Assalamualaikum. Apa khabar semua? Dah beberapa hari kita melangkah ke bulan Julai, barulah hari ini saya sempat menjengah blog.
Minggu lepas memang sibuk sangat. Saya ada dua artikel yang perlu disunting dan diserahkan sebelum akhir bulan. Selain itu, saya siapkan Projek Soldadu dan satu lagi tempahan kraf yang saya gatal terima pada saat-saat akhir. 😅 Pada masa yang sama, sibuk kemas rumah, ubah susun atur perabot sedikit, buat beberapa diy untuk dapur dan tidak lupa, penuhi temujanji doktor untuk pemeriksaan rutin kesihatan.
Menjelang malam saya dah kepenatan, hendak angkat jari pun tak larat. Jadi, blog memang terabai. Beberapa hari tiada entri baharu. Blogwalking, tinggal komen dan balas komen jauh sekali.
Ini baru hendak menapak kembali.
Salam Julai yang ceria buat kalian semua! Mudah-mudahan Julai ini jadi bulan yang baik-baik sahaja buat kita semua.
Bagi teman-teman yang tinggal di kawasan yang dikenakan PKPD, jangan tertekan ya. Insya-Allah, akan ada sesuatu yang baik untuk kita. Di atas setiap kepahitan, akan ada hikmah kemanisan. Jaga emosi dengan bijak. Jaga diri dan keluarga sebaiknya.
Kita jumpa lagi nanti. Oh, terima kasih kepada teman-teman yang tetap sudi datang berkunjung, baca entri-entri dan tinggal jejak kalian di sini. Saya amat hargainya. Tunggu saya datang balas kunjungan.
Waalaikumusalam kak Farah, Ekin pulak sejak pkp nak tulis entri pun malas blogwalking lagi la, ni nak cuba ambik mood kembali harap dapat la capai target nanti
BalasPadamSelamat mencari rentak ya, Ekin! Jom! Semangat!
Padamsemoga julai baik2 je.. baru perasan raya haji bulan julai..
BalasPadamduk umh lama sgt bulan xingt.. hari xingt.. tarikh xingt.. haha
Hahaha betul. Hari semua sama je. Tak tahu bila weekdays, bila weekend :)
PadamPatutlah dah lama tak nampak kak farrah tinggalkan komen hehehe. Tapi takpe, yang penting kesihatan nombor satu dan perlu dijaga! :)
BalasPadamMemang, Atiqah. Lama dah akak tak datang jenguk Atiqah. Lagi-lagi kalau nak blogwalking pakai phone sekarang asyik tak lepas je. Kena tunggu pakai laptop.
PadamTerima kasih atas pesanan kasih sayang itu. 😘 Insya-Allah, memang akan utamakan kesihatan. Same goes to you, dik. Always jaga diri baik-baik ya.
Takpelah produktif rutin Puan Farrah.
BalasPadamHehehe moga dapatlah saya kekalkan momentum produktif tu, NA 😊
PadamBerblog bila ada masa sahaja. Dahulukan mana yang penting.
BalasPadamBetul kata Tuan Fairus tu 😊
PadamKejap jaaa da masuk julai kan kak 😁
BalasPadamSangat sekejap! Nanti tahu-tahu kita berganti tahun pula...
Padamsemoga bulan julai ni baik2 sahaja
BalasPadamTerima kasih, Rabia. Same goes to you!
PadamHave a great July kak Farrah. Selamat berPKPD. Harap kali ni kes turun terus. Lemau dah terkurung
BalasPadamThanks, Sal. Have a joyful July! Selamat berPKPD untuk Sal juga. Memang berharap sangat kes akan turun dengan jayanya. Akak bukan dah lemau dah ni.. silap2 boleh tertukar badan dengan si Yuri 😁
PadamYuri gak senang. Makan tidur je keje. Hehe
PadamHahaha Yuri tak senang sangat sekarang. Dia sakit telinga, asyik minum air paip dah kena infection 😁
Padamjulai bulan saya..heheh
BalasPadamBirthday AD kah?
PadamJulai ni tak pasti la nak plan apa haha tapi rasa nak kumpul duit nak beli buku pre order Hilal Asyraf yang baru huuuuu mahai T.T Selamat memasuki bulan baru sis.
BalasPadamSame goes to you, Ika. Selamat beli buku baharu :)
Padammoga julai mendatangkn sesuatu yg menggembirakan.. Inshaa Allah!
BalasPadamAmin amin Ya Rabbal 'Alamin.
PadamSemoga yang baik baik Julai ni. Emosi perlu dijaga. Stay safe semua.
BalasPadamdek kesibukan dan kepenatan, blog terabai skit, kan :)
BalasPadamaida ni pun baru 2-3 dpt blogwalking.
jengah entri kawan-kawan.
dah nk abis julai tp sy jg x dpt2 vaksin��
BalasPadam