Pernah dengar atau tidak lagu Si Bujur Sireh dendangan Ustaz 3 Beradik?
Lagu-lagu Ustaz 3 Beradik biasanya padat dengan mesej yang mengangkat tema kekeluargaan. Sebelum ini, lagu Terakhir menceritakan tentang harapan sang ibu agar tidak dikasari anak apabila mencecah usia tua. Touching sangat.
Lagu Si Bujur Sireh pula berkisar tentang penerimaan seorang bapa terhadap anak istimewa anugerah Allah sebagai amanah yang perlu dijaga sebaiknya.
Lirik lagu ini sangat menyentuh hati. Bermula dengan ungkapan perasaan si ayah yang seperti ibu bapa lain mahukan cahaya mata yang sempurna, sebaliknya dititip anugerah paling istimewa. Kemudian, si ayah mengubah persepsi dan akur yang kurniaan Allah itu merupakan rencana yang terbaik buat diri.
Si ayah juga berharap agar orang keliling turut menerima dan memahami keadaan si anak. Cuba memandang si anak dari lensa pandangan yang sama sepertinya.
Lirik Lagu Si Bujur Sireh - Ustaz 3 Beradik
Lagu: Fadzli Fareast, Amy Bong
Lirik: Hazalinda Harun
Melilau mataku mencari yang sempurna
namun Tuhan anugerahkan yang teristimewa
hadiah ini bukan sembarangan Pengirimnya
kerna itu kuubah rasa hiba kepada rasa bahagia
Jari-jemari si bujur sireh aku genggam
dalam hati ku berkata
sampai mati engkau kujaga
Pasti Tuhan Yang Maha Ada
Dia punyai rencana
si bujur sireh
kupangku nyenyak di riba
Pandanglah dia
seperti ku memandangnya
lihat senyumnya yang berbeza
terus dari jiwa
tiada agenda
Andai terkeliru
dengan tuturnya
dengarlah kata hatinya
Aku pandang matanya
seolah berkata
terima kasih mama papa
kudoa kepadamu
nikmatnya syurga.
Doa untuk Adik Bella
Mendengar lagu Si Bujur Sireh mengundang sayu di hati. Tambahan pula, belakangan ini kita digemparkan dengan nasib malang yang menimpa adik Bella. Tak terjangkau dek akal apabila mengenangkan ada yang sanggup mendera atau mencederakan anak-anak istimewa. Kita pun tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku. Mudah-mudahan siasatan dapat dijalankan setelus mungkin.
Apa yang menyedihkan, hari ini masih ada lagi golongan yang tiada belas dan nilai empati terhadap anak-anak istiwewa. Tidak senang dengan kehadiran insan istimewa kelainan upaya dan bertanggapan bahawa insan-insan ini tidak layak bergaul atau mendapat layanan baik dalam masyarakat.
Malah, lebih teruk lagi apabila ada yang bertanggapan kelahiran anak-anak ini ke dunia adalah rentetan dosa lampau ibu bapa, menyusahkan dan sewajarnya dikurung di rumah sahaja. Sedih dengan mentaliti sebegini. Spesies ini tak guna kita cuba ubah persepsi atau ajak berfikir ikut waras. Doa jelah semoga suatu hari Allah akan buka mata dan hati mereka.
Berbalik pada Si Bujur Sireh, naskhah indah karya Fadzli Fareast, Amy Bong dan Hazalinda Harun telah dilancarkan awal Disember tahun lalu bersempena dengan Hari OKU Sedunia. Jika ingin dengar, jengahlah saluran Youtube Ustaz 3 Beradik dan tonton muzik videonya.
Pasal adek Bella tu, moga mendapat pembalasan yang setimpal pada pelakunya.
BalasPadamHarapnya begitulah. Si pelaku perlu dipertanggungjawabkan.
PadamSAyu hati ikut perkembangan cerita adik bella tu. kenapa lah masih ada manusia yang tergamak dan tak perikemanusiaan mcm tu.
BalasPadamBetul kan… tergamak buat begitu pada anak yang tak ada daya 😭
PadamXpenah dengar lagi. Kena dengar nt ni..
BalasPadamNanti ada kelapangan boleh cuba dengar 😊
Padamtak pernah dgr lagi lagu ni kak farrah..jap nk dgr dulu..
BalasPadamSelamat mendengar, Shida 😊
PadamMereka insan istimewa
BalasPadamBetul tu, wak. Mereka sepatutnya dibela, bukan diperlakukan sedemikian rupa.
PadamSemoga adik bella mendapat keadilan yang sewajarnya. Sedihhh tengok keadaan dia lepas didera hmmm.
BalasPadamMemang sangat menyayat hati...
PadamTak pernah dengar lg lagu ni tp kes adik bella tu harap dpt keadilan
BalasPadamItulah, mudah-mudahan siasatan kes ini berjalan lancar dan keadilan dapat ditegakkan.
Padamustaz 3 beradik... first time tau ada group ni..
BalasPadamlps ni bole layan laaa ..
Selamat melayan lagu ni, Kak Ret 😊
PadamTak pernah dengar pulak Lagu Si Bujur Sireh dan ustaz 3 beradik ni. Nanti boleh dengar. Apapun semoga nasib adik Bella terbela dan pesalah dapat balasannya.
BalasPadamSelama mendengar, Fiza. Aamiin. Hanya Allah yang mampu memberikan kesudahan baik untuk Bella.
Padamsedihnya dengar lagu ni..
BalasPadamxtau pasal lagu ni since hari ni la..mujur dengar
Sedih kan... Akak masa first time dengar sekali lalu je. Bila dengar betul-betul lirik, ya Allah sedihnya!
PadamTak pernah dengar..
BalasPadamTak sbr nk tunggu update pendera adik Bella.. Sedih tengok Bella lagi2 tengok gambar sebelum dan selepas. Hati apalah si pelaku tu..
Samalah. Saya pun tak sabar nak tunggu update kes Bella ni.
PadamApabila dihayati senikatanya memang rasa meruntun jiwa pula. Sayu!
BalasPadamSedih sangat dgn kisah adik bella ni. Kejam betul manusia sekarang. Boleh try dengar lagu ni nanti.
BalasPadamLirik daripada pandangan ayah untuk anak istimewa.
BalasPadamSEDIH BILA DENGAR ADIK BELLA KENA DERA TERUK JUGAK TU , CCL ADA TENGOK VIDEO DALAM FB ,
BalasPadamharap sgt pendera bella akn dihukum selayaknya
BalasPadam