Kopi Labu untuk Cuaca Dingin

Ahad, Januari 02, 2022

Assalamualaikum. Salam 2 Januari! Setakat ini 2022 okey? 

Di tempat saya, semalam hujan sepanjang hari. Sekejap lebat, sekejap gerimis. Gusar kalau hujan tidak berhenti, nanti kawasan yang rendah naik air lagi. Alhamdulillah, hari ini tidak hujan. Tetapi, dari pagi sehinggalah menjelang tengah hari cuaca sejuk sangat. Kedinginan saya dibuatnya. 

Dah kesejukan tu, mulalah mencari kopi. Siap cakap dengan diri sendiri, sejuk-sejuk begini kena buat kopi istimewa. Extra lemak berkrim, extra sedap. 


Secangkir kopi labu.

Kopi labu untuk cuaca dingin


Abaikan contengan sos coklat yang saya lukis di atas kopi tersebut. Semasa hendak ambil gambar, saya terima panggilan telefon. Terabailah kopi saya sebentar. Buih kecil surut, sos coklat tu pun dah tenggelam sedikit apabila saya kembali.

Kopi labu ini mengandungi puri atau pes labu. Sebelum ini saya ada beli sebiji buah labu yang boleh tahan besar saiznya. Macam-macam hidangan dah saya hasilkan, masih ada baki lagi. Jadi, saya buat puri labu, masukkan ke dalam kiub ais dan dinginbekukan. Lebih kurang cara saya bekukan cili kisar yang saya kongsikan di sini.

Mudahlah nanti hendak guna kiub puri labu jika ingin bancuh kopi atau masak hidangan pasta labu. 


Pernah cuba kopi avokado? Kopi avokado atau kopi alpukat pun sedap tau. Nak cuba? Lihat resepi di sini.


Resepi Kopi Labu Tahun Baharu 😊

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan susu pilihan. Kali ini saya guna susu badam.
  • 2 sudu besar puri labu
  • 2 sudu teh sirap mapel atau madu
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila
  • 1/2 sudu teh rempah pai labu. Jika tiada rempah pai labu, boleh juga tukar kepada serbuk buah pala atau serbuk kayu manis. Tetapi, untuk serbuk buah pala saya sarankan guna 1/4 sudu teh dahulu. Bimbang terlalu kuat rasanya untuk kopi yang dibancuh.
  • 1/2 cawan kopi yang telah dibru. Ini saya bru pakai mesin kopi biasa. Perlukan setengah cawan sahaja kerana nanti kita hendak gabungkan dengan campuran susu dan labu.


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Masak susu, puri labu, sirap mapel, ekstrak vanila dan rempah pai labu di atas api sederhana selama beberapa minit. Kacau hingga semua bahan larut sekata. Tidak perlu tunggu sehingga campuran susu mendidih membuak-buak. Memadai dengan buih-buih kecil halus di permukaan susu.
  2. Pindahkan campuran susu hangat tadi bersama kopi ke dalam pengisar. Kisar seketika supaya bancuhan tergaul sebati dan lapisan froth dapat dihasilkan. Tuang ke dalam kole, sedia untuk dinikmati.

Jika miliki milk frother, lakukan langkah 1 menggunakan milk frother. Setelah itu masukkan ke dalam kole yang berisi kopi panas.


Selamat mencuba!


Psstt! Terima kasih kerana sudi datang jenguk blog saya. Nanti perlahan-perlahan saya balas kunjungan kalian ya. 



16 ulasan

  1. Penang dah lama tak hujan.. panas gila

    BalasPadam
  2. Menarik..gabungan puri labu & rempah pai labu..

    BalasPadam
  3. saya tak pernah minum kopi labu. samalah risau kalau hujan lama sebab rumah saya berhampiran dengan hulu langat.

    BalasPadam
  4. Apa rasanya Farrah? Pertama kali akk dengar labu dicampur bersama kopi :)
    Di Gombak juga hujan berpanjangan. Mudah-mudahan dilindugi kita semua dari sebarang musibah aamin.

    BalasPadam
  5. Rasa labu dia terlebih x? First time dgr kopi perisa labu ni.. Tp mcm tkut plk nak telan sbb x makan labu hehe

    BalasPadam
  6. First time dengar kopi labu. Agaknya kenyang juga ni kalau dapat hirup secawan kopi labu.

    BalasPadam
  7. Sejuk-sejuk memang sedap minum kopi.. Pelbagai jenis bancuhan kopi sha jumpa di blog Kak Farah ini.. memang ohsem..

    BalasPadam
  8. Pertama kali dengar pasal kopi labu dan kopi avocado. Teringin nak cuba!

    BalasPadam
  9. Tak pernah cuba lagi kopi labu dan kopi avocado tu.. . Tempat naniey ni pun mendung dan hujan gerimis ni..

    BalasPadam
  10. pertama kali dengar kopi labu..

    mesti sedap kan

    BalasPadam
  11. x pernah try kopi yg mcm2 flavor ni kecuali caramel or hazelnut. dulu pernak sekali dpt kopi nenas (3 in 1) ..x berani nak cuba pun..emmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. flavour hazelnut is aida's favourite la, ayu & farrah.
      bau nyer da cukup buat aida senyum lebar :)

      Padam
  12. Menariknya pembuatan kopi labu. First time tahu ada kopi labu :)

    BalasPadam
  13. Wah kopi labu . Menariknya . First time dengar kopi labu . Sedap x ?

    BalasPadam
  14. aida minum kopi o / kopi susu aje.
    belum pernah yg lain gini, farrah :)
    menarik jika akak boleh cuba secawan kopi farrah yg cantik tu.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.