Jangan terkejut tengok dua botol gemuk ni. Botol apa? Inilah DaVinci Gourmet Flavoured Sauce.
DaVinci Gourmet |
Apa keistimewaan DaVinci Gourmet Flavoured Sauce ni? Sos berperisa untuk apa?
Haa… inilah sos manis untuk naik taraf dan sedapkan lagi minuman kita terutamanya kopi. Letak dalam susu kocak dan teh pun sedap. Bukan setakat minuman, guna untuk desserts seperti aiskrim, kek cawan dan waffle pun boleh.
Perasa Butterscotch |
Perasa coklat |
Botol ketiga pula perasa Salted Caramel. Saya tidak begitu familiar dengan jenama ini. Biasanya, saya suka beli Monin.
Baca juga: Nak buat latte art mudah? Jom conteng-conteng kopi guna sirap Monin ini.
Not bad at all. Tiga-tiga sedap. Sosnya pekat. Rasa setiap flavour kuat. Kalau perasa coklat, betul-betul berasa coklatnya. Tidaklah rasa gula manis keting je yang dominan. Memang kalau ditambah ke dalam kopi, jadi another level-lah minuman kita.
Bayangkan buat butterscotch latte. Kopi, susu, butterscotch syrup, butterscotch sauce… Terangkat! 👍🏼
Sebagai penggemar kopi tegar, tentulah saya gembira ada ‘gandingan’ baru untuk kopi saya. Terima kasih kepada yang memberi. Terima kasih untuk rezeki kopi ini.
Saya ibarat dapat stok sos kopi sepanjang hayat. 😆 Yalah, sekali buat air, banyak mana sangat kita pakai… terlebih manis nanti, lain pula akibatnya.
Siapa-siapa yang nak tambah sos manis ke dalam kopi atau pencuci mulut korang, boleh cuba produk ni. Tidak pun, marilah datang sini. Kita main pam-pam. 😊
Terbayang-bayang dah rasa dia.. kikiki.. Mengancam..
BalasPadamWahhh kena cari ni sebab saya juga coffee addict. Thanks for sharing. Oh besar2 ya botol dia.
BalasPadamnti nak suggest kat Bong hehe
BalasPadamWah...MA suka caramel...sesekali apa salahnya kannn..😉
BalasPadampenah tgk member bawa balik. jenama ni juga. dia keje kat cafe. so dia laa yg bagitau apa fungsi flavoured sauce ni...
BalasPadam