Petang semalam, tengah bosan-bosan duduk rumah, tiba-tiba terasa hendak buat biskut raya. Biskut raya yang mudah-mudah sahaja. Bolehlah nanti feel raya lebih sedikit. Setakat kami berdua memang tak rancang nak masak-masak sangat untuk Aidiladha. Cekebon dah cakap nanti ada orang hantar santapan raya untuk anaknya yang terpisah daerah ini. Nenek jiran sebelah rumah saya pun dah pesan awal-awal jangan masak pagi raya, lauk raya dia sponsor.
Makanya, kita bakar kuih jelah untuk raya.
Pergi pantri intai bahan-bahan kering. Si Bott baru kemas bahan baking saya. Seronok sedikit nak bersilat di dapur. Nampak apa yang ada apa yang tak ada untuk buat kuih.
Lihat: Cara Mengurus Stok Barang Dapur dan Baking
Biskut Jawatis |
Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Biskut Jawatis pun tak banyak. Ramuan utama - Nescafe. Hendak guna serbuk kopi yang lain pun boleh, tetapi serbuk kopi segera (instant coffee powder) tau. Jangan guna serbuk kopi campuran macam Hang Tuah atau Cap Tupai tu pula. Nanti tak larut serdaknya.
Resepi Biskut Jawatis (Biskut Kopi)
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan mentega
- 1 cawan gula halus
- 1 biji kuning telur
- 2 sudu teh Nescafe
- 1 sudu teh esen vanila
Langkah-langkah penyediaan:
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
- Seterusnya masukkan kuning telur, Nescafe dan esen vanila. Kacau sedikit biar semua bahan tergaul sekata.
- Masukkan tepung dan gaul sehingga menjadi adunan. Tekstur adunan sepatutnya agak lembut dan boleh diterap.
- Masukkan adunan ke dalam acuan terap. Saya guna acuan semperit biasa tu je.
- Bakar sehingga biskut bertukar keperangan. Suhu bergantung pada oven masing-masing. Antara 170 - 180 darjah celcius.
- Sejukkan biskut di atas redai.
- Setelah sejuk, ambil sekeping dan sapukan dengan sedikit jem pilihan dan tangkupkan dengan sekeping biskut lagi.
- Sedia untuk dinikmati.
Biskutnya rangup, wangi dan tentulah mewah dengan rasa kopi. Memang kalau saya buat, saya biar begini sahaja tanpa letak jem. Adalah sekali-sekala apabila inginkan kelainan saya lapiskan dengan Nutella atau mentega kacang. Saya rasa, kalau letak spread Lotus Biscoff kayangan tu pun mesti sedap.
Kemanisan yang indah untuk dikongsi bersama. Selamat mencuba!
Pstt! Insya-Allah raya nanti saya datang bertandang jalan-jalan ke blog kalian. 😊
Tak pernah try. Bahannya mudah. Boleh buat nanti (bila rajin hehe..)
BalasPadamHehehe jangan risau. Nanti bila rajin tu sampai, macam-macam biskut boleh try 😊
PadamSimplenyaaa. ingtakan semperit heehe. Selamat hari rayaaa siss
BalasPadamHehehe biskut kopi menyamar jadi semperit sebab pakai acuan semperit 😂
PadamSelamat hari raya buat Ain juga!
Meh sikit. Tukar dengan rendang mak saya
BalasPadamMula rasa nak cari pintu Doraemon ni... Nak bawak mangkuk nak kecak rendang mak Sal 😊
PadamSedapnyaa
BalasPadamDap dap dap... Bolehlah buat kunyah-kunyah di pagi raya 😊
Padamlaa igtkan semperit tadi hehehe..
BalasPadamtak pernah lagi makan biskut ni..
Nak buat cam malas plak hehe..
klu ada extra meh la jual kat kita hehehe :p
Biskut ni sebenarnya terap pakai acuan pam tekan tu, kak. Tapi saya tak ada. Tu yang jadi semperit jadi-jadian tu 😝
PadamAisey, segan kuih herot berot begini nak beri orang. Insya-Allah, suatu hari ada rezeki saya belanja Kak Ret biskut ni k.
Seronok buat kuih raya. Memang terasa feel raya tu Kak Farrah. Kagum dengan orang pandai buat kuih/biskut ni. Saya pandai masak lauk pauk mudah je. huhu
BalasPadamHey, don't sell yourself short, dear. Fiza tu macam-macam pandainya! Pandai masak lauk-pauk yang menggoda selera, pandai buat kuih-muih (masih terbayang donat gebu-gebas Fiza tu...), pandai design, pandai tanam pokok, pandai ambil gamba cantik-cantik.... banyak lagi boleh senarai ni. 😊😄
Padamaduh, tepuk dahi terus baca komen ni. Baiklah, tak sanggup nak tengok senarai seterusnya. Kena practise make perfect lah macam ni. Harap harap pandai buat kuih muih dan biskut sedap sedap macam Kak Farrah jugak. Aaminnn...
PadamRasa nescafe, mesti sedap..
BalasPadamMemang penyedap biskut ni rasa Nescafe tu 😊
PadamSaya first time dengar pasal biskut Jawatis ni. Menarik.
BalasPadamBiskut orang dulu-dulu ni, Farah. Sekarang kalau nak jumpa orang jual memang susah... kalau teringin kena buat sendiri.
PadamRajinnya dia buat kuih raya 😘😘
BalasPadamFirst time dengar biskut jawatis dengan biskut nescafe padahal makanan yang sama hahaha. Ingatkan semperit tadiiii, tapi kalau nescafe tu tukar benda lain boleh ke kak farrah? Macam milo ke? Sebab tak ngam dengan nescafe pulak :')
BalasPadamMesti harum semerbak bau nescafe ketika biskut ni dibakar ye Farrah.
BalasPadamSedapnyaa. Wawa suka biskut raya yang simple2 macam ni. Makan pula time lepas habis raya.😁 time raya tak terliur sanagt.
BalasPadamBoleh bayang saya suka biskut ini kerana ada rasa dan bau kopi.
BalasPadamSEKALI TENGOK MACAM BISKUT SAMPERIT , HEHE
BalasPadamwuuu. rajinnya kak. nampak sedap biskut tu :)
BalasPadamyuriiiiii ckp kt mama tlg pos biskut ni ke sini��������
BalasPadam