Hari ini tengah leka menonton televisyen sambil buat kad, tiba-tiba Bott masuk beri bungkusan yang baru sampai. Akhirnya, barang yang saya tunggu-tunggu tiba. Produk kopi Monin.
L’ Artiste de Monin, Sirap untuk Conteng Kopi
Sambil-sambil brainstorming buat kerja, bolehlah mereka berehat sekejap minum kopi atau teh. Terubatlah sedikit rasa penat. Dapat recharge tenaga.
L'Artiste de Monin ini untuk cantikkan kopi. Ala ala kita buat latte art. Tapi bukan goyang-goyang susu tu. Ini kita guna sos berperasa untuk hasilkan corak cantik di atas kopi.
Saya beli dua botol. Ini pautan Shopee untuk kedua-duanya.
Kopi labu untuk cuaca dingin |
Haa... kita nak conteng-conteng atas kopi macam nilah. Tetapi, contengan saya di atas tidak boleh ambil kira. Tiada nilai seni langsung! Masa buat kopi ni, belum sempat ambil gambar saya pergi jawab panggilan telefon pula. Itu yang tenggelam timbul jadi coraknya. 😂
Picit sos ke atas permukaan kopi, kemudian dengan menggunakan lidi, tarik garis sos yang dibuat untuk mendapatkan corak.
Menarik tak? Jika berminat dengan L’ Artiste de Monin ini untuk conteng-conteng kopi kalian, boleh cuba dapatkan di kedai rasmi Monin di Shopee. Ada pelbagai produk untuk penggemar kopi nikmati kopi yang lebih berperisa.
Wah cantiknya, seronok kan minum kopi cantik, nak try la dengan sos hershey yang ada tu..
BalasPadamYes, guna sos Hershey tu pun boleh... selamat menconteng kopi!
PadamThanks for sharing :)
BalasPadamMy pleasure :)
Padamtak pernah lagi minum kopi bercorak corak gini...lagipun jenis manusia yang tak minat seni... hihihi
BalasPadamHehehe saya pun tak rajin buat corak kopi, MY. Sekali-sekala je...
Padamcoffe lover jugak ya.. KA maintain dengan kopi biji dari Tukang Kopi dan hand grinder.. sesekali guna french press dan tak kurang juga guna mokapot. Bergantung kepada selera.
BalasPadamYa, geng coffee lover di sini! Saya prefer mokapot. Cuma sesekali apabila nak feeling lebih sedikit saya guna siphon, nak rasa old school guna phin :)
Padamada kosong lagi tak workstation tu? nak tumpang gak lah. cawan saya bawak sendiri. hehe
BalasPadamHehehe tak payah risau nak bawak cawan sendiri bagai ...meh datang sini akak belanja kopi! Tapi Sal kurang minum kopi kan... I belanja you hot chocolate atau tea lah.
Padamminum juga kopi, cuma jangan strong sangat sampai bikin kepala pening. hehe
PadamKira kreatif juga lah tu boleh buat bentuk macam tu. Kalau saya mungkin buat bentu bulantan je kot haha
BalasPadamKalau boleh buat bulatan dah half way dah tu, dik! Tinggal guna lidi untuk buat corak :)
Padamcantik dah tu hehe. kita lagi lah, bukan berseni
BalasPadamHahah setakat nak minum sendiri bolehlah, Nurin. Kalau akak jadi barista, mahu kena kecam :)
Padamcantik jugak dh tu farah.. bestnya lepak bila tuan rumah serve mcm ni
BalasPadamHehehe tuan rumah berharap kopi dan teh dapat hilangkan lelah mereka yang bekerja :)
PadamMenarik ni kak Farrah. Bersemangat nak minum kopi ada art cantik.
BalasPadamHarap mereka nanti semangatlah buat kerja yang pening-pening kepala sambil minum kopi cantik :)
PadamWOW Bestnya boleh conteng kopi sendiri. menarik ni
BalasPadamSekali sekala conteng kopi apa salahnya kan...
PadamKena belajar melukis dulu nampaknya ni
BalasPadamKita conteng-conteng aje, lepas tu kita lidi-lidikan :D
Padamboleh jadi barista ni
BalasPadamBarista untuk Anies je heheheh
PadamSaya suka lihat barista kalo menggambar latte art di kopi. Nampak mudah. Tp kalo dicoba sendiri hancur yg ada gambarnya 🤣
BalasPadamsangat la tertarik..jangan racun saya kak..hehehe
BalasPadamComeiii... 😍
BalasPadam