak

Assalamu'alaikum! Salam Sabtu semua! Hari ni nak cerita tentang khasiat minyak kayu putih untuk redakan batuk berkahak. Belakangan ni, saya berlawan-lawan batuk dengan anak murid. Sakit dada dibuatnya. Dah macam bunyi enjin motorbot tak boleh start pun ada. Saat-saat beginilah Cajuput Oil @ Minyak Kayu Putih jadi peneman setia.

Minyak Kayu Putih Cap Lang

Setiap kali saya kena asma, batuk berkahak, bernafas pun mula whizzing,... saya akan sapukan minyak kayu putih pada dada dan bahagian belakang. Alhamdulillah, minyak ni berkesan dan serasi dengan saya! Tidak lama lepas sapu minyak, akan keluarlah kahak yang menyesakkan dada. Kiranya Cajuput Oil ni ala-ala my 'kahak' inducer lah. Tak perlu pakai Mucinex!

Saya tak pasti keberkesanan jenama minyak kayu putih yang lain, tetapi saya memang pilih Minyak Kayu Putih Cap Lang ni. Harga botol besar 120ml begini sekitar RM10-RM12. Ada juga botol yang kecil. Minyaknya jenis light dan berwarna hijau cair. Tak greasy dan jenis tak panas (bukan macam minyak angin). Bau pun menyenangkan. Jadi, sangat sesuai untuk digunakan pada anak-anak. Bukan sahaja jika mereka batuk, kalau nak sapu untuk panaskan dada elak dingin malam dan kembung perut pun boleh. Cubalah beli sebotol dan simpan di rumah untuk kegunaan satu keluarga :)


Entri lain yang menarik: Panas dalam? Boleh cari Adem Sari :)

Psst! Jumpa nanti. Saya nak sambung edit a few chapters lagi. Then, baru nak blogwalking :)





43 ulasan:

  1. Alhamdulillah, betul tu kak.. bab2 batuk ni memg tk leh tahan, lagi2 kalau keje dalam aircond, tk berehnti batuk.. wawa biasa minum kicap + sam limau je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa itu pun berkesan gak! Cuma akak tak larat nak carry botol kicap dan limau setiap kali keluar hihihi

      Padam
  2. Memang musim orang sakit 'package'... Kalu demam percuma batuk atau selesema... Kat luar tu panas... Rasa nak duduk dalam peti ais tak nak kuar2... Take a good care darling...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, SS. SS pun sama. Jaga diri baik-baik ye.

      Padam
    2. Xselesa dibuatnye kalau batuk2 nie..

      Padam
    3. selalunya seseme dulu kan.. then batuk..
      sebab tak buang seseme tu jadi kahak.. eh betul ke ni ?

      Padam
    4. Betul2. Selesema meleret ke batuk. Tapi ada juga yg jenis diserang batuk je. Tak kena flu.

      Padam
  3. ada demam package ke SS aduiii free batuk+ selsema menariksss tu, nasib kaknoor baru baik dari package tu, sebut pasal minyak kayu putih tu mmg tersimpan kat rumah utk kegunaan cucu je pun tapi maktok tk pernah pakai pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Kak Noor.. Penyakit ni macam beli karipap.... Kalu nasib baik... Dapat laa buy 1 free 2... Itu pon lepas kenyit2 mata dengan makcik karipap... Ha Ha Ha...

      Padam
    2. hahaha perumpamaan SS memang boleh buat ketawa guling2 lah.
      Kak Noor - lepas ni, maktok boleh cuba-cuba guna minyak cajuput ni :)

      Padam
    3. Bru first time dengar perumpamaan tu.. Hahhaah..

      Padam
    4. SS boleh dilantik jadi penggubal bahasa :)

      Padam
  4. Bagus perkongsian nih.. yelah bila batuk, memang tak selesa sangat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang tak selesa kan,..lagi2 kalau kahak tersangkut tak mahu keluar :(

      Padam
    2. yang tu memang tak selesa sesangat..

      Padam
  5. oh, bagusnya..wana baru tau..nanti wana suruh mama wana try guna sebab dia batuk berkahak dah lama..dah macam2 ubat dah minum tapi masih batuk lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm cubalah cari minyak ni dan suruh mama wana try. Kalau tak jumpa, Wana buatkan campuran hirisan lemon, halia dan madu dalam satu botol kecil. Ambil satu sudu campuran tu dan minum dengan air suam. Insya Allah berkesan.

      Padam
  6. wana pun suka guna minyak kayu putih ni..selalu guna bila sakit perut tapi wana tak penah guna lagi jenama cap lang ni..botolnya pun comel ja ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minyak ni dari Indonesia. Kat tempat akak senang cari sebab ada banyak kedai runcit milik orang Acheh. Tak pun cari kat kedai-kedai yang jual jamu & produk2 kesihatan.

      Padam
  7. firt time tengok ubat tuu. heheh ^^

    BalasPadam
  8. wah bagus nnii.. nanti bole suruh ayah beli ni. dahnya sejak akhir ni ayah batok je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa recommend kat ayah. Mana tahu leh legakan batuknya.

      Padam
    2. inshaallah. nt kite bgthu ^^

      Padam
  9. first time tengok... beli kat mana ni kak...??

    Firah punya kahak begau noo.. tak mau keluo... geram...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba cari kat kedai2/kiosk yang jual barang2 kesihatan, jamu & stuff. Selalu ada. Kat tempat akak ni kat kedai runcit je akak cari.

      Padam
  10. Minyak ni dah lama ada ke?..sebab first time tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lama gak rasanya, AB. Saya sendiri dah lebih 10 tahun pakai.

      Padam
  11. oh..kayu putih tu cajuput rupanya.thanks share, kak Farrah..

    BalasPadam
  12. good, baru bagi mamamyja. nak pegi cari lah nanti. anak suka batuk tapi kahaknya xkuar2 even dah bagi salbutamol.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk anak2 memang sesuai benar ni, eyja. Akak belajar pakai minyak ni pun sebab pernah tengok seorang ibu sapukan pada anak dia yang batuk teruk. Tak lama lepas tu senang kahak tu keluar. Tak delah sangkut2 kat dada :)

      Padam
  13. Bagus juga untuk baby ni if tak gemar bagi ubat batuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi kena ajar baby cara buang kahak.. anak2 buah CT batuk adus berat bunyinya tapi budak kecik pi telan balik.. huurm.. jenuh mak ayah jerit suruh buang..

      Padam
  14. sekarang ni musim panas.. sana sini kaur dah artikel suruh remind jaga diri..
    Kak Farrah pun ye.. jaga diri. minum air banyak2.. CT slalu nafas brbunyi kalo main kucing.
    mula lah tidur dengan bunyi okestra sebab takleh nafas properly.. tapi nak buat macam ne..
    dah suka kucing ehehe..

    BalasPadam
  15. baru2 ni sis JM dah rasa perit2 di tekak..terus minum air dengna byk..alhamdulillah dh hilang ras sakit tekak tu...

    kiranya sesuai utk batuk berkahak je lah ye..kalau batuk kering sesuai tai

    BalasPadam
  16. Malas tul nak cari.
    Macam bagus tuk anak saya ni.
    Kalau tiba-tiba appear depan mata kan best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1st time tengok minyak tue farra..jaga diri semua,minum air banyak..pakage batuk+selsema memang dok mai dah nie..anak2 pon baru lega..

      Padam
  17. Wah. Tq sebab share. Saya pun hari tu batuk berkahak 3 minggu tak sembuh2...

    BalasPadam
  18. Dah pernah beli dah minyak ni.. Memang lega je rasa lepas sapu

    BalasPadam
  19. Boleh cuba pakai ni..sebab Cik Mimie pun ada batuk berkahak..thank kak Farrah..

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...