Projek Soldadu Selesai

Selasa, Julai 06, 2021

 Entri-entri terdahulu mengenai Projek Soldadu di sini:


Alhamdulillah. Meskipun perancangan untuk siapkan tempahan yang satu ini agak tersasar disebabkan saya lupa beli kad gambar BTS, Projek Soldadu saya berjaya dilunaskan pada minggu seterusnya. Tercapailah target saya untuk sudahkan semua sebelum bulan Jun berakhir.

Final touch. Letak bling bling sikit. Jangan tanya ini siapa itu siapa … (bab ini boleh tanya Atiqah Najihah) 😊 Untuk saya pangkat acik tua ni, nampak mereka macam seiras dan akan-akan je 😂


The final look.


Gambar paling okey untuk kongsi di sini. Maaflah ada pantulan objek-objek yang tak sepatutnya. 😅 Gambar lain (konon-kononnya yang studio version) ada dalam kamera. Saya belum pindahkan lagi.


Kad ucapan (guna sebahagian daripada beg kertas BTS Meal) dan kad gambar BTS.

23 Jun siap. Petang tu terus bungkus. Saya dah ambil semua langkah berjaga-jaga yang boleh untuk meminimakan pergerakan objek-objek kecil di dalam bingkai gambar ini semasa dalam perjalanan menjejak tuannya. Bahagian luar kotak pun saya balut penuh kasih sayang dengan bubble wrap dan letak label ‘fragile’.

Senario terburuk yang mungkin berlaku ialah dua bekas sos nuget tu tercabut, bertikam sesama sendiri dan sos merembes keluar rosakkan keseluruhan projek. Biru juga muka memikirkannya. 😰 Tetapi, apabila sudah dipos, kita berserah sahajalah. Berharap agar kotak tidak dilambung dilanting sangat. Dah bukan dalam kawalan kita.

Kejutan selamat diterima.

Pagi Jumaat saya pos, keesokan harinya saya dimaklumkan yang bungkusan kiriman saya telah sampai. Wah, cemerlang J&T kali ini! 👍🏼

Bersyukur sangat bingkai gambar masih sihat sejahtera dalam keadaan selamat. Tiada sebarang pertumpahan darah (baca: pertumpahan sos) yang berlaku. 😂 Cuma kedudukan bekas sos bergerak sedikit. Itu boleh dibetulkan semula.

Alhamdulillah. Si gadis yang menerima gembira dengan kejutan BTSnya. Tuan yang memberi pun gembira dapat titleThe Coolest Aunty Ever’ dan ‘You Are My Favourite Aunty for 2021’. 

Saya pula tentu-tentulah gembira orang puas hati dengan hasil kerja saya. Extra happy as I was paid handsomely for this BTS Meal Gift project. Thanks so much, D! 😘

Tak sangka pula ada beberapa orang lain hubungi saya untuk abadikan memori BTS Meal mereka dengan cara yang sama. Tetapi, saya tak dapat nak terima semua. Takut tidak mampu untuk beri komitmen. 

Projek kraf terkini saya melibatkan dua elemen penting - BTS dan fairy lights. Rasa-rasa menarik tak?

30 ulasan

  1. Wahhhh kreatif. Untung aih dapat aunty yang kreatif ni hehe :) Cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untung dapat aunty yang sporting dan faham minat si anak buah hehehe akak tolong realisasikan je. 😊

      Padam
  2. Wah guna McD punya set meals.
    Baguslah selamat sampai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, selamat sampai NA. Itulah matlamat asal si penempah. Nak buat memorabilia guna BTS meal set ni 😊

      Padam
  3. Fuyo Tiqah minat BTS ke? hehehe...
    Walaweiii cantek Farah buat siap ada bingkai..
    Next time bole minta Farah buat kan tuk k ret plak tp bkn BTS la...
    :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiqah seorang ARMY 😊 kan Tiqah kan? 😎
      No problem, Kak Ret. Boleh sajaaaa….

      Padam
    2. HAHAHAHA kak farrah ni buat kantoi saya pulak :P
      Saya army biasa biasa je :D

      Padam
    3. Hehehe saja nak usik-usik manja di sini.
      Army biasa-biasa je ye… bukan yang luar biasa 😂

      Padam
  4. WOW dasyat projek hat ni..BTS tuuu heheee ^_^

    BalasPadam
  5. Cantikkkk.. mmg kreatif farrah ni.. nasib anak dara kakmim x minat pn army ni.. bila tanya knp x minat dia kata x best pun.. hahaha.. mcm2 minat budak2 zmn skrg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha memang betul, Kakmim. Minat budak-budak sekarang ni memang macam-macam. Saya kadang-kadang siap kena google apa bendalah yang mereka ni sibuk perkatakan... artis ke, makanan ke 😅

      Padam
  6. Dari atas, V, Jin dan Suga hehehe. Saya punnn baru kenal mereka semu January 2021 hahaha. Bosan bosan duduk rumah terlayan pulakk lagu diorang >.<
    Btw, cantikk hasilnya! Pakai bts meal!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu dia... bila army buat kawat kecam 😀 akak perasan ada seorang tu namanya macam matawang Malaysia.

      Oh, baru lagilah kiranya Atiqah minat mereka ni. By the way, Butter tu apa? Hari tu akak nak beli photocards diorang di Shopee ada pilihan Butter 😊

      Padam
    2. HAHAHAHA saya pun awal awal keliru tau kak farrah, sebab muka sepesen je belake >.<
      Tapi bila selalu naik dekat tiktok, kenal la jugak hehehe.
      Ya betul kak farrah, baru bulan 1 harituuu, itu saya cakap army biasa biasa, setakat dengar lagu je :D
      Ohhh Butter tu lagu terbaru diorang, lagu paling latest lah kiranya, full in english liriknya.

      Padam
    3. Oh ya matawang Malaysia tu RM dan leader BTS, rap monster tu nama stage aje. Nama asal kim nam joon aje hahaha :D

      Padam
    4. Oh, RM tu stands for Rap Monster ke? �� Brutal sungguh namanya...

      Padam
  7. Perlu kesabaran tinggi nak melunaskan projek soldadu ni. Terbaik kak. Kalau saya dapat nak bagi title macam tu jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah so sweet of you, dik. Tapi tak dinafikan, projek ni kind of mendidk sabar gak 😂

      Padam
  8. kreatif..abadikan dlm frame..die hard ARMY ni..

    BTS ni kenal V je sbb dia berlakon kdrama Hwarang..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kira akak hebatlah, ada jugak yang akak kenal hihihi

      Padam
  9. Cantiknya kak Farrah. Uish, saya pun tak kenal, kalau pemain bola tahu la. Baiknya auntie dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kalau pemain bola, dalam tidur pun boleh cam ye 😝

      Padam
  10. Fuyooo. Cantiknyaaaaa kak Farrah! Nadyya sukaaaaa 😍

    BalasPadam
  11. cantiknyaaa, lawa pulak buat gitu, syg nya nak makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang sos nuget tu kan memang diorang sengaja simpan tak mau makan. Nak abadikan dalam frame BTS 😊

      Padam
  12. tak tido malam ARMY dibuatnya... cantikkkk������

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.