Cili Kiub untuk Memasak

Isnin, Julai 05, 2021

Assalamualaikum. Selamat memulakan minggu baharu.

Hari ini cerita pasal cili kiub saya. 😊 Kebiasaannya apabila beli cili kering, Bott akan proses cili tersebut sekali harung untuk dibuat pes cili kisar atau cili giling. 

Pes cili itu kemudiannya akan dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama, cili kisar yang akan digunakan dalam masa terdekat, diletakkan di dalam balang atau bekas sederhana besar dan disimpan di dalam peti sejuk. 

Kedua, sebahagian lagi cili kisar dimasukkan ke dalam beberapa plastik dan didinginbekukan (masuk freezer). Setiap plastik agak-agak saiz hidangan sambal tumis sekali masak. Jadi, apabila teringin  hendak masak sambal (dan stok cili dalam balang habis), kami akan guna cili kisar frozen. Biarkan pada suhu bilik untuk dinyahbeku, kemudian masaklah sambal seperti biasa.

Akhir sekali, baki cili kisar akan dimasukkan ke dalam kiub ais (ice tray). Dingin bekukan. Dapatkan kiub ais atau kiub pes makanan bayi yang bertutup seperti di bawah. 

Maaf tiada gambar semasa baru dibuat. Ini pun saya ambil ketika hendak masak, terfikir untuk kongsi mengenai cili kiub di sini.

Setelah cili membeku, kalian ada dua pilihan:

  1. Kekal simpan di dalam bekas kiub ais tersebut atau
  2. Keluarkan dari kiub ais dan masukkan ke dalam plastik Ziploc. Cara ini lebih sesuai bagi yang hendak menjimatkan ruang penyimpanan peti dingin beku.


Apabila hendak masak hidangan yang memerlukan cili kisar barang sesudu dua, kita hanya perlu keluarkan satu atau dua kiub mengikut keperluan. Satu cili kiub lebih kurang satu sudu kecil bumbung, bergantung pada saiz lubang kiub berkenaan.

Cara ini memang sudah lama kami praktikkan dan sesuai dengan keperluan kami. Baik saya mahupun Bott, dua-dua suka makan sambal tetapi alah dengan bau cili kering apabila direbus. Setiap kali hendak buat cili kisar memang akan berlaku perang bersin dan batuk di dapur. Si Yuri je yang maintan gagah tak terjejas langsung 😂!

Disebabkan kami tidak sanggup untuk merah-merah hidung kisar cili setiap kali hendak masak, kami buat sekali banyak-banyak. Kemudian, simpan dalam peti dingin beku supaya tahan lebih lama.

Selain pes cili, kami juga lakukan benda yang sama untuk perahan jus lemon, limau nipis dan lebihan air kopi saya. Nak masak atau buat air, tinggal ambil sahaja kiub yang diperlukan.

Kalian pula bagaimana? Kalau sudi, kongsilah cara kalian simpan cili kisar dengan saya. Lagi banyak tips dan petua, lebih mudah kerja dapur kita. 😊





33 ulasan

  1. Hehehhee... kan bila rebus tu otomatik akan datang bersin dan hingus bagai.
    Terima kasih atas perkongsian next time Mrs. A nak trylah simpan cara nih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Mrs. A. Makannya sedap. Nak masaknya seksa hahahah.
      Selamat mencuba, Mrs. A 😊

      Padam
  2. hhehee ni sllau buat utk bawang putih n bawang merah ... senang.. nk masak, campak je seketul dua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good idealah, kak. Boleh juga buat bawang kiub kan?

      Padam
  3. Lemon or lime cube tu terus masuk dlm gelas buat air minum pun best kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best, Puan Hazel. Time time tekak dahaga tu, cepat aje air lemon sampai ke tekak. Tak perlu nak perah-perah lagi 😁

      Padam
  4. Rumah saya tak pernah pulak cuba stail ni sebab mak saya steady je rebus cili kering. Stail kiub gitu saya bekukan air beras untuk buat basuh muka. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih untuk idea air beras Sal ni. Bergeliga tu!

      Padam
    2. Untunglah mak cik steady rebus cili kering. Dapat macam akak memang tak boleh bawa bincang dah hahaha

      Padam
    3. Akak dengan saya sama je. Kalau mak saya mintak tolong memang pakai face mask tapi still bersin

      Padam
  5. Pes cili kisar atau cili giling tu lada lumat ke farrah? Ke lain? Hehehe
    Saya tak pernah lagi letak dalam ice cube sebab memang tuang semua dalam bekas kecik tuk kegunaan masak. Memang buat untuk stok seminggu gituuuu hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah. Samalah tu. Akak yang bentuk kiub ni buat untuk stoklah kiranya. Bajet stok dua ke tiga bulan. Tak sanggup nak bersin berhingus hidung merah banyak-banyak kali. 😅

      Padam
  6. wow! kreatif betul kak farrah!
    bolehlah apply pah ni..walaupun saya tak gemar nak bersin-bersin time prepare, tapi nice sharing!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu-dulu akak tengok kat Pinterest orang buat macam ni untuk air kopi yang lebih-lebih dan herbs + olive oil. Itu yang terfikir buat untuk cili tu 😊

      Padam
  7. Menarik juga kaedah ni.. kalau letak belah bawah beri ais, lama-lama tumbuh kilat juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Sedih bila tumbuh kulat. Bazir je kan...itu yang kita dinginbekukan.

      Padam
  8. Ramai dah share jenis yang macamni. sebab senang dan mudahkan kerja masak. nanti rajin nanti boleh cuba prepare :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang mudah, yang buat benda tahan lama memang akak ON!

      Padam
  9. Wah memang berbeza cara simpan cili kering kisar.
    Kitorang simpan dalam bekas macam botol biskut raya lepas itu simpan dalam peti sejuk. Tiada dibekukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, saya dalam balang biskut raya tu ada juga, NA. Yang kiub-kiub ni untuk stok :)

      Padam
  10. alahai comel..
    tgk kat tiktok pon rmai buat camni..sng nk masak.. hihi

    BalasPadam
  11. menarik kak farrah! tp kan shida xrajin lah buat cmtu..bhgian sejuk beku pun penuh dgn bekas isian lauk ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa... kalau bahagian freezer penuh dengan bekas lauk, utamakan yang itu. Kiub-kiub ni nanti makan ruang pula 😉 Lauk vs cili kiub, lauk menang!

      Padam
  12. Menarik juga buat macam ni. Senang nak guna sesudu dua boleh guna 1-2 kiub. Thanks share idea

    BalasPadam
  13. Wahhhh menarik kak! Tapi kalau peti ice kat uma nadyya tak muat nak buat macam ni 😂

    BalasPadam
  14. menarik.
    bernas.
    aida x buat gini.
    lepas ni mcm nak buat farrah.

    BalasPadam
  15. Macam menarik ni . Bekukan paste cili . CCL selalu stok cili yg siap dikisar simpan dalam peti sejuk . Next time boleh cuba cara ni

    BalasPadam
  16. since sy x mkn sgt cili/sambal so jarang ada simpan stok cili. tp cara ni mmg����

    BalasPadam
  17. Betui, timm pun klau buat stok cili mmg bersin non stop sampai nk tercabut hidung. Tak terfikir pulak klau air tak hbis pun boleh bekukan, tengkiu for the idea, hihi

    BalasPadam
  18. Rasanya pernah dulu sekali dua buat stok cili kisar. Tapi sekarang kalau nak masak saja baru kisar.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.