Memaparkan catatan dengan label Resepi Kopi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Kopi. Papar semua catatan

Kopi Pagi - Honey Oat Latte

Isnin, September 02, 2024

Assalamualaikum. Selamat pagi!

Selamat memulakan minggu baharu. Sudah bersarapan ke belum tu? Jangan lupa isi perut ya.


Kopi pagi saya hari ini - Honey Oat Latte.

My honey oat latte.

Apa itu Cold Brew Coffee

Ahad, Januari 16, 2022

Makluman: Ini entri lama yang secara tidak sengaja statusnya jadi draf.  Saya terbitkan semula. 

Pernah cuba cold brew coffee?

Kopi Bru Sejuk

Ini percubaan pertama saya. Selama ini, setiap kali teringin menikmati kopi bru sejuk (cold brew coffee), saya akan fikir dua tiga kali. Kononnya malas hendak menunggulah, kena ada kesabaran tinggilah ... Hahaha, jikalau hendak seribu daya, bukan? Okey, sebelum itu, mari kita belajar sedikit apa itu cold brew coffee dan mengapa proses bru yang ini berbeza dengan hot brew coffee.

Kebiasaannya, apabila kita hendak bancuh atau bru kopi kita akan guna air panas. Ini kita panggil hot brew. Haba panas yang kena pada serbuk kopi akan keluarkan minyak pada serbuk kopi tersebut. Dari situlah datangnya rasa pahit-pahit kopi. Sifatnya akan jadi berasid. Jadi, itulah sebabnya sesetengah orang alah pada kopi sebab tak tahan dengan keasidannya.

Cold brew coffee berbeza kerana kopi dibru menggunakan air sejuk atau air pada suhu bilik. Tetapi, proses penyediaan kopi bru sejuk mengambil masa lebih kurang satu hari satu malam! Kita bru kopi dalam tempoh 12 - 24 jam. Maknanya, kalau tiba-tiba rasa teringin cold brew coffee, bertindak segera rendam kopi hari ini supaya dapat minum pada esok hari.

Kopi Labu untuk Cuaca Dingin

Ahad, Januari 02, 2022

Assalamualaikum. Salam 2 Januari! Setakat ini 2022 okey? 

Di tempat saya, semalam hujan sepanjang hari. Sekejap lebat, sekejap gerimis. Gusar kalau hujan tidak berhenti, nanti kawasan yang rendah naik air lagi. Alhamdulillah, hari ini tidak hujan. Tetapi, dari pagi sehinggalah menjelang tengah hari cuaca sejuk sangat. Kedinginan saya dibuatnya. 

Dah kesejukan tu, mulalah mencari kopi. Siap cakap dengan diri sendiri, sejuk-sejuk begini kena buat kopi istimewa. Extra lemak berkrim, extra sedap. 


Secangkir kopi labu.

Kopi labu untuk cuaca dingin


Abaikan contengan sos coklat yang saya lukis di atas kopi tersebut. Semasa hendak ambil gambar, saya terima panggilan telefon. Terabailah kopi saya sebentar. Buih kecil surut, sos coklat tu pun dah tenggelam sedikit apabila saya kembali.

Kopi labu ini mengandungi puri atau pes labu. Sebelum ini saya ada beli sebiji buah labu yang boleh tahan besar saiznya. Macam-macam hidangan dah saya hasilkan, masih ada baki lagi. Jadi, saya buat puri labu, masukkan ke dalam kiub ais dan dinginbekukan. Lebih kurang cara saya bekukan cili kisar yang saya kongsikan di sini.

Mudahlah nanti hendak guna kiub puri labu jika ingin bancuh kopi atau masak hidangan pasta labu. 


Pernah cuba kopi avokado? Kopi avokado atau kopi alpukat pun sedap tau. Nak cuba? Lihat resepi di sini.


Resepi Kopi Labu Tahun Baharu 😊

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan susu pilihan. Kali ini saya guna susu badam.
  • 2 sudu besar puri labu
  • 2 sudu teh sirap mapel atau madu
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila
  • 1/2 sudu teh rempah pai labu. Jika tiada rempah pai labu, boleh juga tukar kepada serbuk buah pala atau serbuk kayu manis. Tetapi, untuk serbuk buah pala saya sarankan guna 1/4 sudu teh dahulu. Bimbang terlalu kuat rasanya untuk kopi yang dibancuh.
  • 1/2 cawan kopi yang telah dibru. Ini saya bru pakai mesin kopi biasa. Perlukan setengah cawan sahaja kerana nanti kita hendak gabungkan dengan campuran susu dan labu.


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Masak susu, puri labu, sirap mapel, ekstrak vanila dan rempah pai labu di atas api sederhana selama beberapa minit. Kacau hingga semua bahan larut sekata. Tidak perlu tunggu sehingga campuran susu mendidih membuak-buak. Memadai dengan buih-buih kecil halus di permukaan susu.
  2. Pindahkan campuran susu hangat tadi bersama kopi ke dalam pengisar. Kisar seketika supaya bancuhan tergaul sebati dan lapisan froth dapat dihasilkan. Tuang ke dalam kole, sedia untuk dinikmati.

Jika miliki milk frother, lakukan langkah 1 menggunakan milk frother. Setelah itu masukkan ke dalam kole yang berisi kopi panas.


Selamat mencuba!


Psstt! Terima kasih kerana sudi datang jenguk blog saya. Nanti perlahan-perlahan saya balas kunjungan kalian ya. 



Biskut Jawatis untuk Raya

Isnin, Julai 19, 2021

Petang semalam, tengah bosan-bosan duduk rumah, tiba-tiba terasa hendak buat biskut raya. Biskut raya yang mudah-mudah sahaja. Bolehlah nanti feel raya lebih sedikit. Setakat kami berdua memang tak rancang nak masak-masak sangat untuk Aidiladha. Cekebon dah cakap nanti ada orang hantar santapan raya untuk anaknya yang terpisah daerah ini. Nenek jiran sebelah rumah saya pun dah pesan awal-awal jangan masak pagi raya, lauk raya dia sponsor

Makanya, kita bakar kuih jelah untuk raya. 

Pergi pantri intai bahan-bahan kering. Si Bott baru kemas bahan baking saya. Seronok sedikit nak bersilat di dapur. Nampak apa yang ada apa yang tak ada untuk buat kuih.


Lihat: Cara Mengurus Stok Barang Dapur dan Baking


Biskut Jawatis

Ice Blended Farm Fresh Cafe Latte

Sabtu, Jun 13, 2020

Saya memang suka akan produk-produk Farm Fresh. Dari susu segar, susu kurma, susu coklat, yogurt, soya sehinggalah ke cafe latte. Selalu yang ada stok di rumah on regular basis ialah susu segar atau skinny low fat milk untuk buat kopi dan overnight oat. Yang lain tu, beli secara berkala, ikut selera apabila teringin je.

Cafe latte ni Cekengah yang beri. Dia beli satu kotak, separuh untuk rumah dia manakala selebihnya untuk saya dan Bott. Punyalah happy saya ada kopi sejuk beratur dalam peti ais! Waktu cuaca panas atau menjelang petang apabila badan dah mula lemau, minum cafe latte sejuk ini memang boleh terus celik mata. Saya suka sebab rasa kopinya kuat. Tidak ditenggelamkan oleh susu.

Lama juga stok cafe latte bertahan dalam peti sejuk. Pandai berjimatlah konon-kononnya. Lagipun, selalu saya minum kopi panas untuk mulakan hari. Tetapi, ada satu hari ni tekak teringin nak something sejuk dingin gitu. Buka peti sejuk nampak cafe latte ni terus grab. Ambil ais sedikit, letak dalam smoothie blender, tadaaaaaaaa! Jadilah ice blended cafe latte.  

Resepi Biskut Cornflakes Kopi

Ahad, Jun 19, 2016

Asalnya, ini resepi biskut cornflakes SOS saya. Kenapa SOS? Kalau tiba-tiba saya atau Bott craving nak makan biskut, memang saya akan bake biskut cornflakes ni. Sebab resepinya senang! Diulangi ... senang banget! Tak perlu pakai mixer, tak perlu masukkan telur. Kacau-kacau begitu sahaja, bakar ... siap!

Cuma baru-baru ni, saya melayankan Cekebon buat projek Ramadannya dengan serbuk kopi. Adalah lebihan stok serbuk kopi. Jadi, saya masukkan sedikit dalam adunan. Fuhhh! Aromanya masa dibakar ... asyikkk! Berebut-rebut satu rumah makan.


Resepi Biskut Cornflakes Kopi

(Ini adunan kecil. Jika hendak buat banyak, gandakan adunan.)

Resepi Kopi Alpukat

Isnin, April 18, 2016

Saya memang penggemar jus avokado a.k.a alpukat. Selain daripada menikmatinya di restoran makanan Indonesia kegemaran saya, saya juga gemar buat sendiri jus avokado. Boleh adjust ikut citarasa, kita sendiri yang kawal rasa manis dan lemaknya. Boleh cuba resepi jus alpukat di sini.

Kopi Alpukat saya ;)

Teringin Aiskrim Kopi!

Jumaat, Januari 08, 2016

Kes teringin nak makan aiskrim kopi ni boleh kira cerita basi. Cerita tahun lepas. Entah kenapa teringin sangat nak makan aiskrim perasa kopi. Setiap kali pergi shopping beli barang dapur, mesti akan ke bahagian dingin beku, inspect deretan aiskrim semata-mata nak cari flavour kopi. Nak dijadikan cerita, sikit punya banyak aiskrim yang ada, macam-macam saiz, macam rasa, satu je perasa yang tak ada. KOPI! Sepanjang bulan Disember saya memburu aiskrim kopi saya tetapi tak ada rezeki.

Akhirnya, Bott yang saran suruh buat aiskrim homemade. Ting! Geliga jugak otak si Bott ni. Kenapalah saya tak terfikir? Dah susah-susah cari tak jumpa, kita bikinlah aiskrim kopi sendiri :)

Dalam simpanan saya, ada dua resepi aiskrim homemade yang mudah, easy peasy. Satu menggunakan susu pekat dan ovalette manakala satu lagi menggunakan susu full cream dan Coffeemate. Untuk percubaan yang pertama ni, saya pilih resepi susu + Coffeemate.